Republik Filipina
ريڤوبليك فيليڤينا

Republika ng Pilipinas (Filipino)
Flag of Filipina
{{{coat_alt}}}
Bendera Jata negara
Cogan kata: "Maka-Diyos, Maka-tao, Makakalikasan, at Makabansa"
(Untuk Tuhan, Untuk Rakyat, Untuk Alam, dan Untuk Negara)
Lagu kebangsaan: Lupang Hinirang
(Tanah Terpilih)
Mohor Kerajaan

Seal of the Philippines.svg
Dakilang Sagisag ng Pilipinas
Location of Filipina
Ibu kotaManila
14°35′N 120°58′E / 14.583°N 120.967°E / 14.583; 120.967
Bandar terbesarBandar Quezon
14°38′N 121°02′E / 14.633°N 121.033°E / 14.633; 121.033
Bahasa rasmiFilipino,
Inggeris
Agama
Katolik
Islam
PemerintahanRepublik
• Presiden
Rodrigo Duterte
Leni Robredo
Vicente Sotto III
Gloria Macapagal Arroyo
Lucas Bersamin
Kemerdekaan 
daripada Sepanyol dan A.S.
12 Jun 1898
24 Mac 1934
• Diiktiraf
4 Julai 1946
2 Februari 1987
• Air (%)
0.6
Populasi
• Anggaran 2019
101,642,817 (11)
• Bancian 2000
76,504,077
KDNK (PPP)Anggaran 2019 
• Total
$902.27 billion (25)
• Per kapita
$8,876 (98)
KDNK (nominal)Anggaran 2019 
• Jumlah
$411.832 billion (49)
• Per kapita
$4,051 (113)
HDI (2019)0.758
tinggi · 89
MatawangPeso Filipina (Piso) (PHP)
Zon masaUTC+8 (PST)
Kod panggilan+63
Internet TLD.ph
* Bahasa Cebu, Bahasa Ilokano, Bahasa Hiligaynon, Bahasa Bikol, Bahasa Waray-Waray, Bahasa Kapampangan, Bahasa Pangasinan, Bahasa Kinaray-a, Bahasa Maranao, Bahasa Maguindanao, Bahasa Tagalog, Bahasa Tausug bagi wilayah Sulu, Bahasa Bajau/Badjaw/Badjao bagi wilayah Tawi-Tawi dan Bahasa Yakan bagi wilayah Basilan seterusnya merupakan bahasa rasmi bagi wilayah masing-masing. Bahasa Sepanyol, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab sebagai bahasa pilihan dan sukarela.

Filipina (Bahasa Filipino: Pilipinas atau Filipinas, Bahasa Inggeris: the Philippines), secara rasminya Republik Filipina (Bahasa Filipino: Republika ng Pilipinas; Bahasa Inggeris: Republic of the Philippines) merupakan sebuah negara kepulauan unitari berdaulat di Asia Tenggara. Terletak di Lautan Pasifik barat, ia terdiri daripada kira-kira 7,641 buah pulau[1] yang terbahagi kepada tiga rantau iaitu (dari utara ke selatan) Luzon, Visayas, dan Mindanao. Ibu negara Filipina ialah Manila sementara bandar yang paling ramai penduduk ialah Bandar Quezon, kedua-duanya tergolong dalam wilayah Metro Manila.[2] Dikelilingi oleh Laut China Selatan di barat, Laut Filipina di timur dan Laut Sulawesi di barat daya, negara Filipina berkongsi sempadan maritim dengan Taiwan di utara, Vietnam di barat, Palau di timur, dan Malaysia dan Indonesia di selatan.

Kedudukan Filipina di lingkaran api Pasifik dan hampir dengan khatulistiwa menyebabkan negara itu terdedah kepada gempa bumi dan ribu taufan, tetapi juga kaya dengan sumber alam dan antara kepelbagaian alam terbesar di dunia. Filipina mencatat keluasan tanah 343,448 kilometer persegi (132,606 bt2)[3] dengan lebih 100 juta orang setakat tahun 2015.[4] Setakat Januari 2018, Filipina merupakan negara Asia kelapan paling ramai penduduk dan negara ke-12 paling ramai penduduk di dunia. Kira-kira 10 juta lago orang Filipina tinggal di luar negara,[5] menjadikan salah sebuah masyarakat diaspora yang terbesar di dunia. Terdapat berbilang suku dan etnik di seluruh kepulauan. Kaum Negrito adalah antara penduduk terawal pulau sejak zaman prasejarah lagi, diikuti oleh kedatangan orang Austronesia secara bergilir-gilir.[6] Berlakunya pertukaran bersama bangsa-bangsa Cina, Melayu, India dan Islam. Kemudian, ditubuhkan pelbagai negeri yang bersaing sesama sendiri di bawah pemerintahan Datu, Raja, Sultan mahupun Lakan.

Ketibaan penjelajah Portugis bernama Ferdinand Magellan yang mengetuai armada bagi pihak Spanish, di Homonhon, Samar Timur pada 1521 menandakan bermulanya penjajahan Sepanyol. Pada 1543, penjelajah Sepanyol Ruy López de Villalobos menamakan kepulauan ini Las Islas Filipinas sempena Raja Felipe II dari Sepanyol. Dengan tibanya Miguel López de Legazpi dari Bandar Raya Mexico, pada 1565, ditubuhkannya penempatan Hispanik pertama di kepulauan.[7] Filipina menganggotai Empayar Sepanyol selama lebih daripada 300 tahun. Kesannya, agama Katolik menjadi agama dominan. Pada zaman ini, Manila menjadi hab barat bagi perdagangan trans-Pasifik yang menyambungkan Asia dengan Acapulco di benua Amerika.[8]

Di akhir abad ke-19, berlakunya Revolusi Filipina yang membuahkan Republik Filipina Pertama yang pendek hayatnya, diikuti oleh Perang Filipina-Amerika.[9] Semenjak itu Amerika Syarikat memegang kedaulatan ke atas kepulauan Filipina (kecuali apabila tempoh pendudukan Jepun) hinggalah selepas Perang Dunia Kedua, apabila Filipina diiktiraf sebagai bangsa yang merdeka. Semenjak itu, Filipina seringkali mengalami pergolakan dalam demokrasi, termasuklah pernah menggulingkan pemerintahan diktator secara revolusi tanpa kekerasan.[10]

Filipina merupakan anggota pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), dan Sidang Kemuncak Asia Timur. Di Filipina juga letaknya ibu pejabat Bank Pembangunan Asia (Bahasa Inggeris: Asian Development Bank).[11] Filipina dikira sebagai sebuah pasaran memuncul dan negara baru berindustri,[12] yang mempunyai ekonomi yang beralih daripada asas pertanian kepada yang asas perkhidmatan dan perkilangan.[13] Filipina merupakan salah satu daripada hanya dua buah negara majoriti Kristian di Asia Tenggara selain daripada Timor Leste.

