Mohamed Mursi
محمد مرسى
Mohamed Morsi-05-2013.jpg
Presiden Mesir ke-5
Dalam jawatan
30 Jun 2012 – 3 Julai 2013
Perdana Menteri(1) Kamal Ganzouri
(2) Hesham Qandil
Naib PresidenMahmoud Mekki
Didahului olehHosni Mubarak[1][2]*
Digantikan olehAdly Mansour (memangku)
Setiausaha Agung NAM
Dalam jawatan
30 Jun 2012 – 3 Ogos 2012
Didahului olehMohamed Hussein Tantawi (Pemangku)
Digantikan olehMahmoud Ahmadinejad
Pengerusi Parti Kebebasan dan Keadilan
Dalam jawatan
30 April 2011 – 24 Jun 2012
Didahului olehJawatan baharu
Digantikan olehSaad al-Katatni
Anggota Dewan Rakyat Mesir
Dalam jawatan
1 Disember 2000 – 12 Disember 2005
Didahului olehNo'man Gomaa
Digantikan olehMahmoud Abaza
Butiran peribadi
LahirMohamed Morsi Isa al-Ayyat
(1951-08-20) 20 Ogos 1951 (umur 67)
Sharqia, Mesir
Meninggal dunia17 Jun 2019
Parti politik(1) Parti Kebebasan dan Keadilan (2011–2012)[3]
(2) Bebas (2012–2019)
Sekutu gabungan
politik lain
Ikhwanul Muslimin (1991–2012)
PasanganNajla Ali Mahmoud (sejak 1979)
Anak-anak
  • Ahmed
  • Alshaimaa
  • Osama
  • Omar
  • Abdullah
Alma materUniversiti Kaherah
Universiti California Selatan
ProfesionPensyarah
Tandatangan
  • Jawatan kosong antara 11 Februari 2011 dan 30 Jun 2012.[4][5]

Mohamed Morsi[nota 1] (/ˈmɔːrsi/; Bahasa Arab: محمد محمد مرسي عيسى العياط‎, ALA-LC: Muḥammad Muḥammad Mursī ʿĪsā al-ʿAyyāṭ, IPA: [mæˈħæmmæd mæˈħæmmæd ˈmoɾsi ˈʕiːsæ (ʔe)l.ʕɑjˈjɑːtˤ]; lahir pada 20 Ogos 1951 - 17 Jun 2019) ialah ahli politik Mesir dan Presiden Mesir yang kelima, serta Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Mesir[6] antara 2012 dan 2013. Beliau digulingkan oleh tentera pimpinan Ketua Tentera Mesir , Abdel Fattah al-Sisi pada 30 Jun 2013.

Dari tahun 2000 sehingga 2005, beliau ialah Ahli Parlimen Mesir. Beliau Kemudian menjadi Pengerusi Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang berpaksikan kepada Islam, di mana awalnya sangat berkait rapat dengan gerakan Ikhwanul Muslimin. Gerakan Ikhwanul Muslimin dilihat kembali rancak selepas Revolusi Mesir 2011 sehingga mencapai kemenangan dalam pilihan raya parlimen Mesir 2011–2012.[7] Beliau juga dicalonkan sebagai calon FJP pada pilihan raya presiden Mesir 2012. Morsi sebelum ini telah mendapat pendidikan Islam secara tulen di selatan California, Amerika Syarikat.

Pada 24 Jun 2012, Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir telah mengumumkan bahawa Morsi berjaya memenangi kerusi Presiden Mesir dengan mengalahkan Ahmed Shafiq, perdana menteri terakhir di bawah pemimpin Mesir yang disingkirkan Hosni Mubarak. Suruhanjaya berkata Morsi mendapat 51.7 peratus undi menang berbanding lawannya hanya 48.3 peratus undi sokong untuk Shafiq.[8] Seperti dijanjikan dalam kempennya, beliau meletakkan jawatan sebagai ketua FJP selepas menjadi Presiden.[9] Morsi merupakan pemimpin pertama di Mesir yang memenangi pilihan raya secara demokratik dalam sejarah Mesir, selain orang awam pertama memegang jawatan tersebut.

Pada 30 Jun 2013, bantahan besar-besaran meletus di Mesir menyeru perletakan jawatan Presiden. Ini diikuti ugutan tentera bahawa ia akan masuk campur sekiranya tuntutan pembantah tidak dipenuhi selewat-lewatnya 3 Julai.[10] Rancangan tentera termasuklah menggantung perlembagaan, membubarkan parlimen, dan membentuk pentadbiran baharu yang diketuai oleh hakim besar.[11] Morsi diumumkan digulingkan pada 3 Julai oleh menteri pertahanan dan panglima besar tentera Abdul Fatah al-Sisi[12]

Dilantik sebagai Presiden

Pada awal Julai 2012, Morsi bertindak mengembalikan parlimen yang dibubarkan tentera sebulan lebih awal. Mengikut agensi berita Mesir, Morsi mengarahkan ahli parlimen yang dilantik pada 2011, majoritinya anggota FJP dan kumpulan Islam lain, supaya kembali bersidang.[13]

