Bandaraya New York
بندراي نيو يورك
City of New York
Dari kiri atas: Midtown Manhattan, Ibu Pejabat PBB, Patung Liberty, Times Square, Unisphere di Queens, Jambatan Brooklyn, dan Lower Manhattan dengan Staten Island Ferry
Bendera Bandaraya New York بندراي نيو يورك
Flag
Mohor rasmi Bandaraya New York بندراي نيو يورك
Mohor
Panggilan: 
NYC, "Big Apple"
Lokasi di negeri New York
Lokasi di negeri New York
Ralat Lua pada baris 502 di Modul:Location_map: Tidak dapat mencari takrif peta lokasi yang diperincikan: "Modul:Peta lokasi/data/USA" tidak wujud.
Koordinat: Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Modul:ISO 3166/data/US' not found.
NegaraAmerika Syarikat
NegeriNew York
KauntiBronx
Kings
New York
Queens
Richmond
Diduduki1624
Kerajaan
 • JenisDatuk Bandar-Majlis
 • Datuk BandarayaBill de Blasio
Keluasan
 • Bandar raya468.9 batu persegi (1,214.4 km2)
 • Darat304.8 batu persegi (789.4 km2)
 • Air165.6 batu persegi (428.8 km2)
 • Bandar
3,352.6 batu persegi (8,683.2 km2)
 • Metro
6,720 batu persegi (17,405 km2)
Ketinggian
33 ft (10 m)
Penduduk
(2012)[1]
 • Bandar raya8,336,697
 • Kepadatan27,532/batu persegi (10,630/km2)
 • Bandar
18,223,567
 • Kepadatan bandar5,400/batu persegi (2,100/km2)
 • Metro
19,006,798
 • Kepadatan metro2,800/batu persegi (1,100/km2)
Zon waktuUTC-5 (EST)
 • Musim panas (DST)UTC-4 (EDT)
kod ZIP
100xx-104xx, 11004-05, 111xx-114xx, 116xx
Kod kawasan212, 718, 917, 347, 646
Laman webwww.nyc.gov

New York merupakan bandaraya yang paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan juga pusat kawasan metropolitan New York, salah sebuah kawasan metropolitan yang teramai penduduknya di dunia. Sebagai sebuah bandar raya global utama, New York memancarkan pengaruh hebat terhadap perdagangan, kewangan, media, kebudayaan, kesenian, fesyen, penyelidikan, pendidikan dan hiburan sedunia. Sebagai tuan rumah Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ia juga menjadi pusat siasah antarabangsa yang penting. Bandaraya ini dipanggil Bandar Raya New York atau Kota New York untuk membezakannya daripada negeri New York di mana terletaknya bandar raya ini.

Bandar raya ini terletak di sebuah pelabuhan semula jadi yang besar di pantai Atlantik Amerika Syarikat Timur Laut di mana ia terdiri daripada lima daerah perbandaran (borough), iaitu The Bronx, Brooklyn, Manhattan, Queens dan Staten Island. Pada tahun 2009, dianggarkan bahawa jumlah penduduknya menghampiri 8.4 juta,[1] di atas tanah berjumlah keluasan 305 batu persegi (790 km2),[2][3][4] Bandar raya ini ialah bandar raya utama yang paling padat dengan penduduk di AS.[5] Jumlah penduduk di seluruh kawasan metropolitan New York juga yang terbesar di negara itu ialah kira-kira 19.1 juta orang yang menduduki tanah seluas 6,720 batu persegi (17,400 km2).

New York didirikan sebagai pusat perdagangan komersil oleh pendatang Belanda pada tahun 1624. Petempatan ini dinamai New Amsterdam sehingga tahun 1664 apabila jajahan ini dikuasai oleh penduduk Inggeris.[6] New York menjadi ibu negara Amerika Syarikat mulai tahun 1785 hingga 1790[7], tetapi kekal sebagai bandaraya terbesar di negara ini sejak tahun 1790.[8] Sebanyak 800 bahasa dipertuturkan di Bandaraya New York, menjadikannya bandaraya yang paling pelbagai bahasanya di dunia.[9]

Banyak daerah dan mercu tanda di bandar raya ini sudah tidak asing lagi kepada orang luar. Patung Liberty menyambut kedatangan jutaan penghijrah yang tiba di Amerika pada abad ke-19 dan ke-20. Times Square yang dianggap sebagai lambang kepada "Persimpangan Dunia", merupakan pusat daerah teater Broadway yang berwarna-warni, salah sebuah persimpangan jalan yang tersibuk di dunia serta sebuah pusat industri hiburan yang terulung di dunia. New York bersaing dengan London sebagai pusat kewangan dunia[10][11][12][13][14][15][16] dengan adanya Wall Street di Lower Manhattan, tempat terletaknya Bursa Saham New York, bursa saham terbesar di dunia dari segi permodalan pasaran syarikat tersenarainya.

Sejarah

Rantau ini diduduki oleh kaum pribumi Indian Lenape ketika waktu penemuan orang Eropah oleh seorang berbangsa Itali, Giovanni da Verrazzano.[17] Pendudukan orang Eropah bermula dengan penubuhan penempatan perdagangan kulit haiwan oleh orang Belanda yang digelar "New Amsterdam", di hulu selatan Manhattan pada tahun 1614. Ketua pengarah koloni Belanda Peter Minuit membeli pulau Manhattan dari kaum pribumi Canarsie pada tahun 1626 (menurut legenda yang sekarang disahkan sebagai tidak sahih, Manhattan dibeli untuk manik kaca bernilai $24).[18] Pada tahun 1664, orang British menawan kota tersebut lalu menamakannya "New York" sempena Duke York dan Albany, seorang pembesar dan bakal raja England ketika itu.

Lower Manhattan pada tahun 1660, sebagai sebahagian New Amsterdam.

Di bawah pemerintahan British, New York berkembang sebagai pelabuhan perdagangan. Kota ini menjelma sebagai medan bagi sebilangan pertempuran besar seperti Kempen New York ketika Perang Revolusi Amerika. Kongres Benua bersidang di Bandaraya New York dan pada tahun 1789, Presiden Amerika Syarikat yang pertama, George Washington dilantik di Dewan Persekutuan yang terletak di Wall Street. Bandaraya New York dijadikan ibu negara Amerika Syarikat sehingga 1790.

Pada abad ke-19, bandar raya ini dibentuk oleh pengaruh pendatang asing, cadangan pembangunan berwawasan bergelar Rancangan Pesuruhjaya 1811 yang mengembangkan grid jalan-jalan di kota melalui seluruh Manhattan dan pembukaan Terusan Erie pada tahun 1819 yang menghubungkan kota pelabuhan Atlantik ini kepada banyak pasaran pertanian di pedalaman Amerika Utara. Menjelang tahun 1835, Bandar raya New York mengatasi Philadelphia sebagai bandaraya terbesar di AS. Politik tempatan jatuh di bawah tangan dominasi Tammany Hall, satu jentera politik yang didukung oleh pendatang Ireland. Ahli-ahli golongan saudagar berkelas atasan yang berpemikiran awam mendesak untuk pendirian Central Park, taman yang menjadi taman berlanskap pertama dalam sesebuah bandaraya Amerika pada tahun 1857.

Pembinaan Empire State Building, 1930.

Rasa marah terhadap penguatkuasaan kerahan tenaga rakyat ketenteraan ketika Perang Saudara Amerika (1861–1865) mengakibatkan tercetusnya Rusuhan Kerahan Tenaga New York pada tahun 1863, iaitu salah satu peristiwa pergolakan sivil yang paling buruk dalam sejarah AS. Pada tahun 1898 Bandar raya New York moden dibentuk dengan penggabungan Brooklyn (yang sebelum itu merupakan sebuah bandar raya berdikari), Manhattan dan perbandaran di kawasan-kawasan lain. Pembukaan New York City Subway pada tahun 1904 membantu untuk mengukuhkan bandaraya baru tersebut. Sepanjang separuh pertama abad ke-20, bandar raya ini menjadi pusat sedunia bagi perindustrian, perdagangan, dan perhubungan. Pada tahun 1911 insiden kebakaran Kilang Triangle Shirtwaist, bencana perindustrian paling teruk pernah dialami kota ini, meragut nyawa 146 pekerja dan mencetuskan perkembangan penting dalam piawaian keselamatan, kod bangunan, dan peningkatan dalam jabatan bomba kota.