Sejarah

Rencana utama: Sejarah Filipina

Sejarah Filipina dipercayai bermula dengan kedatangan manusia pertama[14][15][16] menggunakan rakit atau bot sekurang-kurangnya 67,000 tahun yang lalu seperti yang dicadangkan oleh penemuan Callao Man 2007.[17] Kepulauan itu mula-mula didiami oleh Negrito, disusuli oleh penghijrahan masuk orang-orang Austronesia.

Para sarjana umumnya percaya bahawa kumpulan-kumpulan sosial ini akhirnya berkembang menjadi pelbagai penempatan atau tatanegara yang pelbagai peringkat pengkhususan ekonomi, stratifikasi sosial, dan organisasi politik.[18] Sesetengah penempatan ini (kebanyakannya terletak di delta sungai utama) mencapai tahap kemajuan sosial yang dirasai cukup oleh sesetengah sarjana untuk digelar negeri.[19] Ini termasuk pendahulu bagi pusat-pusat kependudukan moden seperti Maynila, Tondo, Pangasinan, Cebu, Panay, Bohol, Butuan, Cotabato, Lanao, dan Sulu[20] serta beberapa lagi negeri seperti Ma-i yang masih belum ditentukan kedudukannya.[21]

Setiap politi ini masing-masing memperlihatkan kesan pengaruh dari India dari segi agama, bahasa, budaya, sastera dan falsafah melalui pelbagai kempen dari India termasuk kempen Asia Tenggara Rajendra Chola I,[22] dari Arab dengan kewujudan agama Islam, ataupun dari China sebagai negeri-negeri ufti kecinaan. Negeri-negeri maritim kecil ini berkembang sejak alaf pertama.[23][24] Kerajaan-kerajaan ini banyak berdagang dengan negara-negara yang kini dikenali sebagai China, India, Jepun, Thailand, Vietnam, dan Indonesia.[25] Baki penempatan yang lain merupakan wilayah "barangay" bebas yang bersekutu dengan mana-mana negeri besar.

Kali pertama tercatatnya kunjungan orang Eropah ialah kedatangan Ferdinand Magellan. Beliau terlihat Pulau Samar pada 16 Mac 1521, dan keesokan harinya mendarat di Pulau Homonhon, kini dalam wilayah Guiuan, Samar Timur.[26] Penjajahan Sepanyol bermula dengan kedatangan ekspedisi Miguel López de Legazpi dari Mexico pada 13 Februari 1565. Beliau mendirikan penempatan tetap pertama di Cebu.[27] Sebahagian besar kepulauan itu tertakluk kepada pemerintahan Sepanyol, lalu membentuk struktur politik bersatu terawal yang dikenali sebagai Filipina. Pemerintahan penjajah Sepanyol menyaksikan kemasukan agama Kristian, kanun undang-undang serta universiti moden tertua di Asia. Filipina diperintah di bawah Kewizuraian Sepanyol Baru yang bertapak di Mexico sehingga kemerdekaan Mexico. Selepas itu, jajahan diperintah secara langsung oleh Sepanyol.

Pemerintahan Sepanyol berakhir pada tahun 1898 dengan kekalahan Sepanyol dalam perang dengan Amerika Syarikat. Kemudian Filipina dijadikan wilayah Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, sebuah Revolusi Filipina yang dilancarkan pada tahun 1896 untuk melawan Sepanyol lalu menubuhkan Republik Filipina Pertama, negara merdeka pertama yang tidak bertahan lama dan akhirnya dipatahkan oleh AS melalui Perang Filipina–Amerika.

Amerika Syarikat menubuhkan Kerajaan Kepulauan (Insular Government) untuk Filipina. Pada 1907, ditubuhkan Dewan Undangan Filipina menerusi pilihan raya. AS menjanjikan kemerdekaan bagi Filipina seperti yang termaktub dalam Akta Jones.[28] Komanwel Filipina ditubuhkan pada 1935 sebagai langkah perantaraan 10 tahun sebelum kemerdekaan penuh. Akan tetapi pada 1942 sewaktu Perang Dunia Kedua, Jepun menduduki Filipina sehingga diusir oleh AS pada 1945. Perjanjian Manila 1946 berjaya menubuhkan sebuah republik Filipina yang merdeka.

Pada 1972, Presiden Filipina Ferdinand Marcos mengenakan pemerintahan ketenteraan. Ekoran pembunuhan Ninoy Aquino, Marcos mengadakan pilihan raya mengejut pada tahun 1986 dan kemudian meninggalkan negara sewaktu Revolusi Kuasa Rakyat yang melantik Cory Aquino sebagai presiden dan memulihkan demokrasi.

Politik

Rencana utama: Politik Filipina

Filipina mempunyai kerajaan demokrasi yang berbentuk republik berperlembagaan dengan sistem presiden.[29] Ia ditadbir sebagai negara kesatuan kecuali Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) yang amat bebas dari ikatan kerajaan pusat. Adanya cubaan untuk menukarkan bentuk kerajaan kepada persekutuan, ekadewan, atau kerajaan berparlimen sejak pemerintahan Ramos.[30][31]

Presiden memegang peranan ketua negara dan ketua kerajaan sekaligus, lagipun merupakan panglima agung Angkatan Tentera Filipina. Presiden dipilih secara pilihan raya untuk satu penggal enam tahun. Dalam sepenggal itu beliau melantik dan mengetuai sebuah jemaah menteri.[32] Kongres Filipina yang dwidewan terdiri daripada Senat (Senate) sebagai dewan atas yang mana ahli-ahlinya dipilih untuk penggal enam tahun, dan Dewan Perwakilan (House of Representatives) sebagai dewan bawah yang mana ahli-ahlinya dipilih untuk penggal tiga tahun.[32]

Ahli-ahli Senat atau Senator dipilih oleh serata negara sementara ahli-ahli Dewan Perwakilan terpilih oleh daerah perwakilan masing-masing.[32] Kuasa kehakiman terletak di Mahkamah Agung (Supreme Court) yang terdiri daripada Hakim Besar (Chief Justice) selaku pengerusi dan 14 orang hakim bersekutu (associate justices), semuanya dilantik oleh Presiden daripada pencalonan yang diserahkan oleh Majlis Peguam dan Kehakiman (Judicial and Bar Council).[32]

Hubungan luar

Presiden Rodrigo Duterte bersama Presiden AS Donald Trump di sidang dua hala di Pasay, 2017.
Ibu pejabat Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina di Pasay.

Hubungan luar Filipina berasaskan perdagangan dengan negara-negara lain serta kebajikan 10 juta orang Filipina yang tinggal di luar negara.[33] Sebagai negara pengasas dan anggota aktif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Filipina pernah dipilih beberapa kali untuk menyertai Majlis Keselamatan. Carlos P. Romulo merupakan bekas Presiden Perhimpunan Am Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Filipina aktif dalam Majlis Hak Asasi Manusia serta misi pengamanan, khususnya di Timor Leste.[34][35][36]

Di samping menganggotai PBB, Filipina juga merupakan negara pengasas ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara), sebuah pertubuhan yang direka bagi mengukuhkan hubungan serta memupuk pembangunan ekonomi dan kebudayaan di kalangan negara-negara Asia Tenggara.[37] Filipina telah menjadi tuan rumah bagi beberapa sidang kemuncak ASEAN serta banyak menyumbang kepada hala tuju dan dasar-dasar blok serantau.[38]

Filipina menghargai hubungan dengan Amerika Syarikat.[33] Ia menyokong AS ketika Perang Dingin dan Perang terhadap Keganasan serta merupakan sekutu utama luar NATO. Biarpun sejarah begitu muhibah, namun dari masa ke semasa timbul kontroversi berkenaan kehadiran bekas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Teluk Subic dan Clark serta Perjanjian Angkatan Melawat.[33] Jepun selaku penyumbang terbesar bantuan pembangunan rasmi kepada Filipina,[39] dianggap sebagai kawan. Biarpun masih ada ketegangan bersejarah tentang isu-isu seperti penderitaan wanita penghibur, namun kemarahan yang tercetus oleh memori Perang Dunia Kedua sudah banyak reda.[40]

Hubungan dengan negara-negara lain pada umumnya positif. Perkongsian nilai-nilai demokrasi memudahkan hubungan dengan negara-negara Barat dan Eropah sementara persamaan kepentingan ekonomi membantu hubungan dengan negara-negara membangun yang lain. Hubungan sejarah dan kebudayaan juga menjadi penjalin hubungan dengan negara Sepanyol.[41][42][43] Biarpun terjejas oleh isu-isu seperti penindasan dan kesan perang terhadap buruh Filipina,[44][45] namun hubungan dengan negara-negara Timur Tengah mesra seperti yang dicerminkan oleh dua juta orang Filipina yang masih diambil kerja di rantau tersebut.[46]

Kini ancaman komunis sudah lama reda, maka hubungan Filipina dengan China yang tegang pada 1950-an sudah banyak meningkat. Namun isu-isu berkenaan Taiwan, Kepulauan Spratly, dan kebimbangan atas meluasnya pengaruh tetap menyemai rasa berjaga-jaga.[40] Dasar luar baru-baru ini bertumpu pada hubungan ekonomi dengan negara-negara jiran Asia Tenggara dan Asia Pasifik.[33]

Filipina merupakan ahli aktif Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Kesatuan Latin, Kumpulan 24, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).[32] Ia juga ingin mengeratkan hubungan dengan negara-negara Islam dengan berkempen untuk diberi status pemerhati di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).[47][48]

Tentera

Angkatan Tentera Filipina (Bahasa Inggeris: Armed Forces of the Philippines, AFP; Bahasa Filipino: Sandatahang Lakas ng Pilipinas, ; Bahasa Sepanyol: Fuerzas Armadas Filipinas) bertanggungjawab atas keselamatan negara dan terdiri daripada tiga cabang, iaitu Tentera Udara Filipina, Tentera Darat Filipina, dan Tentera Laut Filipina (termasuk Kor Marin).[49][50][51] Angkatan Tentera Filipina merupakan angkatan sukarela. Keselamatan awam pula terletak pada Polis Kebangsaan Filipina (Philippine National Police) di bawah Jabatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan (DILG).[52][53]

Di Wilayah Autonomi Islam Mindanao, kumpulan pemisah terbesar iaitu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro kini bertempur dengan kerajaan pusat. Kumpulan militan lain seperti Barisan Pembebasan Islam Moro, puak komunis New People's Army, dan Abu Sayyaf pernah menculik warga asing untuk wang tebusan, khususnya di pulau selatan Mindanao.[55][56][57][58] Kehadiran mereka susut atas berkat kawalan keselamatan dari kerajaan Pusat.[59][60] Pada 1.1 peratus daripada KDNK, Filipina kurang berbelanja untuk tentera daripada purata ASEAN.[61][62]

Filipina bersekutu dengan Amerika Syarikat sejak Perang Dunia Kedua. Sebuah perjanjian pertahanan bersama antara kedua-dua negara ditandatangani pada 1951. Filipina menyokong dasar-dasar AS sewaktu Perang Dingin serta terlibat dalam perang-perang Korea dan Vietnam. Setelah bermulanya Perang Terhadap Keganasan, Filipina menyertai angkatan tentera bergabung yang menyokong usaha AS di Iraq.[63]

Pembahagian pentadbiran

Filipina terbahagi kepada tiga kelompok pulau, iaitu Luzon, Visayas, dan Mindanao, dibahagikan lagi kepada 17 bahagian (regions), 81 wilayah (provinces), 145 bandar (cities), 1,489 perbandaran (municipalities), dan 42,036 barangay.[64] Tambahan pula, Seksyen 2 Akta Republik No. 5446 menegaskan bahawa penentuan wilayah laut di sekitar kepulauan Filipina tidak menyentuh fasal tuntutan ke atas bahagian timur Sabah.[65][66]

