Lakon Layar Terbaik Festival Filem Malaysia
Anugerah untuk penterjemahan lakonan serta dialog dalam sesebuah filem
Dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Negara Malaysia
Diperkenalkan pada 1981 (Untuk persembahan filem pada 1980/1981)
Pemenang pertama Aimi Jarr & Yassin Salleh - Dia Ibuku (1981)
Kini dipegang oleh Syamsul Yusof - KL Gangster (2011)
Laman Web Rasmi

Lakon Layar Terbaik FFM merupakan salah satu anugerah yang berprestij yang sering menjadi idaman setiap penulis lakon layar yang bertanding dalam Festival Filem Malaysia (FFM). Anugerah disediakan bagi menghargai penulis lakon layar filem dalam industri perfileman Malaysia. Kategori ini dikhaskan kepada penulis lakon layar yang telah tercalon untuk lakon layar terbaik yang telah dipilih oleh juri-juri yang berpengalaman dalam bidang perfileman. Pada malam anugerah tersebut, anugerah ini diumumkan pada akhir acara. Anugerah ini dikira penting bagi menentukan mutu filem yang bertanding dari segi penulisan serta penterjemahan kedalam sesebuah filem tersebut.

Sejarah

Pada FFM 1 tiada anugerah Lakon Layar Terbaik. Tetapi pada festival berikutnya, diadakan anugerah ini (seperti anugerah Filem Terbaik). Gandingan wartawan berkaliber era kegemilangan filem Melayu, Aimi Jarr, dan Yassin Salleh menjadi pemenang pertama kategori ini.

Rekod

  • Allahyarhamah Yasmin Ahmad dan U-Wei Hj Saari memegang rekod paling banyak memenangi kategori dengan 2 kemenangan.
  • Dato Hj Jamil Sulong dan Datin Hjh Rosnani Jamil menjadi pasangan suami isteri pertama memenangi kategori ini, tetapi pada majlis yang berbeza.
  • Mamat Khalid dan Afdlin Shauki memegang rekod paling banyak tercalon dalam kategori ini iaitu 4 pencalonan, dan memenangi satu daripadanya.

Pemenang dan calon

1980-an

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Lakon_Layar_Terbaik_(FFM)