Dato'
Hans Isaac
HansIsaac.jpg
Dato' Hans Isaac di sebuah majlis.
KelahiranGerald Hans Isaac
(1971-08-20) 20 Ogos 1971 (umur 47)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, model, pengarah, pengacara, penulis
Tahun aktif1993–2017 (dalam bidang lakonan)
Ketinggian5 ft 11.3 in (1.81 m)
PasanganAileen Gabriella Robinson (dibatalkan)
Ibu bapaCarmina Isaac (ibu)
Gerald Edward Anthony Isaac (bapa)

Dato' Gerald Hans Isaac atau lebih dikenali sebagai Hans Isaac (lahir 20 Ogos 1971) ialah seorang pelakon, penerbit, juruacara, penulis serta pengarah TV dan filem Malaysia. Beliau juga pernah melibatkan diri sebagai seorang model.

Kehidupan awal

Hans dilahirkan pada 20 Ogos 1971 di Hospital Besar Sultanah Aminah di Johor Bahru kepada ibu bapanya Carmina Isaac[1] dan Gerald Edward Anthony Isaac.[2] Keluarga Carmina yang berketurunan kacukan Filipina-Sepanyol, mengendalikan Orkestra Simfoni Singapura manakala bapanya yang berketurunan kacukan India-Serani, Gerald Edward Isaac, merupakan ketua pangkalan tentera laut KD Malaya di terletak di seberang Tambak Johor–Singapura.

Keluarga Isaac menetap di Johor selama lapan tahun sebelum berpindah ke pangkalan KD Sri Rejang di Sibu, Sarawak. Mereka berpindah ke Kuala Lumpur ketika Hans berusia sekitar lapan hingga sembilan tahun apabila bapanya dilantik sebagai pembantu khas kepada Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara sehingga persaraannya.[2] Di bandar itu jugalah beliau menerima pendidikan awalnya di Institusi St. John[2][1]

Hans juga merupakan pengarah urusan dan pengarah kreatif syarikat miliknya, Tall Order Productions Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat produksi filem dan program televisyen.[3][4]

Kerjaya

Hans memulakan kerjaya lakonannya pada 1993, ketika berusia 22 tahun menerusi filem Ringgit Kasorrga yang ditayangkan dua tahun kemudian. Pada 1997, beliau berlakon di samping Ratu Rock negara, Ella dalam filem Hanya Kawan arahan Harith Iskander.

Pada Mac 2004, Hans memegang watak sebagai Roy, seorang pereka perisian komputer dan kaki buli dalam filem sulung arahan Afdlin Shauki, Buli yang menampilkan barisan ahli pelakon terdiri daripada Afdlin, AC Mizal, Nasha Aziz, Ako Mustapha, dan ramai lagi. Beliau menjayakan kembali peranannya dalam sekuel filem ini, Buli Balik (2006).

Hans sekali lagi meneruskan kerjasama dengan Afdlin menerusi filem Baik Punya Cilok (2005) yang turut dibintangi oleh AC Mizal, Awie, Carmen Soo, Harun Salim Bachik, Ida Nerina dan Harith Iskander. Beliau memulakan kerjaya pengarahan pada 2008 menerusi filem Cuci terbitan syarikat miliknya, Tall Order Productions dan ditaja oleh Tune Group. Juga, pada tahun yang sama, beliau membintangi bersama Natasha Hudson, Christian Sugiono dan Titi Kamal dalam filem gabungan kerjasama Malaysia dan Indonesia, Tipu Kanan Tipu Kiri.

Dua tahun kemudian, beliau memegang watak sebagai Mir dalam filem romantik Filipina, Miss You Like Crazy arahan Cathy Garcia-Molina, lakonan John Lloyd Cruz dan Bea Alonzo. Penggambaran filem ini dijalankan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Hans meneruskan rentetan kerjasama bersama Afdlin Shauki dalam filem aksi fantasi Misteri Jalan Lama di mana dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Indra, seorang kaki judi. Hans memegang watak sebagai Jimmy, seorang ketua sindiket pengedarah dadah antarabangsa dalam filem Langgar arahan Syed Hussein. Pada 8 Ogos 2013, Hans mengarah dan menulis skrip filem kedua arahannya Lemak Kampung Santan, beliau sendiri turut berlakon, memegang watak sebagai Ridzuan.[5]