Nueva VizcayaNueva EcijaSamar UtaraSamar UtaraSamar UtaraNegros OrientalNegros OccidentalMountain ProvinceMisamis OrientalMisamis OccidentalMetro ManilaMasbateMasbateMasbateMarinduqueMaguindanaoLeyteLa UnionLanao del SurLanao del NorteLagunaKalingaBandar IsabelaIsabelaIloiloIloiloIloiloIlocos SurIlocos NorteIfugaoGuimarasSamar TimurSamar TimurKepulauan DinagatDavao OrientalDavao OrientalDavao OccidentalDavao OccidentalDavao OccidentalDavao del SurDavao del NorteDavao del NorteDavao del NorteCotabato CityCotabatoLembah CompostelaCebuCebuCebuCebuCebuCebuCebuCaviteCatanduanesCapizCamarines SurCamarines SurCamarines SurCamarines NorteCamiguinCagayanCagayanCagayanCagayanCagayanCagayanCagayanBulacanBukidnonBoholBoholBoholBiliranBiliranBenguetBatangasBatangasBatangasBatangasBatanesBatanesBatanesBataanBasilanAuroraApayaoAntiqueAntiqueAntiqueAntiqueAlbayAlbayAlbayAlbayAklanAgusan del SurAgusan del NorteAbraZamboanga SibugayZamboanga del SurZamboanga del NorteBandar ZamboangaBandar ZamboangaZambalesSamarSamarSamarSamarTawi-TawiTawi-TawiTawi-TawiTawi-TawiTawi-TawiTawi-TawiTarlacSurigao del SurSurigao del SurSurigao del NorteSurigao del NorteSurigao del NorteSurigao del NorteSurigao del NorteSuluSuluSuluSuluSuluSuluSuluSuluSultan KudaratLeyte SelatanLeyte SelatanCotabato SelatanSorsogonSiquijorSaranganiSaranganiRomblonRomblonRomblonRomblonRomblonRomblonRizalRizalQuirinoQuezonQuezonQuezonQuezonQuezonQuezonQuezonPangasinanPangasinanPampangaPalawanPalawanPalawanPalawanPalawanPalawanPalawanPalawanPalawanPalawanPalawanPalawanPalawanPalawanOriental MindoroOccidental MindoroOccidental MindoroOccidental MindoroOccidental MindoroMalaysiaMalaysiaMalaysiaMalaysiaMalaysiaMalaysiaKawasan Pentadbiran Cordillera (CAR)Bahagian Ilocos (Bahagian I)Lembah Cagayan (Bahagian II)Luzon Tengah (Bahagian III)Bahagian Ibu Kota Negara (NCR)CALABARZON (Bahagian IV-A)MIMAROPABahagian Bicol (Bahagian V)Visayas Timur (Bahagian VIII)Visayas Tengah (Bahagian VII)Visayas Barat (Bahagian VI)Bahagian Pulau Negros (dibubarkan) - Negros Occidental dan Negros Oriental masing-masing dikembalikan kepada Bahagian VI dan VIISemenanjung Zamboanga (Bahagian IX)Mindanao Utara (Bahagian X)Caraga (Bahagian XIII)Bahagian Davao (Bahagian XI)SOCCSKSARGEN (Bahagian XII)Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM)Laut FilipinaLaut SuluLaut China SelatanLaut SulawesiTasik BuluanTeluk DupulisanTeluk PagadianTeluk MayoTeluk PujadaTeluk MelgarTeluk TaguiteTeluk SindanganTeluk PanguilTeluk DumanquilasSelat DapaTasik MainitTeluk PilarTeluk TolongSelat San JuanicoSelat JanabatasTeluk OrmocTeluk CarigaraTeluk MaquedaTeluk CabugaoTasik BuhiTasik BatoTeluk PanganiranTasik NaujanGenting MompogTeluk BagacTeluk SubicTeluk DingalanTeluk PalananTeluk DivilacanTeluk DasolTeluk BanguiTeluk GingoogTeluk BayTeluk LiangaTeluk LanuzaSelat Luzon (Kep. Batanes)Selat Luzon (Kep. Babuyan)Teluk BalerCasiguran SoundGenting MasbateGenting TicaoGenting BuriasTeluk San PedroTeluk BatangasTeluk BalayanSelat San BernardinoLaluan SibutuTasik LanaoTasik TaalSelat SaranganiSelat SaranganiSelat BalintangSelat BabuyanDinagat SoundSelat SurigaoTeluk SogodSelat CanigaoSelat CebuTeluk MacajalarTeluk ButuanTeluk IliganTeluk SorsogonTeluk AlbayTeluk LagonoyTeluk LamonTeluk TayabasTeluk TablasLaguna de BaySelat LinapacanSelat MindoroGenting Timur CuyoGenting Barat CuyoSelat GuimarasSelat IloiloTeluk PanayLaut SamarTeluk AsidTeluk RagayTeluk San MiguelSelat PolilloTeluk LingayenTeluk LeyteLaut BoholLaut BoholLaut BoholSelat BasilanTeluk SibugueyIllana BayTeluk DavaoTeluk MoroTeluk MaligayLaut SuluLaut CamotesLaut CamotesLaut CamotesLaut CamotesLaut VisayasLaut VisayasLaut VisayasLaut VisayasLaut VisayasLaut VisayasLaluan Pulau VerdeSelat JintotoloTeluk ManilaTeluk ManilaTeluk ManilaLaut SibuyanLaut SibuyanLaut SibuyanLaut SibuyanLaut SibuyanLaut SibuyanLaut SibuyanLaut SibuyanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanSelat TañonSelat TañonLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SulawesiLaut SulawesiLaut SulawesiLaut SulawesiLaut SulawesiLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanSelat TañonLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut SuluLaut SuluLaut SuluLaut SulawesiLaut SulawesiLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut FilipinaLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanLaut China SelatanTeluk HondaTeluk CabalianTeluk PagapasTeluk SigayanTeluk BasiadTeluk MaribojocTeluk TaytayLaluan CalaviteSelat BalabacLabelled map of the Philippines - Provinces and Regions.png
Perihal imej ini

Bahagian atau regions dalam konteks Filipina merupakan bahagian pentadbiran yang diwujudkan terutamanya untuk menyusun atur wilayah-wilayah negara untuk memudahkan pentadbiran. Filipina terbahagi kepada 17 bahagian (16 ditadbir terus dan 1 berautonomi). Kebanyakan pejabat kerajaan ditubuhkan mengikut bahagian dan bukan satu per satu wilayah, dengan ibu kota selalunya (tetapi tidak semestinya) terletak di pusat bahagian berkenaan. Setakat 2015, CALABARZON merupakan bahagian yang paling ramai penduduk sementara Bahagian Ibu Kota Negara (National Capital Region) paling padat penduduknya.