Pada 1920-an Bandar raya New York dijadikan destinasi bagi orang Afrika-Amerika ketika penghijrahan besar-besaran dari serata AS. Menjelang 1916, bandar raya New York menjadi rumah kepada pendudukan bandar orang Afrika terbesar di Amerika Utara. Harlem Renaissance turut berkembang sebagai sebahagian daripada waktu ekonomi melambung ketika zaman Prohibition yang melihatkan pembinaan pencakar langit yang bersaing dengan sengit di angkasa. Bandaraya New York menjadi bandaraya paling banyak penduduknya di dunia pada tahun 1925, mengatasi London yang paling ramai bilangan warganya selama seabad sebelum itu. Zaman Meleset melihat pemilihan reformis bernama Fiorello LaGuardia sebagai Datuk Bandar dan kejatuhan Tammany Hall setelah 80 tahun dominasi politiknya.

Kepulangan veteran Perang Dunia II serta pendatang baru dari Eropah mencetuskan pelambungan ekonomi pascaperangdan pembangunan kawasan perumahan besar di Queens timur. Setelah perang tersebut tanpa mengalami serangan New York menjadi bandaraya peneraju dunia, dengan Wall Street mengemudi kebangkitan AS sebagai kuasa ekonomi dominan di dunia, ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (dibina pada tahun 1952) mengetengahkan pengaruh politik New York, dan kebangkitan Abstract Expressionism di kota yang membolehkan New York mengatasi Paris sebagai pusat dunia seni.[19] Namun begitu, seperti mana yang dialami bandaraya Amerika yang lain, New York turut mengalami kejatuhan dalam perindustrian dan peningkatan jenayah, rusuhan perkauman, dan white flight yang menjadi-jadi pada 1960-an. Menjelang 1970-an, kota ini tercalar imejnya dengan menjadi peninggalan sejarah yang dibelenggui jenayah.

Pergolakan sosial dan ekonomi New York reda pada tahun 1980-an apabila kebangkitan dalam industri kewangan yang amat penting memulihkan kesihatan fiskal kota ini. Menjelang 1990-an hubungan antara kaum makin tenang, kadar jenayah jatuh mendadak, dan satu gelombang pendatang baru tiba dari Asia dan Amerika Latin. Sektor baru yang penting seperti Silicon Alley muncul dalam ekonomi kota manakala bilangan penduduk New York mencapai paras tertinggi dalam sejarah menurut Banci Amerika Syarikat 2000.

Bandar raya ini menjadi salah satu tempat terjadinya Serangan 11 September 2001 yang mana hampir 3,000 orang terkorban dalam kemusnahan Pusat Dagangan Dunia. Ini adalah serangan pengganas paling teruk pernah terjadi di Amerika Syarikat. Penggantinya, One World Trade Center bakal dibina pada tapak pusat tersebut dan dijangka siap pada tahun 2014. Pada 2012, New York teruk dilanda Taufan Sandy, menyebabkan 53 kematian dan kerosakan harta bernilai AS$23 bilion.

Geografi

Imej satelit yang menunjukkan teras kawasan metropolitan New York

Bandar Raya New York terletak di bahagian timur laut Amerika Syarikat, di bahagian tenggara Negeri New York, kira-kira separuh jalan antara Washington, D.C. dan Boston.[20] Lokasinya di muara Sungai Hudson, yang mengalir ke dalam pelabuhan semula jadi dan terus ke Lautan Atlantik, telah menjulang nama New York ini sebagai kota perdagangan. Sebahagian besar New York terletak di tiga buah pulau iaitu Manhattan, Staten Island, dan Long Island, sehingga menggalakkan kepadatan penduduk yang tinggi di atas tanah yang makin berkurangan.