Pada 12 Ogos 2012, Morsi meminta Mohamed Hussein Tantawi, menteri pertahanan dan ketua angkatan tentera negara itu, dan Sami Anan, ketua turus tentera darat, untuk meletakkan jawatan.[14] Beliau juga mengumumkan pindaan perlembagaan yang diluluskan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) yang mengehadkan kuasa presiden dibatalkan.[15] Jurucakap Morsi, Yasser Ali, mengumumkan yang kedua-dua Tantawi dan Anan akan kekal sebagai penasihat kepada presiden. Morsi menamakan Abdul Fattah el-Sisi, ketika ini ketua perisikan tentera, sebagai menteri pertahanan baharu Mesir.[16]

Pada 22 November 2012, Morsi mengeluarkan pengisytiharan bagi menjaga kerja Dewan Perlembagaan yang merangka perlembagaan baharu daripada campur tangan kehakiman. Ini bermakna mereka kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Dekri ini cuma sah sehingga perlembagaan baharu diratifikasikan.[17] Mereka yang dituduh membunuh pembantah pada zaman Mubarak, namun dibebaskan, hendaklah dibicarakan semula. Manakala Morsi diberikan kuasa mengambil sebarang tindakan perlu bagi melindungi revolusi.[18]

Pada 1 Disember 2012, Dewan Perlembagaan menyerahkan draf perlembagaan kepada Morsi.[19] Dekri lalu dibatalkan pada 8 Disember, namun tindakan yang diambil ketika dekri berkuatkuasa kekal.[20][21][22][23][24] Pungutan suara seterusnya diadakan pada 15–22 Disember 2012 yang diterima 64% pengundi.[25]

Pada 30 Jun 2013, bantahan besar-besaran meletus di Mesir menyeru perletakan jawatan Presiden Morsi.[26]. Serentak itu, penyokong beliau turut menunjuk perasaan di Kaherah.[27]

Pada 1 Julai, Angkatan Tentera Mesir mengeluarkan kata dua 48-jam supaya kerajaan memenuhi tuntutan rakyat. Ia mengugut akan masuk campur sekiranya pertikaian belum diselesaikan ketika itu.[10] Morsi menolak kata dua tentera ini.[28]

Pada 3 Julai jam 21:00 (GMT+2), Jeneral Abdul Fattah al-Sisi mengumumkan peta jalan masa hadapan, menyatakan Morsi telah diketepikan dan ketua Mahkamah Perlembagaan telah dipilih sebagai presiden sementara. Abdul Fatah mengetuai satu majlis yang turut dianggotai diplomat Mohamed ElBaradei, Imam Besar Al-Azhar Ahmed el-Tayeb dan Paus Qibti Tawadros II.[12][29]

Kematian

Mohamed Morsi meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah pada Isnin tanggal 17 Jun 2019 pada usia 67 tahun. Menurut laporan media tempatan, Morsi rebah selepas penutup sesi perbicaraan di mahkamah dan meninggal dunia sejurus selepas itu. Beliau dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung. [30][31][32]

Nota

  1. ^ Ejaan nama beliau sangat banyak. Sebuah kaji selidik 14 organisasi berita termasuk Wikipedia pada bulan Julai 2012 (diarkibkan di Wayback Machine) mendapati bahawa 11 menggunakan "Mohamed" dan empat menggunakan "Mohammed"; sembilan menggunakan "Morsi", lima menggunakan "Mursi", dan satu menggunakan "Morsy". Pejabat Maklumat Negeri Mesir rasmi menggunakan kedua-dua "Morsi" dan "Morsy".

