Jordan Henderson
Jordan Henderson 20141221 (cropped).jpg
Henderson bermain untuk Liverpool pada tahun 2014
Maklumat peribadi
Nama penuhJordan Brian Henderson[1]
Tarikh lahir (1990-06-17) 17 Jun 1990 (umur 29)[1]
Tempat lahirSunderland, England
Ketinggian1.82 m (5 ka 11+1116 in)[2][3]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniLiverpool
Nombor14
Kerjaya remaja
0–2008Sunderland
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2008–2011Sunderland71(4)
2009Coventry City (pinjam)10(1)
2011–Liverpool141(17)
Pasukan kebangsaan
2009England B191(0)
2009England B201(0)
2010–2013England B2127(4)
2010–England22(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 00:14, 18 Ogos 2015 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 21:28, 14 Jun 2015 (UTC)

Jordan Brian Henderson (lahir 17 Jun 1990) ialah pemain bola sepak profesional Inggeris dan kapten pasukan Liga Perdana Inggeris, Liverpool. Dia juga bermain untuk pasukan kebangsaan England dan kebiasaanya bermain sebagai pemain tengah. Dia menjadi naib-kapten Liverpool pada tahun 2014 dan menjadi kapten pada 10 Julai 2015 selepas rakan sepasukan, Steven Gerrard berpindah ke LA Galaxy.

Dia memulakan kariernya di Sunderland pada tahun 2008 dan dipinjamkan ke Coventry City pada tahun 2009. Dia berpindah ke Liverpool pada tahun 2011. Pada tahun 2010, dia membuat penampilan pertamanya untuk England dimana sebelum itu dia merupakan kapten pasukan bawah-21. Dia telah mewakili negaranya dalam UEFA Euro 2012 dan Piala Dunia FIFA 2014.

Karier kelab

Sunderland

Dilahirkan di Sunderland, Tyne and Wear, Henderson menandatangani kontrak profesional bersama Sunderland pada 1 Julai 2008.[1] Dia bermain perlawanan liga pertamanya untuk Sunderland sebagai pemain gantian pada 1 November 2008 ketika kekalahan 5–0 kepada Chelsea. Dia kemudiannya beraksi dalam kesebelasan utama buat pertama kali untuk Sunderland ketika menentang Blackburn Rovers dalam Piala Liga.[4]

Coventry City (pinjam)

Pada bulan Januari 2009, Jordan Henderson menyertai kelab Championship, Coventry City secara pinjaman.[5] Dia membuat penampilan sulungnya untuk Coventry ketika kekalahan 2–1 kepada Derby County.[6] Pada 23 Februari 2009, ia telah diumumkan bahawa tempoh pinjaman Henderson ke Coventry akan dilanjutkan sehingga akhir musim.[7] Henderson menjaringkan gol senior pertama dalam kariernya pada 28 Februari 2009 dalam perlawanan menentang Norwich City.[8]

Semasa dipinjam ke Coventry, Henderson patah tulang kelima metatarsal di kakinya dan kembali ke Sunderland pada 8 April 2009.

Statistik karier

Kelab

Sehingga 17 Ogos 2015.
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Sunderland 2008–09[9] Liga Perdana Inggeris 1 0 0 0 1 0 2 0
2009–10[10] Liga Perdana Inggeris 33 1 2 0 3 1 38 2
2010–11[11] Liga Perdana Inggeris 37 3 1 0 1 0 39 3
Jumlah 71 4 3 0 5 1 79 5
Coventry City (pinjam) 2008–09[9] Championship 10 1 3 0 13 1
Liverpool 2011–12[12] Liga Perdana Inggeris 37 2 5 0 6 0 48 2
2012–13[13] Liga Perdana Inggeris 30 5 2 0 2 0 10[a] 1 44 6
2013–14[14] Liga Perdana Inggeris 35 4 3 0 2 1 40 5
2014–15[15] Liga Perdana Inggeris 37 6 7 0 4 0 6[b] 1 54 7
2015–16[16] Liga Perdana Inggeris 2 0 0 0 0 0 0 0 2 0
Jumlah 141 17 17 0 14 1 16 2 188 20
Jumlah karier 222 22 23 0 19 2 16 2 280 26
  1. ^ Penampilan dalam Liga Europa UEFA
  2. ^ Penampilan dalam Liga Juara-Juara UEFA

Antarabangsa

Sehingga match played 14 June 2015.[17]
Pasukan Tahun Kmncln Gol
England 2010 1 0
2012 4 0
2013 2 0
2014 11 0
2015 4 0
Jumlah 22 0

Kejayaan

Kelab

Liverpool
Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Jordan_Henderson