Sungai Hudson mengalir melalui Lembah Hudson ke dalam Teluk New York. Di antara Bandar Raya New York dan bandar Troy, New York, sungai ini membentuk muara.[21] Sungai Hudson memisahkan bandar raya ini daripada New Jersey. Sebatang selat pasang surut bernama Sungai East mengalir dari Long Island Sound dan memisahkan Bronx dan Manhattan dari Long Island. Sungai Harlem, sebatang lagi selat pasang surut di antara Sungai East dan Hudson, memisahkan Manhattan dan Bronx. Sungai Bronx yang mengalir melalui Bronx dan Kaunti Westchester, adalah satu-satunya sungai berair tawar sepenuhnya di bandar raya ini.[22]

Seluruh daratan bandar raya New York telah banyak menerima perubahan kesan kegiatan manusia, terutamanya penebusgunaan tanah secara besar-besaran di sepanjang kawasan dermaga sejak zaman penjajahan Belanda. Penebusgunaan tanah paling menjadi di Lower Manhattan, dengan usaha pembangunan seperti Battery Park City pada 1970-and dan 1980-an.[23]

Keluasan tanah bandar raya ini dianggarkan pada 304.8 batu persegi (789 km2).[3][4] Jumlah keluasannya adalah 468.9 batu persegi (1,214 km2); iaitu 164.1 batu persegi (425 km2) perairan dan 304.8 batu persegi (789 km2) daratan. Tempat tertinggi di bandar raya ini ialah Todt Hill di Staten Island pada 409.8 kaki (124.9 m) di atas paras laut, iaitu tempat tertinggi di Hadap Laut Timur di selatan Maine.[24] Puncak rabung sebahagian besarnya dilitupi kawasan hutan dalam Staten Island Greenbelt.[25]

Iklim

Mengikut pengelasan iklim Köppen, Bandaraya New York mempunyai iklim subtropika lembap (Cfa). Kawasan ini mendapat purata 234 hari bercahaya suria setahun, atau purata 2540 jam bercahaya suria setahun.[26] Musim sejuknya dingin dan lembap, apalagi pola anginnya yang sering bertiup ke arah laut mengurangkan kesan penyederhanaan Lautan Atlantik. Namun begitu, Lautan Atlantik serta perlindungan separa kawasan Appalachian sedikit memberi New York sedikit pemanasan pada musim sejuk berbanding bandaraya pedalaman Amerika Utara yang terletak di garis lintang yang sama atau ke bawah, seperti Pittsburgh, Cincinnati, dan Indianapolis. Purata suhunya pada bulan Januari (bulan tersejuk di kawasan ini) adalah 32.1 °F (0.1 °C). Suhunya pada musim sejuk boleh mencapai serendah 10 °F (−12 °C) atau setinggi 50 °F (10 °C) dalam beberapa hari.[27] Musim bunga dan luruhnya sukar diramal, boleh jadi dingin ataupun hangat, namun pada kebiasaannya bersuhu sederhana dengan kelembapan rendah. Musim panas biasanya panas dan lembap; purata suhu pada bulan Julai adalah 76.5 °F (24.7 °C). Suhu pada waktu malam biasanya dipengaruhi oleh fenomena pulau haba bandar yang menyebabkan suhu mencecah 90 °F (32 °C) pada purata 18 hari setiap musim panas, dan juga boleh melampaui 100 °F (38 °C) setiap 4–6 tahun.[28][29]

Bandaraya ini menerima kerpasan tahunan sebanyak 49.7 inci (1,260 mm) yang ditabur sama rata sepanjang tahun. Purata curahan salji musim sejuk sejak seabad lalu berada pada takat 28 inci (71 cm), tetapi ini biasanya berubah-ubah setiap tahun; litupan salji biasanya tidak banyak.[30] Hurikan dan ribut tropika jarang dialami di kawasan New York, namun bandar raya itu sentiasa berjaga-jaga akan kemungkinan dilanda ribut sebegini.

