Mahkamah (Jawi: محکمه) ialah tempat dimana seseorang itu mendapat keadilan berdasarkan undang-undang yang sedia ada. Di Malaysia. Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi dan mahkamah terakhir untuk membuat rayuan. Di negara ini sistem kehakiman terbahagi kepada dua iaitu mahkamah tinggi dan mahkamah rendah. Mahkamah-mahkamah rendah termasuklah mahkamah majistret dan mahkamah sesyen, manakala yang tinggi adalah mahkamah tinggi di Semenanjung dan Sabah dan Sarawak serta Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan pada awalnya dikenali sebagai Mahkamah Agung tetapi digantikan selepas 24 Jun, 1994. Sistem Kehakiman di Malaysia adalah melibatkan undang-undang sivil. Manakala Mahkamah Syariah pula akan mengadili perkara berkaitan dengan undang-undang Islam.

Etimologi

Mahkamah berasal daripada perkataan Arab محكمة, mahkamah(t).

Lihat juga

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah