Negara Kota Vatican

Città del Vaticano
Flag of Kota Vatican
{{{coat_alt}}}
Bendera Coat of arms
Lagu kebangsaan: Inno e Marcia Pontificale
LocationVaticanCity.svg
Ibu kotaKota Vatican
Bahasa rasmiBahasa Latin, Itali, Perancis, Jerman
PemerintahanMonarki Teokrasi
• Ketua Negara
Paus Franciscus
• Setiausaha Negara
Kardinal Pietro Parolin
• Gabenor Jeneral
Biskop Agung Giovanni Lajolo
Kemerdekaan
11 Februari 1929
Populasi
• Anggaran 2005
783 (ke-229)
MatawangEuro (€)2 (EUR)
Zon masaUTC+1 (CET3)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan379
Internet TLD.va

Negara Kota Vatikan (bahasa Itali: Città del Vaticano) merupakan sebuah negara kota yang dikelilingi bandar raya Rom di Itali. Ia merupakan negara yang paling kecil di dunia dari segi keluasan tanah - sebanyak 44 hektar (110 ekar atau 0.44 km persegi) - dan kependudukan, sebanyak 1000.[1] Negara kota ini dibentuk pada 1929 melalui Perjanjian Lateran antara pemerintah Itali dan Takhta Suci,[2] bidang kuasa kepada mazhab Katolik Rom dan Timur dari seluruh dunia yang wujud sejak awal agama Kristian lagi. Kota Vatikan merupakan pusat Takhta Suci dan pusat pentadbiran Gereja Roman Katolik sedunia.

Pemerintahan

Ketua negara

Paus merupakan ketua negara Kota Vatikan secara ex officio,[3] di mana peranan beliau bergantung kepada tugasnya sebagai biskop ketua keuskupan Rom. Istilah "Takhta Suci" yang berkaitan dengan jawatan beliau tidak merujuk kepada Kota Vatikan tetapi kepada pemerintahan kepaderian dan kerohanian Paus yang dilaksanakan secara besarnya melalui Kuria Rom.[4] Gelaran rasmi beliau mengikut perananya dalam Kota Vatikan ialah Sovrano dello Stato della Città del Vaticano ("Ketua Negara Kota Vatikan").

Hubungan luar

Negara ini merupakan kawasan negara yang diiktiraf di bawah undang-undang antarababgsa, namun Takhta Sucilah yang menguruskan hubungan diplomatik bagi pihaknya selain hubungan milik bidang kuasa itu sendiri yang memasuki perjanjian antarabangsa. Oleh itu, negara ini tiada perkhidmatan diplomatiknya sendiri.

Kota Vatikan merupakan salah satu negara dunia yang tidak dapat merumahkan kedutaan disebabkan kekurangan ruang. Kedutaan-kedutaan asing Takhta Suci terletak dalam kota Rom.

Saiz Kota Vatikan tiada kaitan dengan pengaruh meluas Takhta Suci sebagai suatu entiti yang berbeza dan ditubuhkan lebih awal lagi daripada negara tersebut.[5] Walau bagaimanapun, ia melibatkan diri dalam pertubuhan antarabangsa tertentu yang berperanan mengikuti geografi sesebuah kawasan sebagai ahli penuh mahupun ahli pemerhati, antaranya:[6][7]

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Vatikan