Koordinat: 55°24′S 61°32′W / 55.400°S 61.533°W / -55.400; -61.533

Bagi kapal Argentina lebih awal dengan nama sama, lihat ARA General Belgrano (1896).
Bagi ahli politik dan pemimpin tentera Argentina, lihat Manuel Belgrano.
ARA General Belgrano underway.jpg
ARA General Belgrano sedang belayar
Sejarah
Naval Jack of Argentina
Pembina: New York Shipbuilding Corporation
Dibaringkan: 1935
Dilancarkan: Mac 1938
Disucikan: USS Phoenix (CL-46)
Dinamakan semula: General Belgrano
Takdir: karam pada tahun 1982
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kelas Brooklyn
Sesaran: 9,575 tan (kosong), 12,242 (muatan penuh)
Panjang: 608.3 ka (185.4 m)
Lunas: 61.8 ka (18.8 m)
Draft: 19.5 ka (5.9 m)
Halaju: 32.5 knot (60 km/j)
Anak kapal: 1,138 pegawai dan anak kapal
Persenjataan:
  • 15× kaliber 6"/47 (152 mm)
  • Meriam anti pesawat: 8 × 5"/25 cal (127 mm)
  • Meriam anti pesawat: 40 mm dan 20 mm
  • 2x sistem peluru berpandu permukaan ke udara Sea Cat (dipasang pada 1968)
Pesawat yang dibawa: 2 helikopter (sebuah Aérospatiale Alouette III berada di atas semasa kapal ini tenggelam)

ARA General Belgrano merupakan kapal penjajap milik Tentera Laut Argentina yang karam semasa Perang Falkland mengakibatkan kematian 323 anak kapal. Kehilangan jiwa ekoran karamnya kapal Belgrano melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan kematian tentera Argentina di dalam konflik di kepulauan Falkland.

Belgrano merupakan satu-satunya kapal yang pernah ditenggelamkan oleh sebuah kapal selam berkuasa nuklear dan kapal kedua yang berjaya ditenggelamkan oleh mana-mana jenis kapal selam selepas berakhirnya Perang Dunia II. Kapal selam Tentera Laut Diraja Britain telah melancarkan tiga buah torpedo Mk 8 mod 4.

ARA Jeneral Belgrano merupakan kapal kedua yang membawa nama Jeneral Belgrano. Nama ini dahulunya telah digunakan untuk sebuah kapal penjajap berperisai seberat 7,069-tan yang telah disiapkan pada tahun 1899.

Nota

Bibliografi

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/ARA_Jeneral_Belgrano