Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan
Nobel Prize.png
PenghargaanSumbangan cemerlang dalam bidang kesusasteraan
NegaraSweden
Disampaikan olehAkademi Sweden
Ganjaran9 juta SEK (2017)[1]
Anugerah pertama1901
Kini dipegang olehKazuo Ishiguro (2017)
Laman web rasminobelprize.org

Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan (Bahasa Sweden: Nobelpriset i litteratur, Bahasa Inggeris: Nobel Prize in Literature) ialah penghargaan tahunan yang dikurniakan kepada mana-mana pengarang dari pelbagai negara yang "telah menghasilkan karya berkecenderungan idealistik yang paling cemerlang dalam bidang kesusasteraan" (den som inom litteraturen har producerat det utmärktaste i idealisk riktning) menurut wasiat Alfred Nobel.[2][3] Setiap tahun, Akademi Sweden memutuskan siapa yang bakal menerima hadiah ini dan mengumumkan pemenangnya pada awal Oktober.[4]

Tatacara pencalonan

Pengumuman Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan di Akademi Sweden, Stockholm (2008)

Setiap tahun, Akademi Sweden menghantar borang permintaan pencalonan untuk Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan. Kesemua ahli-ahli Akademi, ahli-ahli akademi dan persatuan kesusasteraan, profesor-profesor kesusasteraan dan bahasa, bekas pemenang Hadiah Nobel dalam kesusasteraan, dan presiden-presiden pertubuhan penulis dibenarkan menamakan seorang calon kecuali diri sendiri.[5]

Beribu-ribu borang permintaan dihantar setiap tahun, memulangkan kira-kira 50 cadangan. Cadangan ini mesti diterima oleh Akademi sebelum 1 Februari, selepas itu dikaji oleh Jawatankuasa Nobel. Pada April, senarai pencalonan dikurangkan kepada kira-kira 20 calon, dan pada musim panas dikurangkan kepada lima calon sahaja. Pada bulan-bulan berikutnya, dijalankan usaha mengkaji karya-karya calon yang layak tersebut. Pada Oktober, tiba masanya ahli-ahli Akademi mengundi, dan calon yang meraih lebih separuh undian dinamakan pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan. Proses pemilihan undian ini tak banyak bezanya dengan Hadiah-Hadiah Nobel yang lain.[6]

Sejak julung kali dianugerahkan, hadiah wang tunainya sering berubah-ubah dan kini berada pada nilai 10 juta krona Sweden.[7] Pemenangnya juga menerima sebutir pingat emas dan diploma Nobel serta diundang untuk bersyarah di "Minggu Nobel" di Stockholm; acara kemuncaknya ialah upacara penyampaian hadiah dan majlis jamuan pada 10 Disember.[8]

Senarai penerima

Rujukan

  1. ^ "Nobel Prize amount is raised by SEK 1 million". Nobelprize.org. 
  2. ^ "The Nobel Prize in Literature". nobelprize.org. Dicapai 2007-10-13. 
  3. ^ John Sutherland (13 Oktober 2007). "Ink and Spit". Guardian Unlimited Books. The Guardian. Dicapai 13 Oktober 2007. 
  4. ^ "The Nobel Prize in Literature". Akademi Sweden. Dicapai 13 Oktober 2007. 
  5. ^ "Nomination for the Nobel Prize in Literature". nobelprize.org. Dicapai 13 Oktober 2007. 
  6. ^ "Nomination and Selection of the Nobel Laureates in Literature". nobelprize.org. Dicapai 13 Oktober 2007. 
  7. ^ "The Nobel Prize Amount". nobelprize.org. Dicapai 13 Oktober 2007. 
  8. ^ "The Nobel Prize Award Ceremonies". nobelprize.org. Dicapai 13 Oktober 2007. 

Pautan luar

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hadiah_Nobel_dalam_Kesusasteraan