Krisis kepresidenan Venezuela 2019
Sebahagian daripada krisis di Venezuela
Maklumat am
Tarikh10 Januari 2019 (2019-01-10) – kini
(3 bulan dan 15 hari)
LokasiVenezuela
Punca
KaedahBantahan, kempen sokongan, tekanan diplomatik dan sekatan luar negara
StatusMasih berlangsung
  • Guaidó mengangkat sumpah pada 23 Januari
  • A.S mengakui Guaidó. Maduro kemudian memutuskan hubungan dengan Amerika Syarikat
  • Kerajaan A.S mengenakan sekatan ke atas syarikat minyak negara Venezuela PDVSA dan memindahkan aset-aset Venezuela di A.S kepada Guaidó
  • Tribunal Agung Kehakiman yang pro-Maduro membekukan aset kewangan Guaidó dan mengenakan larangan perjalanan ke atas beliau
Pihak yang bertelagah
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Krisis seluruh negara berkenaan akan keabsahan Presiden Venezuela telah berlarutan sejak 10 Januari 2019, apabila Perhimpunan Kebangsaan yang dikuasai majoriti pembangkang mengisytiharkan bahawa pemilihan semula penyandang Nicolás Maduro pada tahun 2018 adalah tidak sah dan dewan ini menaikan pemimpin mereka, Juan Guaidó, sebagai pemangku presiden.

Proses dan keputusan pilihan raya presiden pada 20 Mei 2018 telah dipertikaian dengan meluas.[1] Dewan Negara telah mengisytiharkan ketidaksahan Maduro pada hari beliau dilantik untuk kali ke-2, memetik enakmen Perlembagaan Venezuela 1999 di bawah Hugo Chávez, pendahulu Maduro; dalam satu tindak balas kepada Tribunal Kehakiman Tertinggi pro-Maduro yang berkata pengisytiharan Dewan Negara adalah tidak berperlembagaan.[2]

Bantahan rakyat di seluruh Venezuela dan dunia terjadi pada 23 Januari apabila Guaidó mengesa rakyat Venezuela untuk menunjuk perasaan menentang Maduro.[3][4] Demonstrasi bagi menyokong Revolusi Bolivia dan kerajaan juga diadakan.[5]

Mesyuarat khas di Pertubuhan Negara Amerika (OAS) telah diadakan pada 24 Januari dan pada 26 Januari di Pertubuhan Bangsa Bersatu tetapi tiada kata putus telah dicapai. Setiausaha Agung PBB, António Guterres menggesa bagi sebuah dailog dilakukan.[6] Mexico dan Uruguay telah mengumumkan sebuah persidangan antarabangsa dengan negara-negara berkecuali diadakan di Montevideo pada 7 Februari.[7]

Kerajaan Maduro berkata bahawa krisis terkini adalah satu coup d'état yang diketuai oleh Amerika Syarikat bagi menjatuhkan beliau dan mengawal simpanan minyak negara.[8][9][10]

Lihat juga

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Krisis_kepresidenan_Venezuela_2019