Domain peringkat tinggi kod negara (Bahasa Inggeris: country code top-level domain, ccTLD) ialah sebuah domain peringkat tinggi Internet yang umumnya digunakan atau disimpan untuk sesebuah negara (baik yang berdaulat atau kebergantungan jajahan).

Semua pengenal pasti ccTLD ASCII ccTLD terdiri daripada dua huruf, dan semua domain dua huruf peringkat tinggi adalah ccTLD. Kini, juga diperkenalkan domain peringkat tinggi kod negara keantarabangsaan, consisting in several Arabic letters. Penciptaan dan penetapan ccTLD dilakukan oleh Pihak Berkuasa Penugasan Nombor Internet (Internet Assigned Numbers Authority, IANA) seperti yang tertera dalam RFC 1591, berpadan dengan kod negara ISO 3166-1 alpha-2.

Penugasan dan Pengurusan

IANA bertanggungjawab menentukan pemegang-pemegang yang sesuai untuk setiap ccTLD. Pentadbiran dan kawalan kemudiannya diserahkan kepada entiti berkenaan yang bertanggungjawab dalam menentukan polisi serta operasi domain berkenaan. Penugasan terkini dapat ditentukan daripada Senarai ccTLD IANA. ccTLD individu mungkin perlu mematuhi syarat-syarat dan yuran untuk mendaftar subdomain. Terdapat juga syarat-syarat tempatan yang perlu dipatuhi (sebagai contoh, kewarganegaraan atau sambungan lain kepada ccTLD), sebagai contoh pendaftaran nama domain Kanada (ca) dan Jerman (de) mungkin dibuka.

ccTLD yang digunakan dalam perniagaan

ccTLD ini digunakan secara meluas oleh syarikat-syarikat dan perniagaan kerana keunikan nama domain mereka. Sebagai contoh: