Obesiti
Pengelasan dan sumber luaran
Three silhouettes depicting the outlines of a normal sized (left), overweight (middle), and obese person (right).
Silhouettes dan lilitan pinggang mewakili normal, berat terlebih, dan obes
ICD-10E66.
ICD-9278
OMIM601665
P. Data Penyakit9099
MedlinePlus007297
eMedicinemed/1653
MeSHC23.888.144.699.500
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan
Lelaki yang gemuk gedempol. Lukisan oleh Alessandro del Borro, abad ke-17.

Obesiti (Tulisan Jawi: اوبسيتي) merupakan keadaan perubatan di mana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.[1][2] Individu itu biasanya dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI), yakni ukuran yang diperoleh daripada membahagikan berat badannya (dalam kilogram) dengan ketinggian seseorang (dalam meter) yang dikalikan dengan kuasa dua.[1] Indeks BMI antara 20 hingga 25 dianggap normal, individu yang mempunyai BMI lebih daripada 25 dikatakan memiliki berat terlebih; dengan 30 dan ke atas, mereka ini dianggap obes, dan dengan 35 dan ke atas, mereka ini dianggap obes parah. Secara umumnya, angka BMI ini menjadi ukuran kuantitatif yang baik untuk mengenal pasti obesiti seseorang. Walaupun begitu, indeks BMI rupanya peramal yang lemah bagi individu yang sangat cergas, kerana seseorang yang memiliki tisu otot yang lebih tinggi daripada individu biasa, memperoleh keputusan BMI yang lebih tinggi daripada normal, walaupun badan individu itu sangat besar. Indeks jisim badan ini terpakai untuk orang dewasa yang telah membesar sepenuhnya dan tidak harus digunakan untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Carta pertumbuhan khusus boleh digunakan untuk mengukur obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Beberapa negara Asia Timur menggunakan nilai yang lebih rendah.[3] Obesiti meningkatkan kebarangkalian menghidap pelbagai penyakit berkaitan obesiti, termasuklah penyakit kardiovaskular, diabetes melitus tahap 2, apnea tidur obstruktif, jenis-jenis kanser tertentu, osteoartritis, dan asma.[4]

Obesiti kerap kali terjadi disebabkan oleh kombinasi pengambilan tenaga makanan secara keterlaluan, kurangnya aktiviti jasmani, dan kerentanan genetik.[1] Terdapat kes terpencil didapati disebabkan oleh gen, kecelaruan endokrin, pengubatan, atau penyakit mental.[5] Tiada bukti kukuh sebenarnya yang menyokong pandangan bahawa orang obes makan sedikit tetapi berat masih bertambah kerana metabolisme yang rendah.[6] Secara kebiasaannya, orang obes mempunyai penggunaan tenaga yang lebih banyak berbanding orang yang kurus kerana banyak tenaga diperlukan untuk mengekalkan jisim badan yang bertambah.[6][7]

Obesiti sememangnya dapat dicegah dengan kombinasi perubahan sosial dan pilihan peribadi seseorang.[1] Perubahan diet dan bersenam merupakan rawatan utamanya.[4] Kualiti diet dapat ditingkatkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan bergula tinggi, dan meningkatkan pengambilan serabut diet.[1] Pengubatan boleh juga diambil, seiring dengan diet yang sesuai, untuk mengurangkan selera atau mengurangkan penyerapan lemak.[8] Jika diet, senaman, dan pengubatan tidak efektif, pembedahan boleh dilakukan untuk mengurangkan isi padu perut atau panjang usus, seterusnya menyebabkan rasa kenyang lebih awal atau mengurangkan kebolehan menyerap khasiat daripada makanan.[9][10]

