Peta logik ARPANET, Mac 1977.

ARPANET, dibangunkan oleh DARPA (Defense Advanced Research Projects Agency) Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang sebenarnya merupakan Jaringan Agensi Projek Penyelidikan Maju (Advanced Research Projects Agency Network) kepada Jabatan Pertahanan AS, merupakan jaringan pertukaran paket yang pertama beroperasi, dan awalan bagi Internet sejagat.

Pertukaran paket (packet switching), kini merupakan asas utama bagi perhubungan suara dan data seluruh dunia, dan merupakan konsep baru yang penting dalam komunikasi data. Sebelumnya, komunikasi data berasaskan bahawa pertukaran litar (circuit switching), sebagaimana dalam litar telefon lama biasa, di mana litar khas terikat sepanjang tempoh panggilan dan perhubungan hanya boleh dibuat dengan satu dengan satu di talian.

Dengan pertukaran paket, sistem mampu menggunakan satu hubungan komunikasi untuk berhubung dengan lebih dari satu mesin dengan mengatur data kepada paket. Bukan hanya pautan itu boleh dikongsi (seperti mana satu peti surat boleh digunakan bagi mengepos kepada destinasi berlainan), tetapi setiap paket boleh dilencong secara bebas dari paket yang lain.

Latar belakang ARPANET

Idea terawal bagi jaringan komputer bertujuan membenarkan komunikasi umum antara pengguna bagi pelbagai komputer telah dibentuk oleh J.C.R. Licklider dari Bolt, Beranek and Newman (BBN) pada Ogos 1962, dalam siri memo membincangkan konsep "Intergalactic Computer Network"nya. Idea ini mengandungi hampir keseluruhan yang membentuk Internet hari ini.

Pada Oktober 1963, Licklider dilantik sebagai ketua program Perintah dan Sains Kelakuan (Behavioral Sciences and Command and Control) di ARPA (sebagamana ia dikenali masa itu), Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Dia kemudian menyakinkan Ivan Sutherland dan Bob Taylor yang ini merupakan komsep yang amat penting, walaupun dia meninggalkan ARPA sebelum apa-apa kerja sebenar mengenai wawasannya dilakukan.

Nota