Geografi

Rencana utama: Geografi Filipina
Topografi Filipina

Filipina merupakan gugusan pulau yang terdiri daripada sekitar 7,641 buah pulau[67] dengan jumlah keluasan, termasuk jasad air dalaman, sebanyak 343,448 kilometer persegi (132,606 bt2).[3] Garis tepi laut sepanjang 36,289 kilometer (22,549 mi) menjadikan Filipina negara kelima terpanjang garis pantai di dunia.[32][68] Filipina terletak antara longitud 116° 40', dan 126° 34' T dan latitud 4° 40' dan 21° 10' U, bersempadan dengan Laut Filipina[69] di timur, Laut China Selatan[70] di barat, dan Laut Sulawesi[71] di selatan. Pulau Borneo[72] terletak beberapa ratus kilometer di barat daya sementara Taiwan terletak terus di utara. Kepulauan Maluku dan Sulawesi terletak di selatan barat daya sementara Palau terletak di timur Filipina.[32]

Kebanyakan pulau bergunung dilitupi hutan hujan tropika dan berasal dari gunung berapi. Gunung tertinggi ialah Gunung Apo. It measures up to 2,954 meter (9,692 ka) above sea level and is located on the island of Mindanao.[73][74] Kedalaman Galathea di Jurang Filipina adalah titik paling dalam di negara dan ketiga paling dalam di dunia. Jurang tersebut terletak di Laut Filipina.[75]

Sungai terpanjang ialah Sungai Cagayan di Luzon utara.[76] Teluk Manila, di mana letaknya ibu negara Manila, bersambung dengan Laguna de Bay, tasik terbesar di Filipina, melalui Sungai Pasig. Teluk Subic, Teluk Davao, dan Teluk Moro antara teluk-teluk terpenting yang lain. Selat San Juanico memisahkan pulau-pulau Samar dan Leyte tetapi diseberangi oleh Jambatan San Juanico.[77]

Terletak di pinggir barat lingkaran api Pasifik, Filipina banyak mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi. Penara Benham di timur dalam Laut Filipina merupakan kawasan dasar laut yang aktif dengan pembenaman tektonik.[78] Sekitar 20 buah gempa bumi dicatat sehari, tetapi kebanyakannya terlalu lemah untuk dirasai. Gempa bumi besar terakhir ialah gempa bumi Luzon 1990.[79]

Gunung Mayon ialah gunung berapi paling aktif di Filipina.

Terdapat banyak gunung berapi yang aktif seperti Gunung Mayon, Gunung Pinatubo, dan Gunung Taal. Letusan Gunung Pinatubo pada Jun 1991 menyebabkan letusan tanah terbesar di dunia pada abad ke-20.[80] Bukan semua ciri-ciri geografi utama bersifat pemusnah. Antara tinggalan indah daripada gangguan geografi ialah Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa, di mana tempatnya mewakili habitat untuk pemeliharaan biodiversiti, malah juga terdapat ekosistem selengkap gunung hingga laut dan antara hutan-hutan terpenting di Asia.[81]

Disebabkan banyaknya gunung berapi, banyak mendapan mineral di Filipina. Dianggarkan bahawa Filipina mempunyai mendapan emas kedua terbesar di dunia selepas Afrika Selatan, dan salah satu mendapan tembaga terbesar di dunia.[82] Ia juga kaya dengan nikel, kromit dan zink. Sungguhpun demikian, pengurusan lemah, penduduk terlalu padat serta kesedaran alam telah menyebabkan sumber mineral ini kurang dieksploitasi.[82] Tenaga geoterma merupakan hasil aktiviti gunung berapi yang berjaya dimanfaatkan oleh Filipina. Filipina ialah pengeluar geoterma kedua terbesar selepas Amerika Syarikat, dengan 18% keperluan elektrik negara dipenuhi oleh kuasa geoterma.[83]


Biodiversiti

Kera hantu Filipina (Tarsius syrichta), antara primat terkecil.

Hutan hujan yang luas dan garis tepi laut yang panjang menjadikan Filipina tempat tinggal bagi pelbagai jenis flora dan fauna.[84] Filipina merupakan antara negara megadiversiti yang paling banyak spesies.[85][86][87] Di Filipina terdapat kira-kira 1,100 spesies vertebrata daratan termasuk lebih 100 spesies mamalia dan lebih 170 spesies unggas yang disangka tidak hidup di mana-mana tempat lain.[88] Antara mamalia tempatan termasuklah musang pulut, dugong, dan kera hantu Filipina.

Biarpun Filipina kekurangan mamalia pemangsa besar-besar, tetapi ada reptilia gergasi seperti ular sawa dan ular tedung di samping buaya katak. Buaya terbesar dalam tawanan yang dikenali dengan jolokan Lolong yang ditangkap di pulau Mindanao.[89][90] Burung kebangsaan iaitu burung helang Filipina mempunyai tubuh yang terpanjang bagi sebarang helang, dengan ukuran dalam 86 hingga 102 cm dengan berat 4.7 hingga 8.0 kg.[91][92] Helang Filipina adalah endemik di hutan hujan Luzon, Samar, Leyte dan Mindanao.

Rafflesia speciosa endemik di pulau Panay.

Perairan maritim Filipina luasnya sebanyak 2,200,000 kilometer persegi (849,425 bt2) dan kaya dengan kepelbagaian hidupan, sebahagian penting daripada Segitiga Terumbu Karang.[65] Dianggarkan terdapat sejumlah 500 spesies batu karang dan 2,400 spesies ikan marin.[84][88] Jumlah ini terus meningkat ekoran rekod-rekod baharu[93][94] and species discoveries[95][96][97], mencerminkan keunikan sumber laut di Filipina. Terumbu Karang Tubbataha di Laut Sulu diisytiharkan menjadi Tapak Warisan Dunia pada 1993. Perairan Filipina juga menampung pembiakan mutiara, ketam dan rumpai laut.[84][98]

Dengan kira-kira 13,500 spesies di dalam negara, 3,200 daripada unik,[88] hutan hujan Flora bermegah dengan pelbagai flora, termasuklah banyak jenis bunga anggerik dan pakma yang jarang ditemui.[99][100] Pembasmian hutan yang selalunya diakibatkan oleh pembalakan haram merupakan masalah yang meruncing di Filipina. Liputan hutan menurun dari 70% jumlah keluasan tanah Filipina pada 1900 kepada sekitar 18.3% pada 1999.[101] Banyaklah spesies yang terancam malah para saintis berkata bahawa Asia Tenggara yang dianggotai oleh Filipina itu menghadapi kadar kepupusan sedahsyat 20% menjelang akhir abad ke-21.[102] Menurut Conservation International, "negara [Filipina] merupakan antara segelintir bangsa yang menjadi negara titik panas dan megadiversiti sekali gus, oleh itu ia menjadi antara titik panas yang paling diutamakan bagi usaha pemuliharaan global."[99]

Ekonomi

Rencana utama: Ekonomi Filipina
Philippine Export Treemap in 2012.
Gambaran perkadaran eksport Filipina, 2012.

Filipina mempunyai ekonomi yang ke-34 terbesar di dunia dengan anggaran keluaran dalam negara kasar (nominal) 2017 sebanyak $348.593 bilion.[103] Antara eksport utama termasuk semikonduktor dan barangan elektronik, kelengkapan pengangkutan, pakaian, hasil tembaga, hasil petroleum, minyak kelapa, dan buah-buahan.[104] Rakan dagang utama termasuk Amerika Syarikat, Jepun, China, Singapura, Korea Selatan, Belanda, Hong Kong, Jerman, Taiwan, dan Thailand.[104] Unit mata wangnya ialah peso (₱ atau PHP).[105]

Orang Filipina menanam beras. 30% guna tenaga Filipina terdiri daripada penggiat sektor pertanian setakat 2014.[106]

Sebagai negara industri baru, ekonomi Filipina beralih daripada asas pertanian kepada lebih penekanan terhadap perkhidmatan dan perkilangan. Daripada jumlah tenaga kerja negara seramai 40.813 juta,[104] sektor pertanian mengambil 30% guna tenaga dan menyumbang kepada 14% KDNK, sektor perindustrian mengambil 14% guna tenaga dan menyumbang kepada 30% KDNK, sementara 47% pekerja yang terlibat dalam sektor perkhidmatan menyumbang kepada 56% KDNK.[107][108]

Kadar pengangguran setakat 14 Disember 2014 (2014-12-14), berada pada 6.0%.[109][110] Rizab antarabangsa kasar setakat Oktober 2013 adalah $83.201 bilion.[111] Nisbah hutang kepada KDNK terus menurun kepada 38.1% setakat Mac 2014[112][113] daripada rekod tinggi 78% pada 2004.[114] Filipina merupakan negara pengimport bersih[108] tetapi juga negara pemiutang.[115]

Selepas Perang Dunia Kedua, Fiipina pernah sekali digelar negara kedua terkaya di Asia Timur, hanya mengekori Jepun.[33][116][117] Pada 1960-an, prestasi ekonomi mula diatasi negara lain. Ekonomi terbantut di bawah pemerintahan diktator Presiden Ferdinand Marcos yang menyebabkan salah urus ekonomi dan ketidaktentuan politik.[33][117] Maka negara mengalami pertumbuhan ekonomi lembap dan berkali-kali dilanda kegawatan. Pada 1990-an dengan adanya program liberalisasi ekonomi barulah ekonomi mula pulih.[33][117]

Negara teruk terjejas oleh Krisis Kewangan Asia 1997 yang menyaksikan kejatuhan nilai peso dan pasaran saham, tetapi tidak seteruk mana sesetengah negara jiran Asia. Ini terutamanya disebabkan sikap konservatif fiskal yang diambil kerajaan ekoran berpuluh tahun pemantauan dan penyeliaan fiskal oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), berbanding dengan perbelanjaan boros oleh negara-negara jiran untuk mempercepat pertumbuahn ekonomi.[118] Sejak itu adanya tanda-tanda kemajuan. Pada 2004, ekonomi mengalami pertumbuhan KDNK 6.4% dan pada 2007 pula 7.1%, antara pertumbuhan tercepat dalam tiga dekad.[119][120] Purata pertumbuhan tahunan KDNK per kapita bagi tempoh 1966–2007 masih berada pada 1.45% berbanding dengan purata 5.96% bagi keseluruhan rantau Asia Timur dan Pasifik. 45% penduduk Filipina masih meraih pendapatan harian sebanyak kurang daripada $2.[121][122][123]

Ekonomi amat bergantung pada kiriman wang dari warga Filipina yang merantau, melampaui pelaburan langsung asing sebagai punca mata wang asing. Kiriman wang memuncak pada 2010 dengan kadar 10.4% daripada KDNK negara, manakala pada 2012 adalah 8.6%. Jumlah kiriman masuk tukarang asing Filipina pada 2014 adalah US$28 bilion.[124][125] Pembangunan tidak sama rata di seluruh negara, di mana pertumbuhan ekonomi baharu amat tertumpu di Luzon, khususnya Metro Manila, jauh meninggalkan bahagian-bahagian lain,[126][127] sungguhpun kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mengagihkan pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan di bahagian-bahagian lain. Biarpun adanya kekangan, sektor perkhidmatan seperti pelancongan dan penyumberluaran proses niaga telah dikenal pasti sebagai antata sektor yang terbaik untuk pertumbuhan di seluruh negara.[108][128]

Filipina merupakan anggota Bank Dunia, IMF, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Bank Pembangunan Asia yang beribu pejabat di Mandaluyong, Pelan Colombo, G-77 dan G-24 antara lainnya.[104]