Pada 16 April 2018, Hans bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Neelofa, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Maya Karin, Joe Flizzow, Nora Danish, dan Kavita Sidhu turut serta menjayakan kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[6][7][8]

Pada 8 April 2019, Hans dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. Beliau menggantikan Samsuni Mohd Nor yang telah tamat kontrak pada Mac.[9]

Kehidupan peribadi

Pada Februari 2017, beliau mengumumkan perkahwinannya dengan Aileen Gabriella Robinson, yang memenangi gelaran Miss Tourism International 2011.[10] Pada 30 Oktober 2017, beliau mengumumkan tidak dapat melangsungkan perkahwinan.[11]

Hobi dan minat

Hans mempunyai pelbagai minat, seperti menyelam, skuasy dan bola sepak. Beliau tergolong dalam Kelab Bolasepak Desa Hartamas. Beliau pernah bermain bola sepak untuk sekolahnya, Institusi St. John, Kuala Lumpur, ketika berusia 17 tahun dan hingga ke hari ini beliau masih[Penjelasan diperlukan] sebagai penjaga gol.

Hidangan kegemaran beliau ialah masakan ibu beliau seperti keluak (kari Serani), ketam dan popiah. Hans juga aneh mengemas sendiri mengaku yang memastikan bahawa segala-galanya adalah jangka sekitar rumah.[Penjelasan diperlukan]

Filemografi

Filem

Melakonkan watak sebagai Indra dalam filem Misteri Jalan Lama.
Tahun Tajuk Watak Catatan
1995 Ringgit Kasorrga Khal Filem pertama
1994 Amok Ram
1995 High Society Khal
Child's Play
Dunia Rees dan Ina
1996 Scoop Norman
1997 Gemilang Yusri
Huhuks! Rem
Hanya Kawan Hans
2003 Laila Isabella Johan
Dee & Moon
City Sharks Chief
2004 Buli Roy
2005 Baik Punya Cilok Jerry
2006 Buli Balik Roy
Persona Non Grata Ben Juga penerbit bersama
2007 Qabil Khusry Qabil Igam Qabil Khusry
2008 Cuci Khai juga sebagai pengarah, penerbit, penulis serta sinematografer [12][13]
Tipu Kanan Tipu Kiri Remo Rizal [14]
Los dan Faun Los
2009 Duhai Si Pari-pari Tuan Rumah
2010 Miss You Like Crazy Mir [15] Filem Filipina
2011 Misteri Jalan Lama Indra [16]
2013 Awan Dania The Movie Pengacara Majlis [17]
Langgar Jimi [18][19]
Lemak Kampung Santan Ridzuan juga sebagai pengarah, penerbit, penulis serta penyunting [20]
2014 Nota Kamal [21]
2017 J Revolusi Penympan Kira
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2004 Sephia Haykal TV3 26 episod
Cinta.Com Mediacorp Suria
Kutub Utara, Kutub Selatan Azman TV2
2005 Simbiosis TV3
2011 7 Gerhana Astro Prima
2013 Dahlia Razman Astro Mustika HD 40 episod

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1996 YB & Thuraya
1997 Anak Abah
1999 Minah Minachi
2013 Cahaya Insaniah TV1

Teater

Tahun Tajuk Catatan
2011 Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal Arahan bersama Harith Iskander
2012 Lawak Ke Der? Penerbit
2013 Lawak Ke Der? 2 Persembahan lawak berdiri diadakan di Istana Budaya[23]
Supermokh Sebuah Muzikal Arahan bersama Harith Iskander
2014 Lawak Ke Der 3 Penerbit
2015 Baik Punya Cilok Watak sebagai Jerry
Lawak Ke Der 4 Penerbit
2016 Lawak Ke Der 5

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Konsert Komedi Dirinya sendiri - Minggu 5 (Baik Punya Cilok) Astro Warna Kemunculan khas
Lawak Ke Der! Coverline Dirinya sendiri (Hos)

Penghargaan

Penghargaan Malaysia

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hans_Isaac