Yang Berhormat Dato’ Seri
Hishammuddin bin Hussein
SSAP, SIMP, DSAP (Pahang); DPMJ (Johor); SPMP (Perlis); SPDK (Sabah); PNBS (Sarawak)
Hishammuddin Hussein.jpg
Hishammuddin pada 2006
Menteri Pertahanan Malaysia
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 9 Mei 2018
RajaMuhammad V
Perdana MenteriNajib Razak
Didahului olehAhmad Zahid Hamidi
Digantikan olehMohamad Sabu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Tugas-Tugas Khas)
Dalam jawatan
12 April 2017 – 9 Mei 2018
RajaMuhammad V
Perdana MenteriNajib Razak
Didahului olehDaim Zainuddin
Menteri Pendidikan Malaysia
Dalam jawatan
31 Mac 2004 – 9 April 2009
RajaSyed Sirajuddin
Mizan Zainal Abidin
Perdana MenteriAbdullah bin Ahmad Badawi
Didahului olehMusa Mohamad
Digantikan olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Dalam jawatan
1999 – 30 Mac 2004
RajaSalahuddin Abdul Aziz Shah
Syed Sirajuddin
Perdana MenteriMahathir bin Mohamad
Abdullah bin Ahmad Badawi
Didahului olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehAzalina Othman Said
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Sembrong
Memegang jawatan
2004
Didahului olehKonstituensi baharu
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Tenggara
Dalam jawatan
1995–2004
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehAdham Baba
Naib Presiden UMNO
Dalam jawatan
26 Mac 2009 – 12 Mei 2018
Didahului olehMohd Ali Rustam
Digantikan olehIsmail Sabri Yaakob
Kawasan pilihan rayaSembrong
Ketua Pemuda UMNO
Dalam jawatan
1998–2008
Didahului olehAhmad Zahid Hamidi
Digantikan olehKhairy Jamaluddin
Kawasan pilihan rayaSembrong
Butiran peribadi
LahirHishammuddin bin Hussein
(1961-08-05) 5 Ogos 1961 (umur 57)
Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganYang Mulia Tengku Dato' Sri Marsilla Tengku Abdullah (k. 1986)
HubunganDato' Jaafar bin Haji Muhammad (Moyang)
Dato' Onn Jaafar (Datuk)
Tan Sri Mohamed Noah Omar (Datuk)
Dato' Sri Najib Razak (Sepupu)
Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa (Besan)
Anak-anakNasha Alyssa (30 tahun)
Faris Hussein (26 tahun)
Kyra Arianna (23 tahun)
Fahd Hussein (22 tahun)
Ibu bapaHussein Onn
Suhailah Mohamed Noah
SaudaraHarris Onn Hussein (Abang)
Datin Roquiya Hanim (Kakak)
Puan Sri Dr Suraiya Hani (Kakak)
Roziah Hanis (Kakak)
Dr Rozita Halina (Kakak)
KediamanAmpang Jaya, Selangor
PendidikanIjazah Sarjana Undang-Undang Komersil Korporat
Alma materEngland London School of Economics, United Kingdom
PekerjaanMenteri, Ahli Politik
ProfesionPeguam

Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein (lahir 5 Ogos 1961) ialah seorang ahli politik dan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau telah berkhidmat dalam kerajaan Malaysia sebagai Menteri Pertahanan Malaysia sejak 2013 hingga 2018. Sebelum ini beliau ialah Menteri Pelajaran dari tahun 2004-2009. Beliau telah disebut sebagai kemungkinan pengganti kepada sepupunya, Perdana Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Razak.[1] Beliau ialah anak kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn dan anak saudara Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak.

Kehidupan awal

Hishammuddin merupakan anak kepada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan cucu kepada Onn Jaafar, pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan Malaya.[2]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. St. John's Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum ayahnya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1973. Setelah perlantikan jawatan dilakukan ke atas ayahnya, beliau menuntut ke Sekolah Alice Smith, Kuala Lumpur sebelum ditukarkan ke sebuah sekolah swasta. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Undang-Undang (LL.B Hons) pada tahun 1984. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan memperolehi LL.M (London) dalam bidang Undang-Undang Komersil dan Korporat pada 1988 di Sekolah Ekonomi London, United Kingdom.[3][4]

Sebelum beliau memulakan kerjaya politik beliau, Hishammuddin merupakan bekas seorang peguam dengan firma besar Malaysia yang kemudian dikenali sebagai Skrine & Co (kini dikenali sebagai Skrine) dan kemudian, sebuah firma yang kemudiannya dikenali sebagai Lee Hishammuddin (kini dikenali sebagai Lee Hishammuddin Allen & Gledhill).

Isterinya, Yang Mulia Tengku Dato' Sri Datin Seri Panglima Marsilla Tengku Abdullah, adalah seorang puteri dari negeri Pahang, Malaysia.Hishamuddin dan Yang Mulia Tengku Dato' Sri Datin Seri Panglima Marsilla telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nasha Alyssa, Faris Hussien, Kyra Arianna dan Fahd Hussein. Anak sulung Hishamuddin iaitu Nasha Alyssa merupakan menantu kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), suami kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.

