Janakuasa Nuklear Ikata, sebuah reaktor tekanan air yang disejukkan oleh air laut.
Tiga buah kapal berkuasa nuklear, (atas ke bawah) penjajap nuklear USS Bainbridge dan USS Long Beach dengan USS Enterprise kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear pertama pada tahun 1964. Anak-anak kapal menulis formula persamaan jisim-tenaga Einstein E=mc² di dek penerbangan.

Kuasa nuklear adalah merupakan sebarang teknologi nuklear yang direka bagi menghasilkan tenaga yang boleh digunakan daripada nukleus-nukleus atom melalui tindak balas nuklear terkawal. Satu-satunya kaedah yang digunakan pada hari ini adalah melalui pembelahan nuklear, walaupun begitu kaedah-kaedah lain pada satu hari nanti termasuk pelakuran nuklear dan pereputan radioaktif. Kesemua reaktor skala utiliti[1] memanaskan air bagi menghasilkan stim, yang mana kemudian ditukarkan kepada kerja mekanikal untuk menghasilkan kuasa elektrik atau pendorongan. Pada tahun 2007, 14% daripada kuasa elektrik di dunia datangnya daripada kuasa nuklear. Selain itu, lebih daripada 150 buah kapal berkuasa nuklear juga telah dibina, dan beberapa buah roket radioisotop telah dikeluarkan. Kuasa nuklear adalah satu sumber kuasa rendah karbon.

Rujukan

  1. ^ Small Radioisotope thermoelectric generators have been built, which have no steam cycle.
Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuasa_nuklear