Bandar raya global (juga dikenali sebagai bandar raya dunia atau bandar raya alfa) ialah bandar raya yang ditentukan melalui titik pertemuan penting dalam sistem ekonomi global. Konsep yang berasal dari bidang geografi dan kajian bandar ini berteraskan gagasan bahawa globalisasi difahami sebagai dicipta, dimudahkan dan dilaksanakan terutamanya di tempat-tempat yang strategik mengikut hierarki kepentingan dan pengendalian sistem kewangan dan perdagangan sedunia.

Paling kompleks di kalangan entiti-entiti sedemikiannya ialah "bandar raya global" (global city), yang mana perhubungan bandar raya ini membawa kesan sosio-ekonomi yang langsung dan ketara terhadap hal-ehwal sedunia.[1] Istilah global city dipercayai dicipta oleh ahli sosiologi Saskia Sassen sebagai memaksudkan London, New York dan Tokyo dalam hasil kerja The Global City (1991),[2] biarpun istilah world city (bandaraya dunia) yang memaksudkan kota-kota yang jauh menguasai lebih banyak perniagaan global berbanding tempat dipakai seawal-awal penggunaan sulungnya oleh Patrick Geddes pada tahun 1915.[3] Sesebuah bandaraya boleh hilang kelayakannya sebagai bandaraya global, misalnya yang semakin kurang bersifat kosmopolitan, dan semakin pudar namanya di peringkat dunia, cth. Kaliningrad, Rusia, Thessaloniki, Greece dan Iskandariah, Mesir.

Kriteria

Taraf bandar raya global atau bandar raya dunia memang dipandang tinggi nilainya. Oleh sebab itu ramai pihak yang cuba menggolongkan dan menarafkan bandar raya yang mana boleh dikira sebagai 'bandar raya dunia' atau sebaliknya.[3] Although there is a consensus upon leading world cities,[4] the criteria upon which a classification is made can affect which other cities are included.[3] Kaedah pengenalpastiannya adalah sama ada berasaskan "pengukur nilai" (cth. "jika sektor pengeluaran dan perkhidmatan ialah sektor terbesarnya, maka bandaraya X ialah bandaraya dunia")[3] ataupun "penentuan perbandingan" ("juka sektor pengeluaran dan perkhidmatan bandaraya X lebih besar berbanding sektor pengeluaran dan perkhidmatan N bandaraya lain, maka bandaraya X ialah bandaraya dunia").[3]

Ciri-ciri ekonomi


Ciri-ciri politik

Ciri-ciri kebudayaan

  • Pengetahuan nama pertama di peringkat antarabangsa; yang mana sesebuah bandaraya dikenali tanpa perlu menyatakan pembahagian politiknya. Cth: Bandaraya New York dipanggil "New York" sahaja, walaupun terletak di negeri New York.
  • Institusi kebudayaan terkemuka, seperti muzium, galeri, opera, orkestras, pusat perfileman dan pusat teater terkemuka. Persada kebudayaan yang aktif, termasuk pesta filem (seperti Toronto International Film Festival), tayangan perdana, industri muzik, kelab malam, syarikat opera, galeri seni, perarakan tahunan dsb.
  • Pangkalan perbadanan media berpengaruh yang mencapai seluruh dunia, seperti BBC, Reuters, The New York Times, atau Agence France-Presse.
  • Komuniti kesukanan besar, termasuk kemudahan sukan utama, pasukan tuan rumah sukan liga utama, dan keupayaan dan pengalaman sebagai tuan rumah temasya sukan antarabangsa seperti Sukan Olimpik, Piala Dunia FIFA, atau acara tenis Grand Slam.[18]
  • Institusi pendidikan; cth., universiti,[19] kehadiran pelajar antarabangsa,[20] kemudahan penyelidikan
  • Tapak penziarahan keagamaan
  • Penempatan Tapak Warisan Dunia yang berkepentingan sejarah dan kebudayaan[21]
  • Ketampungan pelancongan

Ciri-ciri prasarana