Eropah Timur masih samar ertinya, mungkin sekali merupakan suatu kawasan geopolitik yang dipengaruhi Perang Dingin dalam sejarah moden. Bagi sesetengah pihak, sempadannya ditentukan lebih melalui budaya berbanding geografi nyata. Sepanjang sejarah hingga masa kini, Eropah Timur dibezakan dari Eropah Barat dan rantau-rantau lain berasaskan faktor-faktor kebudayaan, keagamaan, ekonomi, dan sejarah. Meskipun diketengahkan ketika Perang Dingin, namun istilah Eropah Timur bertahan sehingga kini.[1] Istilah ini sering digunakan dalam media dan kegunaan seharian di rantau "timur" dan rantau-rantau lain di Eropah.

Takrifan

Pengelasan CIA World Factbook:
  •      Eropah Timur
  •      Eropah Selatan
  •      Rentas benua
  • Eropah Timur seperti yang ditentukan Kod Negara atau Rantau Piawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Kegunaan Statistik (bertanda merah):
  •      Eropah Utara
  •      Eropah Barat
  •      Eropah Timur
  •      Eropah Selatan
  • Menurut ahli-ahli Kumpulan Pakar Nama Geografi Bangsa-bangsa Bersatu[2]:
  •      Bahagian Eropah Timur, Asia Utara dan Tengah
  •      Bahagian Eropah Timur Pusat dan Tenggara
  • Pembahagian pra-1989 antara "Blok Barat" (kelabu) dan "Timur" (oren) yang ditindan pada sempadan masa kini: Rusia (jingga kelam), negara-negara lain bekas Kesatuan Soviet (jingga sederhana), ahli-ahli Pakatan Warsaw (jingga cerah), dan beks rejim Komunis lain yang tidak bersekutu dengan Moscow (jingga paling cerah).
    Pengelasan Time Almanac 2007.

    Kini wujud beberapa definisi Eropah Timur, tetapi semuanya ketandusan ketepatan atau amat luas pengertiannya. Definisi berbeza antara budaya dan di kalangan pakar dan saintis politik, baru-baru ini semakin samar [3]. Biasanya, istilah ini difahami sebagai rantau yang terletak di antara Eropah Tengah dan pergunungan Ural, ataupun negara-negara Eropah bekas "Blok Timur" - sempadan barat Eropah Timur bergantung pada pendekatan.

    Namun begitu, diingatkan bahawa bagi ramai yang mengaitkan diri mereka dengan idea Eropah Tengah[4] kerana perbezaan budaya[5], maka mengaitkan mereka dengan Eropah Timur mungkin menimbulkan pertikaian[6] dan boleh menyinggung perasaan.[perlu rujukan]

    CIA

    CIA World Factbook[7] menghuraikan kedudukan negara-negara berikut:

    Original: Original:

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Eropah_Timur