Rujukan

  1. ^ Conal Urquhart and agencies (30 Jun 2012). "Mohamed Morsi sworn in as Egyptian president". The Guardian. Dicapai 1 Julai 2012. 
  2. ^ Hamza Hendawi (16 Jun 2012). "Egypt votes for president to succeed Mubarak". Google. Associated Press. Dicapai 1 Julai 2012. 
  3. ^ "Morsi: Egypt's international commitments unchanged". Voice of Russia. Information Telegraph Agency of Russia. 24 Jun 2012. Diarkibkan daripada asal pada 12 Ogos 2012. Dicapai 12 Ogos 2012. 
  4. ^ Abigail Hauslohner (12 Februari 2011). "Ruling Egypt After Mubarak: Presidential Contenders Emerge". Time. Dicapai 1 Julai 2012. 
  5. ^ Agensi Perisikan Pusat (2011). "[[CIA World Factbook|World Factbook 2011]]". CIA. Dicapai 1 Julai 2012.  Konflik URL–wikilink (bantuan)
  6. ^ "مرشح الاخوان المسلمين محمد مرسي اول رئيس لمصر بعد مبارك" (dalam bahasa Arab). Google News. Agence France-Presse. 24 Jun 2012. Diarkibkan daripada asal pada 12 Ogos 2012. Dicapai 12 Ogos 2012. 
  7. ^ "شورى الإخوان" يسمي مرسي رئيسًا لـ"الحرية والعدالة".إخوان اون لاين، 2011-4-30. وصل لهذا المسار في 1 مايو 2011.
  8. ^ "Muslim Brotherhood candidate Morsi wins Egyptian presidential election". Fox News.com. Dicapai 24 Jun 2012. 
  9. ^ David D. Kirkpatrick (24 Jun 2012). "Named Egypt's Winner, Islamist Makes History". The New York Times. Diarkibkan daripada asal pada 12 Ogos 2012. Dicapai 12 Ogos 2012. 
  10. ^ a b Salma Abdelaziz (1 Julai 2013). "Egyptian military issues warning over protests". CNN. Dicapai 1 Julai 2013. 
  11. ^ Hamza Hendawi; Maggie Michael (2 Julai 2013). "Outlines of Egypt army's post-Morsi plan emerge". Associated Press. Dicapai 2 Julai 2013. 
  12. ^ a b "Morsi told he is no longer the president". Washington Post. Diarkibkan daripada asal pada 3 July 2013. Dicapai 3 Julai 2013. 
  13. ^ Steve Hendrix dan Ernesto Londoño (8 Julai 2012). "Egypt's Morsi makes bid to reinstate Islamist parliament". The Washington Post. Dicapai 8 Julai 2012. 
  14. ^ "Egypt leader Mursi orders army chief Tantawi to resign". BBC News. 12 Ogos 2012. Dicapai 12 Ogos 2012. 
  15. ^ "Egypt's president asserts authority over army". Al Jazeera. 12 Ogos 2012. Diarkibkan daripada asal pada 12 Ogos 2012. Dicapai 12 Ogos 2012. 
  16. ^ Kareem Fahim (12 Ogos 2012). "Egyptian Leader Ousts Military Chief". New York Times. Dicapai 12 Ogos 2012. 
  17. ^ David Kirkpatrick (24 November 2012). "Morsi Urged to Retract Edict to Bypass Judges". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2012. Dicapai 24 November 2012. 
  18. ^ "Rallies for, against Egypt president's new powers". ABC News. ABC. Associated Press. 23 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2012. Dicapai 25 November 2012. 
  19. ^ "Egypt to hold December referendum on new constitution". BBC. 1 Disember 2012. Dicapai 1 Disember 2012. 
  20. ^ "Morsi's decree cancelled, constitution referendum to take place on time". Ahram Online. 9 Disember 2012. Dicapai 8 Disember 2012. 
  21. ^ McCrummen, Stephanie (8 Disember 2012). "Egypt's Morsi annuls most of contested decree, stays firm on Dec. 15 referendum". The Washington Post. Dicapai 30 Disember 2012. 
  22. ^ Kirkpatrick, David D. (8 Disember 2012). "Backing Off Added Powers, Egypt's Leader Presses Vote". The New York Times. Mesir. Dicapai 20 Disember 2012. 
  23. ^ "Egypt's Morsi rescinds controversial decree". Al Jazeera. 9 Disember 2012. Dicapai 30 Disember 2012. 
  24. ^ "Egypt crisis: Morsi offers concession in decree annulment". BBC News. 9 Disember 2012. Dicapai 30 Disember 2012. 
  25. ^ "Egyptian constitution 'approved' in referendum". BBC News. 23 Disember 2012. Dicapai 23 Disember 2012. 
  26. ^ "Egypt crisis: Mass protests over Morsi grip cities". BBC News. 1 Julai 2013. 
  27. ^ Umar Farooq (30 Jun 2013). "Seeking New Leadership, Millions of Egyptians Take to the Streets". The Atlantic. 
  28. ^ "Egypt crisis: President Morsi rejects army ultimatum". BBC News. Dicapai 2 Julai 2013. 
  29. ^ Azman Ibrahim (4 Jul 2013). "Rampasan kuasa di Mesir, apa sikap Malaysia?". HarakahDaily. Dicapai 5 Julai 2013. 
  30. ^ "Former Egyptian president Morsi dies during court hearing". The Jerusalem Post. 17 June 2019. Dicapai 17 June 2019. 
  31. ^ "Egypt's ousted president Mohammed Morsi dies in court". BBC News. 17 June 2019. Dicapai 17 June 2019. 
  32. ^ "Egypt's former president Mohamed Morsi dies: state media". Al Jazeera. 2019-06-17. Dicapai 2019-06-17. 

Bacaan lanjut

Jawatan politik
Didahului oleh
Numan Gumaa
Anggota Dewan Rakyat Mesir
2000–2005
Diikuti oleh:
Mahmoud Abaza
Jawatan parti politik
Gelaran Baru Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan
2011–2012
Diikuti oleh:
Saad al-Katatni
Jawatan politik
Didahului oleh
Hosni Mubarak
Presiden Mesir
2012–2013
Diikuti oleh:
Adly Mansour
pemangku
Pemegang jawatan kini
Jawatan diplomatik
Didahului oleh
Mohamed Hussein Tantawi
Setiausaha Agung NAM
2012
Diikuti oleh:
Mahmoud Ahmadinejad
Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohammed_Mursi