Jan Hus dibakar pada kayu pancang.
Tiga orang ahli sihir dibakar di Baden.

Hukuman mati melalui pembakaran, (juga dikenali sebagai dibakar hidup-hidup), memiliki sejarah yang panjang sebagai satu kaedah hukuman untuk jenayah-jenayah seperti penderhakaan, penyesatan dan penggunaan ilmu sihir (pembakaran, bagaimanapun tidak merupakan satu hukuman yang biasa dilakukan tidak seperti gantung, menindih, atau melemaskan sebagai satu hukuman ke atas ahli sihir).[perlu rujukan] Kaedah hukuman ini tidak disenangi di kalangan kerajaan pada akhir kurun ke-18; pada hari ini, hukuman ini dianggap sebagai hukuman kejam dan tidak biasa.[1] Bentuk-bentuk hukuman tertentu dengan pembakaran di mana tertuduh akan diikat pada kayu pancang yang besar dikenali sebagai pembakaran pada kayu pancang. Berdasarkan Talmud, "pembakaran" yang dinyatakan di dalam Bible dilakukan dengan mencairkan timah dan menuangnya ke dalam kerongkong orang dituduh, menyebabkan kematian serta merta.

Lihat juga

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hukuman_mati_melalui_pembakaran