Komik adalah sejenis seni visual yang menggabungkan lukisan dan tulisan untuk menyampaikan cerita.

Little Sammy Sneeze oleh Winsor McCay

Takrifan

Komik ialah satu medium grafik dimana lukisan-lukisan disusun dalam petak. Petak-petak itu menggambarkan peristiwa yang ingin disampaikan dan juga mengandungi belon-belon yang berisi dialog supaya watak-watak dalam komik tersebut seolah-olah menjadi hidup.

Sejarah

Sejarah komik moden bermula di Barat. Pada mulanya komik hanya disiarkan di akhbar-akbar harian dengan gaya lukisan kartun dimana ia mengandungi unsur-unsur humor dan juga kritikan. Perkataan komik yang berasal daripada perkataan 'comic' dalam bahasa Inggeris itu sendiri bermaksud 'bersifat lucu'.

Namun kemudian komik-komik berunsur aksi mula diterbitkan. Antara komik-komik aksi yang terawal adalah Superman, Batman dan Captain America. Kewujudan komik telah berkembang ke Asia pada Perang Dunia ke-2. Jepun yang turut terpengaruh dengan budaya ini telah berjaya mencipta manga yang merupakan identiti gaya lukisan Jepun.

Lihat juga

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Komik