Ayam goreng
Fried-Chicken-Set.jpg
Ayam goreng bahagian dada, kepak, paha dan pinggul
Jenis sajianHidangan utama
Suhu penghidanganPanas atau sejuk
Bahan utamaAyam
di Wikibuku Buku Masakan: Ayam goreng  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Ayam goreng

Ayam goreng ialah daging ayam yang dicelup ke dalam salutan, kemudian digoreng jeluk, digoreng kuali atau digoreng tekanan. Salutan tersebut mengekalkan air daging sambil menyerap lemak ayam. Daging ayam itu boleh ditanggalkan tulangnya dan/atau dikupas kulitnya, atau sebaliknya.

Ayam goreng paling banyak dimasak menggunakan penggoreng tekanan, kerana inilah kaedah penyediaan yang paling cepat. Air dalam daging ayam mengewap lalu keluar melalui minyak dalam kebuk yang tertutup, sekaligus menambahkan tekanan dan merendahkan suhu memasak yang diperlukan. Wap tersebut juga memasakkan daging ayam sambil memastikan isinya lembap dan lembut di dalam sadur rangup.

Sejarah

Ayam goreng KFC beserta kentang goreng

Goreng sadur wujud di Eropah sejak zaman pertengahan lagi.[1] Orang Scotland, dan kemudian pendatang Scotland di selatan Amerika Syarikat mempunyai tradisi menggoreng ayam di dalam lemak, berbeza dengan mreka yang dari England yang lebih gemarkan ayam bakar atau rebus.[2][3]

Beberapa masakan Afrika Barat memaparkan makanan yang ayamnya digoreng lebih-lebih lagi dalam minyak sawit, dan kadang kala disadur terlebih dahulu. Makanan ini dihidangkan semasa hari sitimewa di sesetengah tempat dan dijual di jalanan sebagai makanan.[4][5][6][7] Ini menyediakan beberapa cara untuk wanita Afrika Amerika yang menjadi hamba unuk menjana ekonomi sendiri , yang kemudian sesetengahnya menjadi penjual ayam (hidup atau masa) seawal 1730-an lagi. Disebabkan ini dan juga bahannya yang maka, walaupun tekenal, ia tetap menjadi hidangan yang jarang dan istimewa di kalangan masyarakat Afrika Amerika.[8]

Selepas berkembangnya penternakan babi (disebabkan pertembungan antara baka Eropah dan Asia) pada abad ke-18 dan 19, di Amerika Syarikat, penghasilan babi berskala kecil menghasilkan perlbagai cara yang murah untuk menjadikan bahan yang terbuang dan tidak berguna kepada kalori (dalam lingkungan dan masa yang pendek). Kebanyakan kalori tersebut datang dari lemak pejal dan lemak babi yang dicairkan. Lemak babi digunakan hampir dalam kesemua masakan dan menjadi komponen asas dalam kebanyakan makanan di rumah termasuklah biskut dan pai. Keperluan kalor/ekonomi dalam penggunaan lemak babi dan lemak lain mempopularkan makanan secara bergoreng, bukan sahaja di Amerika Syarikat, tetapi di seluruh dunia.

Pada abad ke-19, besi tuang mula mudah didapati untuk kegunaan peralatan masakan. Gabungan tepung, lemak, ayam dan kuali tebal di atas api yang terkawal memulakan era ayam goreng yang dikenali sehingga kini.

Apabila diperkenalkan kepada bahagian selatan Amerika Syarikat, ia menjadi makanan utama. Kemudian, apabila perdagangan hamba menyebabkan orang Afrika dibawa bekerja di ladang-ladang di negeri bahagian selatan, golongan hamba yang menjadi tukang masa menggabungkan bahan perisa dan rempah ratus yang tiada dalam masakan Scotlan asal lalu menjadikan rasanya lebih enak.[9] Memandangkan kebanyakan hamba tidak mampu menternak daging yang mahal tetapi dibenarkan untuk menternak ayam, menggoreng ayam ketika upacara istimewa terus dikekalkan oleh masyarakat Afrika Amerika di bahagian Selatan itu. Keadaan ini terus bertahan selama kejatuhan era perhambaan dan kemudian terus dikenali sebagai makanan biasa bagi bahagian Selatan negara itu. Memandangkan ayam goreng mudah digerakkan di kawasan panas pada zaman sebelum penciptaan peti sejuk, ia mendapat tempat dalam sejarah Amerika lebih-lebih lagi semasa pemisahan menutup kebanyakan restoran kepada masyarakat berkulit hitam. Ayam goreng terus menjadi pilihan utama terutamaya makan malam Ahad bagi golongan kulit hitam mahupun putih. Keraian seperti Hari Kemerdekaan Amerka dan lain-lain keraian pasti menampilkan hidangan ini.[10]

Sejak Perang Saudara Amerika Syarikat, makanan asli para hamba seperi ayam goreng dan tembikai sering dikaitkan dengan stereotaip masyarakat Afrika Amerika dan yang berkulit hitam.[9] [11][12][13][14]

Sebelum pengindustrian dalam penghasilan ayam, dan kemunculan ternakan ayam khusus untuk dagingnya, hanya anak ayam yang separa besar yang sesuai untuk haba tinggi dan tempoh masak yang cepat lalu menjadikan ayam gorengsuatu juadah khusus semasa musim bunga dan musim panas. Ayam yang lebih tua adalah lebih liat dan memerlukan ayam tersebut dimasak dengan lama dalam api yang kecil. Untuk kes ini, ayam yang liat direneh dahulu sehingga lembut, dibiarkan sejuk dan kering sebelum digoreng. Salah satu kaedah lag ialah dengan menggoreng ketulan ayam yang lebih kecil dalam kuali leper. Ketulan ayam tersebut akan masak bersama cecair, lazimnya kuah yang dibuat di dalam kuali leper yang memasak ayam itu tadi. Proses ini boleh digunakan untuk daging yang liat seperti stik swiss.[9]

Kepelbagaian di seluruh dunia

Ayam pedas gaya Nashville dengan sampingan tradisi
Tori no karaage, ayam goreng Jepun
Ayam goreng di Filipina

Di seluruh dunia, pelbagai perisa dan rempah digunakan dalam memberi rasa kepada ayam goreng. Disebabkan kepelbagaian ayam goreng tersebut, bukanlah suatu yang luar biasa bagi yang rangup di luarnya mempunyai pelbagai rasa daripada savori hingga pedas berempah. Bergantung kepada pasaran tempatan, penggunaan rempah tempatan mungkin sangat berbeza antara satu negara dan satu negara atau satu wilayah ke satu wilayah lain. Dengan kemudahan terkini untuk mendapatkan ayam yang sesuai untuk digoreng pada skala global, banyak citarasa tempatan muncul untuk mengisi selera masyarakat tempatan.[15]

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Ayam_goreng