Data iklim untuk New York (Central Park)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tertinggi °F (°C) 72
(22.2)
75
(23.9)
86
(30)
96
(35.6)
99
(37.2)
101
(38.3)
106
(41.1)
104
(40)
102
(38.9)
94
(34.4)
84
(28.9)
75
(23.9)
106
(41.1)
Purata tinggi °F (°C) 38.0
(3.33)
41.0
(5)
49.8
(9.89)
60.7
(15.94)
70.9
(21.61)
79.0
(26.11)
84.2
(29)
82.4
(28)
74.7
(23.72)
63.5
(17.5)
53.1
(11.72)
42.9
(6.06)
61.7
(16.5)
Purata rendah °F (°C) 26.2
(−3.2)
28.1
(−2.2)
35.1
(1.72)
44.2
(6.78)
54.2
(12.33)
63.3
(17.39)
68.8
(20.44)
67.7
(19.83)
60.3
(15.72)
49.6
(9.78)
41.0
(5)
31.6
(−0.22)
47.5
(8.61)
Rekod terendah °F (°C) −6
(−21.1)
−15
(−26.1)
3
(−16.1)
12
(−11.1)
28
(−2.2)
44
(6.7)
52
(11.1)
50
(10)
39
(3.9)
28
(−2.2)
7
(−13.9)
−13
(−25)
−15
(−26.1)
Kerpasan inci (mm) 4.13
(104.9)
3.15
(80)
4.37
(111)
4.28
(108.7)
4.69
(119.1)
3.84
(97.5)
4.62
(117.3)
4.22
(107.2)
4.23
(107.4)
3.85
(97.8)
4.36
(110.7)
3.95
(100.3)
49.69
(1,262.1)
Curahan salji inci (cm) 8.3
(21.1)
7.1
(18)
3.4
(8.6)
.4
(1)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
.4
(1)
2.6
(6.6)
22.2
(56.4)
Kelembapan 63.8 63.0 62.3 60.9 69.4 71.7 70.7 73.2 74.7 71.6 68.3 66.6 68.02
Purata hari kerpasan (≥ 0.01 in) 10.3 9.4 10.7 11.1 11.4 10.8 10.2 9.5 9.1 8.3 9.3 10.6 120.7
Purata hari salji (≥ 0.1 in) 4.1 2.9 1.6 .2 0 0 0 0 0 0 .3 1.8 10.9
Jam cahaya matahari 162.7 163.1 212.5 225.6 256.6 257.3 268.2 268.2 219.3 211.2 151.0 139.0 2,534.7
Sumber: NOAA [28][31]

Pandangan bandaraya

Panorama Bandar Raya New York yang dirakam dari Hoboken, NJ. Bermula di Jambatan George Washington di kiri sekali hingga Midtown Manhattan di tengah-tengah, dan Jambatan Verrazano-Narrows di kanan sekali.

Seni bina

Bangunan pencakar langit di Lower Manhattan.
Bandar Raya New York di waktu malam

.

Bangunan Empire State dan Bangunan Chrysler yang dibina mengikut gaya Art Deco.

Latar langit Manhattan cukup terkenal kerana diisi berbilang pencakar langit, termasuklah antara bangunan-bangunan yang tertinggi di dunia. Pada Ogos 2008, Bandaraya New York mempunyai 5,538 buah bangunan bertingkat tinggi[32], termasuk 50 pencakar langit siap dibina yang melampaui paras 656 kaki (200 m). Justeru itu, New York menjadi bandaraya yang paling banyak pencakar langitnya di Amerika Syarikat, dan kedua terbanyak di dunia, di belakang Hong Kong.[33]

New York bermegah dengan bangunan-bangunan yang beraneka gaya seni binanya. Antaranya, Bangunan Woolworth (1913), sebuah pencakar langit Gothic revival yang dibina dengan perincian gothik yang besar-besaran. Resolusi Pengezonan 1916 mewajibkan anjakan dalam bangunan baharu, serta mengehadkan keluasan menara kepada suatu peratusan saiz lotnya, supaya cahaya matahari sampai ke jalan raya di bawah.[34]

Gaya Art Deco pada Bangunan Chrysler (1930), dengan bumbung yang tirus dan berpuncak keluli, mencerminkan keperluan pengezonan tersebut. Bangunan ini disergamkan oleh perhiasan yang tersendiri seperti replika hiasan bumbung Chrysler berbentuk helang di setiap sudut di aras 61.[35]

Satu contoh gaya "antarabangsa" yang amat berpengaruh di Amerika Syarikat ialah Bangunan Seagram (1957) yang menonjol kerana mukanya yang dilengkapi rasuk I berwarna gangsa untuk membangkitkan struktur bangunan. Bangunan Condé Nast (2000) pula ialah satu contoh pencakar langit yang berekabentuk "hijau" di AS.[36]

Daerah-daerah perumahan yang besar di New York sering kelihatan rumah teres, rumah bandar dan rumah pangsa klasik buatan batu coklat yang dibina pada zaman pembangunan pesat mulai tahun 1870 hingga 1930.[37] Batu dan bata menjadi bahan pilihan untuk membina bangunan di bandar raya ini setelah pembinaan rumah berangka kayu berkurangan ekoran Kebakaran Besar pada tahun 1835.[38]