Pengangkutan

Prasarana pengangkutan di Filipina agak kurang terbangun. Antara puncanya ialah rupa bumi yang bergunung-ganang dan pulau-pulau yang berselerak, bahkan juga kesan daripada begitu kurangnya pelaburan bagi pembangunan prasarana oleh kerajaan berturut-turut, jauh kurang daripada kebanyakan jirannya.[129][130] Di Filipina terdapat 216,387 kilometer (134,457 mi) jalan raya, tetapi hanya 61,093 kilometer (37,961 mi) daripadanya berturap.[131]

Bas, jeepney, teksi, dan beca bermotor sering terdapat di bandar-bandar besar. Pada 2007, terdapat sekitar 5.53 juta kenderaan bermotor berdaftar dengan pendaftaran meningkat pada kadar 4.55% setahun.[132]

Lembaga Penerbangan Awam Filipina menguruskan lapangan-lapangan terbang dan pelaksanaan dasar-dasar yang mengenai keselamatan perjalanan udara[133][134] dengan 85 buah lapangan awam beroperasi setakat 2014.[135] Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) melayan Kawasan Manila Raya di samping Lapangan Terbang Antarabangsa Clark. Philippine Airlines, syarikat penerbangan komersial tertua di Asia yang masih beroperasi di bawah nama asalnya, dan Cebu Pacific, syarikat penerbangan kos rendah terulung, merupakan syarikat penerbangan utama yang melayan kebanyakan destinasi domestik dan antarabangsa.[136][137][138]

Lebuh raya ekspres rata-rata tertumpu di Pulau Luzon termasuk Lebuh Raya Pan Filipina yang menyambungkan pulau-pulau Luzon, Samar, Leyte, dan Mindanao,[139][140] Lebuh Raya Luzon Utara, Lebuh Raya Luzon Selatan, dan Lebuh Raya Subic–Clark–Tarlac.[141][142][143][144][145][146]

Tren LRT-2 di stesen Santolan.

Pengangkutan kereta api hanya memainkan peranan dalam mengangkut penumpang di Metro Manila, wilayah Laguna, dan sesetengah Bahagian Bicol. Seolah-olah tiadanya perkhidmatan pengangkutan kargo. Setakat 2017, negara mempunyai jejak landasan kereta api sepanjang 77 kilometer sahaja, tetapi merancang peluasan kepada 320 kilometer menjelang 2022.[147] Metro Manila dilayan oleh tiga jaluran transit aliran deras, iaitu: LRT-1, LRT-2, MRT-3[148][149][150] dan mulai 2019, oleh MRT-7. Dahulu kala, kereta api melayan bahagian-bahagian utama Luzon, bahkan juga di pulau-pulau Cebu dan Negros. Kereta api dahulunya digunakan untuk tujuan pertanian, khususnya dalam pengeluaran tebu dan tembakau. Sedang dibangunkan beberapa sistem pengangkutan akan datang: DOST-MIRDC bersama UP sedang melaksanakan kajian pra-kebolehlaksanaan pada Automated Guideway Transit.[151][152][153]

Sebagai gugusan pulau, perlunya pengangkutan air antara pulau.[154] Pelabuhan yang sibuk sekali ialah Manila, Batangas, Subic, Cebu, Iloilo, Davao, Cagayan de Oro, dan Zamboanga.[155] 2GO Travel dan Sulpicio Lines melayan Manila dengan hubungan ke pelbagai bandar dan pekan melalui kapal penumpang. Strong Republic Nautical Highway (SRNH) sepanjang 919-kilometer (571 mi), sebuah rangkaian bersepadu segmen lebuh raya dan laluan feri yang meliputi 17 buah bandar, ditubuhkan pada 2003.[156] Pasig River Ferry Service melayan sungai-sungai besar di Metro Manila, termasuklah Sungai Pasig dan Sungai Marikina yang banyak perhentian di Manila, Makati, Mandaluyong, Pasig dan Marikina.[157][158]

Telekomunikasi

Filipina mempunyai sebuah industri telefon bimbit yang canggih dengan tumpuan pengguna yang tinggi. SMS merupakan kaedah komunikasi yang popular di mana tinjauan 2016 mendapati kira-kira 400 juta pesanan SMS dikirim di Filipina setiap hari.[159] Lebih 5 juta pengguna telefon bimbit juga menggunakan telefon sebagai "dompet maya", menjadikan Filipina antara negara yang membangun dalam menawarkan transaksi kewangan melalui rangkaian selular.[160][161][162] Philippine Long Distance Telephone Company (PLDT) merupakan penyedia telekomunikasi terulung dan juga syarikat terbesar di negara.[160][163]

Suruhanjaya Telekomunikasi Negara (National Telecommunications Commission) ialah agensi yang bertanggungjawab menyelia, mengawal dan membuat keputusan ke atas segala perkhidmatan telekomunikasi di negara.[164] Terdapat kira-kira 383 buah stesen radio AM, 659 stesen, dan 297 stesen televisyen udara dan 873 stesen televisyen kabel.[165] Pada 29 Mac 1994, Filipina menaiki Internet melalui sambungan 64 kbit/s daripada router layanan PLDT kepada router Sprint di California.[166] Anggaran bagi penembusan Internet di Filipina berbeza-beza dari serendah 2.5 juta hingga setinggi 24 juta orang.[167][168] Rangkaian sosial dan menonton video adalah antara aktiviti Internet utama warga Filipina.[169]

Sains dan teknologi

Pengkaji IRRI mengkaji DNA beras di bawah cahaya ultra lembayung.
Pengkaji IRRI mengkaji DNA beras di bawah cahaya ultra lembayung.

Jabatan Sains dan Teknologi (Department of Science and Technology) merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab atas pembangunan dan penyelarasan projek berkenaan sains dan teknologi di Filipina.[170]

Antara pertubuhan penyelidikan termasuk International Rice Research Institute, sebuah badan penyelidikan bebas antarabangsa yang ditubuhkan pada 1960 dengan ibu pejabat di Los Baños, Laguna,[171][172] tertumpu [ada penemuan jenis-jenis beras baru serta penciptaan teknik-teknik pengurusan tanaman untuk membantu petani menambah baik hidup.[173] Filipina membeli satelit pertama pada 1996.[174] Pada 2016, satelit mikro pertama Filipina, Diwata-1 dilancarkan dari kapal angkasa Cygnus.[175]

Demografi

Rencana utama: Demografi Filipina

Purata kadar pertumbuhan tahunan Filipina pada 2010-2015 adalah 1.72%.[176] Menurut banci 2015, Filipina diduduki 100,981,437 orang.[177] Banci rasmi pertama dijalankan di Filipina pada 1877, mencatatkan seramai 5,567,685 orang.[178] Menurut kiraan rasmi, jumlah penduduk Filipina mencecah 100 juta pada waktu tengah malam 27 Julai 2014, menjadikan ini negara ke-12 yang mencapai bilangan ini.[179]

Dianggarkan bahawa separuh daripada penduduk tinggal di pulau Luzon. Umur median populasi ialah 22.7 tahun dengan 60.9% berumur 15 hingga 64 tahun.[104] Jangka hayat ketika lahir ialah 69.4 tahun: 73.1 tahun bagi perempuan dan 65.9 tahun bagi lelaki.[180] Kadar kemiskinan juga susut kepada 21.6% pada 2015 daripada 25.2% pada 2012.[181]

Bandar

Etnik

Menurut banci 2000, 28.1% warga Filipina berketurunan Tagalog, 13.1% Cebuano, 9% Ilocano, 7.6% Visayans/Bisaya (tidak termasuk Cebuano, Hiligaynon and Waray), 7.5% Hiligaynon, 6% Bikol, 3.4% Waray, dan 25.3% "lain-lain"[182] yang terdiri daripada suku minoriti seperti Moro, Kapampangan, Pangasinan, Ibanag, dan Ivatan.[183] Juga terdapat suku-suku pribumi seperti Igorot, Lumad, Mangyan, Bajau, dan puak-puak Palawan.[184]

Warga Filipina umumnya tergolong kepada beberapa kelompok etnik Asia yang digolongkan secara linguistik sebagai Austronesia atau Melayu-Polinesia.[184] Dipercayai bahawa ribuan tahun dahulu, orang asli Taiwan yang berbahasa Austronesia berhijrah ke Filipina dari Taiwan, membawa sekali ilmu pertanian dan perlarian, akhirnya mengatasi suku Negrito yang terdahulu.[185] Kaum-kaum Negrito seperti Aeta dan Ati merupakan antara penduduk terawal.[186]

Filipina di persimpangan Timur dan Barat juga didiami kaum-kaum dari pelbagai tempat seperti China, Sepanyol, Amerika Syarikat, India, Korea dan Jepun. Kaum minoriti pendatang terpenting sekali adalah Cina dan Sepanyol.

Orang Cina Filipina rata-ratanya keturunan pendatang dari Fujian, China selepas 1898. Jumlahnya sekitar 2 juta tetapi terdapat anggaran 27 peratus Filipina yang mempunyai sekerat keturunan Cina,[187][188][189] daripada pendatang Cina sebelum dan semasa zaman penjajah.[190] Kahwin campur sesama Cina dan pribumi ternyata di kawasan bandar.[191]

Sekurang-kurangnya satu pertiga penduduk Luzon, dan juga penempatan lama di Visayas dan Bandar Zamboanga di Mindanao (sekitar 13.33% populasi Filipina), mempunyai sekerat keturunan Hispanik (dari pelbagai tempat Amerika Latin[192] mahupun negara Sepanyol).[193] Kajian genetik terkini membuktikan keturunan sekerat Eropah[194][195] dan Amerika Latin ini.[196]

Suku minoriti lain yang terpenting termasuklah India dan Jepun. Keturunan pasangan campur kaum dipanggil mestizo.[197][198]

Bahasa

Rencana utama: Bahasa di Filipina

Agama

Rencana utama: Agama di Filipina

Budaya

Rencana utama: Kebudayaan Filipina

Kebanyakan masyarakat Filipina gemar menyanyi serta menari pada setiap kali pesta keramaian. Salah satu adalah Tarian buluh yang memerlukan pergerakan kaki yang pantas untuk menari.

Bahay Kubo merupakan rumah tradisional yang terkenal di Filipina. Ia diperbuat daripada gabungan daun pokok kelapa, nipah, dan buluh. Terdapat juga tanglung yang digubah berbentuk bintang yang disebut sebagai Parol, yang secara kebiasaannya digantung di hadapan rumah-rumah terutamanya ketika meraikan perayaan Hari Krismas atau hari-hari keagamaan besar yang lain, kebanyakan penduduk gemar menjadikan Parol sebagai salah satu hiasan di hadapan rumah mereka.

Alat muzik Organ buluh, adalah antara alatan tradisional di sana diperbuat dengan menggunakan hampir 1,000 batang buluh.

Makanan

Untuk rencana lanjutan, lihat Makanan di Filipina

Halo halo merupakan salah satu pencuci mulut yang terkenal di Filipina terutamanya pada musim panas. Halo halo mengandungi isi nangka, isi kelapa, kacang goreng, keladi, kastard, santan kelapa, dan perahan limau bercampur ais bersama aiskrim di atasnya.

Lanzones merupakan sejenis buah-buahan. Rupanya agak kecil, manis serta berwarna coklat. Keistimewaan buah ini adalah ia dapat menghalau nyamuk yang berada di sekeliling kita.

Lechón

Head of lechon pig.JPG

Hidangan masyhur lechón ialah babi panggang keseluruhan. Masakan ini berasal dari zaman penjajahan sepanyol dan kini menjadi satu hidangan paling masyur di Filipina. Hidangan ini mempunyai babi seluruh panggang dimasak di atas arang. Selain itu, ia adalah satu hidangan kebangsaan di Filipina dengan Cebu yang diakui mempunyai babi yang terbaik mutunya di dunia.[perlu rujukan]

Pakaian

Untuk rencana lanjutan, lihat Pakaian di Filipina

Setiap kali diadakan pesta keramaian, lelaki di sana akan memakai pakaian yang dinamakan Barong Tagalog (Baju Tagalog). Pakaian istimewa ini diperbuat daripada kain yang dihasilkan daripada pokok pisang dan pokok nenas. Manakala, kaum wanitanya pula memakai gaun yang dipanggil Maria Clara.

Lihat juga

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Filipina