Hernán Cortés, Conquistador bagi Empayar Aztek.

Konkuistador (atau Conquistador dalam bahasa Sepanyol dan bahasa Portugis - [kon-kis-ta-dor] - bermaksud penakluk) secara amnya merujuk kepada tentera, penjelajah dan pengembara mewakili Empayar Sepanyol mahupun Empayar Portugal.[1][2] Para Conquistador ini menyerang dan menakluk kebanyakan Amerika dan Kepulauan Filipina dan kepulauan lain di Asia Pasifik. Kebanyakkan mereka merupakan hidalgo (golongan bangsawan dari kategori bawah).

Penaklukan mereka menjadikan tanah-tanah ini berada di bawah pemerintahan penjajahan Sepanyol di antara kurun ke-15 dan 17, dengan bermulanya penempatan pada tahun 1492 oleh Christopher Columbus di tempat yang kini dikenali sebagai Bahamas.

Senarai Konkuistador