Satu ciri penting yang ada pada bangunan kota ini ialah menara air buatan kayu yang terpasang pada bumbung. Pada abad ke-19, pihak berkuasa bandaraya mewajibkan semua bangunan yang melebihi enam tingkat terpasang menara air untuk mengelakkan tekanan air berlebihan di paras rendah yang boleh memecah paip air bandar.[39]

Rumah pangsa bertaman menjadi keutamaan di kawasan yang jauh dari bandaraya pada 1920-an, contohnya Jackson Heights di Queens.[40]

Taman

Battery Weed bersejarah di bahagian Staten Island dalam Sistem Taman Negara

Bandar Raya New York mempunyai kawasan taman perbandaran seluas lebih 28,000 ekar (110 km2) dan pantai awam sepanjang 14 batu (23 km).[41] Kawasan taman ini diperluas oleh kawasan taman persekutuan dan negeri yang beribu-ribu ekarnya.

Sistem Taman Negara

Gateway National Recreation Area; bahagian Negeri New York merangkumi Jamaica Bay Wildlife Refuge di Brooklyn, rawang garam yang lebih 9,000 ekar (36 km2) luasnya, pulau-pulau dan perairan yang meliputi sebahagian besar Teluk Jamaica. Kubu Wadsworth di Staten Island dengan binaan bersejarah Battery Weed dan Kubu Tompkins dan Great Kills Park juga terletak di Staten Island bersama kawasan pantai dan Great Kills Harbor.

Taman Negeri New York

Terdapat tujuh taman negeri dalam lingkungan Bandar Raya New York, termasuk Taman Negeri Clay Pit Ponds, sebuah kawasan semula jadi yang merangkumi rangkaian denai yang menyeluruh, dan Taman Negeri Riverbank, kemudahan seluas 28 ekar (110,000 m2) yang terletak 69 kaki (21 m) di atas paras Sungai Hudson.[42]

Jabatan Taman dan Rekreasi Bandar Raya New York

  • Prospect Park di Brooklyn, merangkumi tanah rumput, tasik dan hutan seluas 90 ekar (360,000 m2). Di dalam taman ini ada tapak bersejarah Battle Pass yang pernah memainkan peranan penting dalam Pertempuran Long Island.[44]
  • Di Staten Island, Conference House Park mengandungi tapak bersejarah Conference House di mana berlangsungnya satu-satunya cubaan mencapai peleraian damai bagi Revolusi Amerika yang dihadiri oleh Benjamin Franklin sebagai wakil Amerika dan Lord Howe sebagai wakil British. Di dalam taman ini juga terdapat Burial Ridge, tanah perkuburan Peribumi Amerika yang terbesar di dalam Bandar Raya New York.
Central Park ialah taman bandaraya yang paling ramai pengunjungnya di Amerika Syarikat.

Daerah perbandaran

Sepintas Lalu Lima Daerah Perbandaran
Bandar Raya New York
Bidang
kuasa
Bilangan
penduduk
Keluasan
tanah
Daerah
perbandaran
Kaunti anggaran
1 Julai 2009
batu
persegi
km
persegi
Manhattan New York 1,629,054 23 59
The Bronx Bronx 1,397,287 42 109
Brooklyn Kings 2,567,098 71 183
Queens Queens 2,306,712 109 283
Staten Island Richmond 491,730 58 151
8,391,881 303 786
19,541,453 47,214 122,284
Sumber: United States Census Bureau[1][5][46]

Bandar Raya New York terdiri daripada lima daerah perbandaran (borough).[47] Setiap daerah perbandaran sama peringkat dengan kaunti di Negeri New York, seperti yang ditunjukkan berikutnya. Dalam setiap daerah terdapat ratusan kawasan tetangga, setiap satunya ada sejarah dan keistimewaan yang tersendiri. Andai kelima-lima daerah ini menjadi bandaraya berasingan, Brooklyn, Queens, Manhattan, dan Bronx pasti tersenarai dalam sepuluh bandaraya teramai penduduknya di Amerika Syarikat.

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Raya_New_York