Hubungan kekeluargaan

Datuk Seri Panglima Hishammuddin adalah anak kepada Tun Dato' Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-tiga Malaysia dan cucu kepada Dato' Sir Onn Dato' Jaafar, yang juga merupakan pengasas UMNO. Hishamuddin juga adalah sepupu kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak. Isteri beliau, Yang Mulia Tengku Dato' Sri Datin Seri Panglima Marsilla Tengku Bendahara Dato' Sri Abdullah, Puteri Raja Pahang, Malaysia. Anak-anak beliau ialah: Nasha Alyssa Hisammuddin (lahir 23 Mac 1989), Faris Hishamuddin (lahir 11 September 1992), Kyra Arianna Hishammuddin (lahir 31 Mei 1996) dan Fahd Hishamuddin (lahir 31 Mei 1997).

Anak perempuan beliau telah mengahwini Anas Zawawi Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, seorang anak ahli perniagaan terkenal di Malaysia.[5]

Kerjaya politik

Hishammuddin merupakan ahli UMNO Cawangan Sri Lambak, Sembrong, Johor. Beliau kini juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sembrong. Selain itu, beliau turut dilantik sebagi Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Biro UMNO Malaysia.

Beliau pernah juga dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara dan Ketua UMNO Bahagian Tenggara. Kerjaya beliau sebagai wakil rakyat bermula apabila beliau bertanding di kerusi Parlimen Tenggara pada pilihan raya umum tahun 1995. Pada tahun 1999, iaitu pilihan raya berikutnya, beliau telah berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut.

Walau bagaimanapun, kesan daripada persempadanan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), beliau telah bertukar ke kawasan baru, iaitu Parlimen Sembrong pada pilihan raya ke-11 yang lalu. Beliau menewaskan calon PAS, Onn Jaafar dengan majoriti 16,978 undi.

Sebagai seorang wakil rakyat, beliau bertekad untuk membangunkan kawasan Parlimen Sembrong ke arah matlamat cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sejak menjadi Ahli Parlimen, Hishammuddin telah berkhidmat di pelbagai jenis kementerian. Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada tahun 1997. Sejak tahun 1999 hingga 2013 pula, beliau telah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan kemudiannya diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri. Kini, setelah rombakan kabinet pada 28 Julai 2015, beliau mempunyai tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan di dalam Kementerian Pertahanan Malaysia.[6]

Pada 12 April 2017, Hishammuddin telah dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelantikan ini akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.[7] Beliau masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.[8]

Pencapaian dalam Kerajaan

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Luar Negara dan Industri (11 Mei 1995 hingga 18 Ogos 1997)[9]

Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Utama, Malaysia (18 Ogos 1997 hingga 5 Disember 1999)

Menteri Belia dan Sukan (14 Disember 1999 hingga 3 Mac 2004)

Menteri Pendidikan (30 Mac 2004 hingga 8 April 2009)

Menteri Dalam Negeri (10 April 2009 hingga 5 Mei 2013)[10]

Menteri Pertahanan (16 Mei 2013 hingga 10 Mei 2018)

Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri (12 April 2017 hingga 10 Mei 2018)

UNESCO Ahli Lembaga Eksekutif (2008 hingga 2009)

SEAMEO Council- Timbalan Presiden (Mac 2007 hingga Mac 2008)

SEAMEO Council- Presiden (Mac 2008 hingga Mac 2009)

Sebagai Menteri Dalam Negeri

Sepanjang perkhidmatannya beliau bersama-sama Kementerian Dalam Negeri, beliau telah melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi meningkatkan lagi taraf kecekapan dari sudut perkhidmatan dan sistem oleh seluruh warga kementerian. Portal maya Kementerian Dalam Negeri juga diwujudkan atas inisiatif beliau untuk mendekatkan KDN kepada rakyat Malaysia.[11]

Dengan adanya inisiatif baru, Polis DiRaja Malaysia yang berada dibawah seliaan Kementerian Dalam Negeri dapat melaksanakan beberapa strategi untuk memerangi jenayah. Inisiatif ini diambil dengan berpandukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Kerajaan (PTK) mengenai usaha mengurangkan jenayah.[12]

Usaha untuk menghapuskan jenayah ini dilakukan secara besar besaran apabila semua tenaga dan usaha difokuskan kepada kawalan dan pencegahan jenayah. Melalui inisiatif yang dijalankan kadar jenayah di Malaysia telah menurun, sungguhpun begitu masih terdapat banyak lagi kelemahan yang boleh diperbetulkan, bagi meningkatkan lagi prestasi kerja petugas keselamatan dan keberkesanan sistem penilaian. Fasa kedua NKRA juga telah dijalankan apabila segala permasalahan telah dikenal pasti.[13]

Kontroversi

Mengangkat keris

Hishammuddin menghunus keris dalam Perhimpunan Agung UMNO 2005.

Pada 2005, tindakan Hishammuddin menghunus keris bagi meningkatkan semangat dalam Perhimpunan Agong UMNO telah dipertikaikan oleh masyarakat bukan Melayu. Pengulas menganggap aksi ini sebagai mempertahankan Ketuanan Melayu dan mengancam mereka yang membantah hak istimewa Melayu seperti yang disebut dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan dalam kontrak sosial.

Perhimpunan UMNO 2006 menampakkan pernyataan-pernyataan kontroversi dibuat oleh beberapa wakil, seperti Hashim Suboh, yang bertanyakan Hishamuddin bila dia akan menggunakan keris; Hishamuddin sekali lagi telah menghunus keris di perhimpunan agong tahun tersebut.[14]

Hishamuddin menyatakan bahawa "Keris itu ada dalam bendera UMNO... Ia suatu simbol kebudayaan Melayu. Awak boleh menghadiahkannya kepada bukan Melayu, dan bukan Melayu memberikan kepada saya di majlis-majlis. Tetapi, ahli-ahli politik menyatakan mereka tidak diyakinkan oleh penjelasan Hishammuddin, dengan Liow Tiong Lai, Ketua Pemuda MCA berkata, "kalau saya memegang pedang di suatu majlis wushu, ia akan berbeza kalau saya memegangnya pada suatu majlis politik. Ini adalah satu majlis politik, jadi ia dilihat dalam konteks berlainan. Ia mewujudkan ketidaksenangan."[15]

Seorang komentator mencadangkan bahawa "Keris itu tidak mengakibatkan ketidaksenangan. Gerak-geri dan pengacungan itu yang membuat orang tidak senang hati", manakala seorang penganalisa politik Cina pula menyatakan "Awak kata keris itu simbol kebudayaan, tetapi ia suatu simbol kebudayaan yang mewakili keganasan."[16][pautan putus]

Dalam Perhimpunan Agong UMNO tahun 2007, dalam ucapan beliau sebagai Ketua Pemuda, beliau menjelaskan secara terperinci tentang kedudukan keris dalam budaya orang Melayu. Kata beliau,

"Sebenarnya keris adalah lambang kemelayuan yang mendukung kedaulatan, kekuasaan, maruah, jati diri, amanah dan tanggungjawab. Keris amat unik sama ada dalam cara membuatnya atau cara disepuh, disarung, dipakai, diguna dan dipantang larangkan. Keris bukan seperti kapak yang boleh digunakan untuk menebang bukan juga seperti parang untuk menyembelih. Keris bukan senjata gunaan seharian untuk ke sawah ladang tetapi untuk ke istana atau ke majlis rasmi. Keris juga lambang kesatuan bernegara seperti Keris Panjang milik ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
Keris ini ditempa dari cantuman besi yang berasal dari sebelas bilah keris negeri-negeri di Tanah Melayu. Jelas keris bukan sekadar simbol kekuasaan tetapi juga adalah simbol kesatuan. Masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih tidak mengetahui bahawa keris juga merupakan lambang kewibawaan, kebijaksanaan dan ilmu. Orang yang memakai keris itu, orang yang ada hikmah, bijaksana dan berpengetahuan dalam ilmu, bukan hanya ilmu pendekar dan persilatan sahaja. Kita mengucup keris bukan sekadar menerima kuasa tetapi ada kaitan dengan tugas yang datang bersamanya. Perlakuan ini ada hubungannya dengan kesediaan menjunjung tinggi tugas yang diwarisi dengan penuh keinsafan dan kejujuran.
Keris dijulang bermakna menjulang kuasa, kedaulatan dan tanggungjawab yang diserahkan dengan ikrar untuk berlaku adil dan saksama dalam menunaikan amanah yang diterima. Keris tidak dihunus tanpa bertempat. Keris dihunus dengan tekad untuk mempertahankan bangsa dan kepentingan negara, bukan hanya untuk orang Melayu tetapi juga untuk mempertahankan kaum-kaum lain yang bernaung di negara ini. Keris Melayu menjadi pelindung kepada semua orang seperti juga kerajaan yang ada pada hari ini yang sentiasa melindungi rakyat pelbagai kaum yang bernaung di bawahnya.
Berteduhlah di bawah perlindungan keris Melayu yang berdaulat ini. Tiada siapa yang harus gementar atau gugup dengan lambang yang abadi itu. Oleh itu jangan dicipta musuh yang tiada dan jangan takut akan bayang-bayang. Janganlah dikhuatiri sebuah perlambangan. Janganlah terbawa-bawa dengan semangat perkauman melulu sehingga hilang rasa hormat yang dibina sekian lama dengan pengorbanan Melayu."."[17]

Akhirnya, pada 25 April 2008, Hishammuddin memohon maaf terhadap episod ini.[18]

Lihat juga

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hishamuddin_Hussein