Kuasa Paksi

Die Achsenmächte
枢軸国
Le Potenze dell'Asse
1940–1945
*     Kuasa Bersekutu (dan jajahan mereka) *     Kemasukan Bersekutu selepas Serangan Pearl Harbor *     Kuasa Paksi (dan jajahan mereka) *     Kuasa Berkecuali Pakatan Tiga Pihak: * Jerman Nazi * Empayar Jepun * Kerajaan Itali (hingga 1943) Negara sahabat: * Kingdom of Bulgaria (hingga 1944) * Kingdom of Hungary (Hingga 1944) * Kingdom of Romania (hingga 1944) * Kerajaan Thailand (selepas 1941) Rakan perang: * Finland (Perang Kesinambungan) * Kerajaan Beraja Iraq (Coup d'état April–Mei 1941) Negara klien: * Albanian Kingdom * State of Burma * Reorganized National Government of China * Negara Merdeka Croatia * Government of National Salvation * Hellenic State * Government of National Unity (Hungary) (dari 1944) * Provisional Government of Free India * Republik Sosial Itali (selepas 1943) * Kingdom of Kampuchea * Kingdom of Laos * Manchukuo * Mengjiang * Republik Filipina Kedua * Slovak Republic (1939–1945) * Vichy Perancis

Pakatan Tiga Pihak:

Negara sahabat:


StatusPerikatan ketenteraan
Era sejarahPerang Dunia II
25 November 1936
22 Mei 1939
27 September 1940
2 September 1945
Didahului oleh
Tiga Pakatan (1882)
Bendera Jerman, Jepun, dan Itali menutupi muka bangunan Kedutaan Jepun di Tiergartenstraße (Jalan Zoo), Berlin (September 1940)
Führer Jerman Adolf Hitler (kanan) disebelah Duce Itali Benito Mussolini (kiri)
Perdana Menteri Jepun Hideki Tojo (tengah) bersama wakil kerajaan Kawasan Persemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Sebelah kiri Tojo, dari kiri ke kanan: Ba Maw dari Burma, Zhang Jinghui, Wang Jingwei dari China. Sebelah kanan Tojo, dari kiri ke kanan, Wan Waithayakon dari Thailand, José P. Laurel dari Filipina, dan Subhas Chandra Bose dari India

Kuasa Paksi (Bahasa Jerman: Achsenmächte, Bahasa Jepun: 枢軸国 Sūjikukoku, Bahasa Itali: Potenze dell'Asse), juga dikenali sebagai Paksi dan Paksi Rome–Berlin–Tokyo, adalah negara-negara yang berperang dalam Perang Dunia II menentang tentera Bersekutu. Kuasa-Kuasa Paksi bersetuju menentang pihak Sekutu, tetapi tidak menyelaraskan sepenuhnya aktiviti mereka.

Pihak Paksi berkembang dari usaha-usaha diplomatik Jerman, Itali, dan Jepun untuk mendapatkan kepentingan peluasan utama mereka pada pertengahan 1930an. Langkah pertama adalah perjanjian yang ditandatangani oleh Jerman dan Itali pada Oktober 1936. Benito Mussolini mengumumkan pada 1 November bahawa semua negara-negara Eropah yang lain akan mula beralih pada paksi Rome–Berlin, dengan itu mewujudkan istilah "Paksi".[1][2] Langkah kedua yang hampir serentak adalah penandatanganan Pakatan Anti-Comintern pada November 1936, iaitu perjanjian anti-komunis antara Jerman dan Jepun. Itali menyertai Pakatan itu pada tahun 1937. "Paksi Rome–Berlin" menjadi satu perikatan ketenteraan pada tahun 1939 dibawah apa yang dipanggil "Pakatan Besi", berserta Pakatan Tiga Pihak 1940 yang membawa kepada penyepaduan matlamat militari Jerman, Itali dan Jepun.

Pada kemuncak Perang Dunia II, pihak Paksi menguasai wilayah-wilayah yang menduduki sebahagian besar Eropah, Afrika Utara, dan Asia Timur. Tidak terdapat persidangan tiga hala dan kerjasama dan penyelarasan adalah minimum, dengan sedikit pertemuan antara Jerman dan Itali. Peperangan berakhir pada tahun 1945 dengan kekalahan kuasa Paksi dan pembubaran perikatan mereka. Berbanding pihak Sekutu, keanggotaan Paksi adalah lemah, dengan beberapa negara berpaling arah atau mengubah tahap keterlibatan militari mereka di sepanjang peperangan.

Lihat juga