Obesiti menjadi antara punca utama kematian boleh elak di serata dunia, dengan peningkatan kadar dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak.[1][11] Pada 2014, 600 juta dewasa (13%) dan 42 juta kanak-kanak berumur bawah lima tahun merupakan obes.[1] Obesiti lazimnya terjadi dalam kalangan wanita berbanding lelaki.[1] Pihak berkuasa melihat obesiti merupakan antara masalah kesihatan awam paling serius pada abad ke-21.[12] Obesiti dicela dan diaibkan dalam dunia moden (khususnya dunia Barat), walaupun pernah dilihat sebagai simbol kekayaan dan kesuburan pada suatu ketika dalam sejarah dan masih lagi berlangsung di beberapa bahagian di dunia ini.[4][13] Pada 2013, Persatuan Perubatan Amerika mengklasifikasikan obesiti sebagai suatu penyakit.[14][15]

Klasifikasi

Obesiti dan BMI
Pandangan depan dan sisi torso lelaki "obes melampau". Tanda regangan pada kulit kelihatan seiring dengan ginekomastia.
Lelaki "obes melampau" dengan BMI 53 kg/m2: berat 182 kg (400 lb), tinggi 185 cm (6 ft 1 in)
Rencana utama: Klasifikasi obesiti

Obesiti merupakan keadaan kesihatan di mana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.[16] Ia didefinisikan oleh indeks jisim badan (BMI) dan tentunya dinilai dari segi pengagihan lemak melalui nisbah pinggang-pinggul dan faktor risiko kardiovaskular.[17][18] BMI berkait rapat dengan peratusan lemak badan dan jumlah lemak badan.[19] Dalam kalangan kanak-kanak, berat yang sihat berbeza mengikut umur dan jantina. Obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja didefinisikan bukan sebagai angka mutlak tetapi berhubungan dengan kumpulan normal sejarah, sepertimana obesiti tergolong dalam BMI lebih daripada 95 persentil.[20] Data rujukan yang digunakan untuk persentil ini berdasarkan antara tahun 1963 hingga 1994, dan tidak terjejas dengan peningkatan berat pada masa ini.[21] BMI diukur berdasarkan berat subjek yang dibahagikan dengan kuasa dua bagi ketinggian mereka dan dikira seperti berikut.

,
di mana b and t merupakan berat subjek dan tinggi subjek masing-masing.

BMI diungkapkan dalam kilogram per meter persegi, menjadikan berat diukur dalam kilogram dan tinggi dalam meter. Untuk menukar kepada paun per inci persegi, darabkan 703 (kg/m2)/(lb/sq in).[22]

BMI (kg/m2) Klasifikasi[23]
dari hingga
18.5 berat terkurang
18.5 25.0 berat normal
25.0 30.0 berat terlebih
30.0 35.0 obesiti kelas I
35.0 40.0 obesiti kelas II
40.0 obesiti kelas III

Definisi yang paling kerap digunakan, diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 1997 dan diterbitkan pada 2000, menyediakan nilai yang disenaraikan di jadual.[24]

Beberapa pengubahsuaian kepada definisi WHO dibuat oleh beberapa badan tertentu. Kesusasteraan pembedahan memecahkan kelas III kepada beberapa kategori yang mana nilai tepatnya masih lagi dipertikaikan.[25]

  • Sebarang BMI ≥ 35 or 40 kg/m2 merupakan obesiti parah.
  • BMI ≥ 35 kg/m2 dan mengalami keadaan kesihatan berkaitan obesiti atau ≥40–44.9 kg/m2 merupakan obesiti mengerikan.
  • BMI ≥ 45 atau 50 kg/m2 is obesiti melampau.

Populasi orang Asia cenderung menghadapi kesan sampingan kesihatan negatif pada kadar BMI lebih rendah berbanding orang Kaukasia, beberapa negara mendefinisikan semula obesiti; orang Jepun mendefinisikan obesiti sebagai sebarang BMI melebihi 25 kg/m2[3] manakala China menetapkan BMI lebih daripada 28 kg/m2.[26]

Kesan terhadap kesihatan

Berat badan berlebihan meningkatkan kebarangkalian menghidap pelbagai penyakit berkaitan obesiti, termasuklah penyakit kardiovaskular, diabetes melitus tahap 2, apnea tidur obstruktif, jenis-jenis kanser tertentu, dan asma.[4][27] Hasilnya, obesiti didapati mengurangkan jangka hayat kehidupan.[4]

Kematian

Risiko relatif kematian umur melebihi 10 tahun bagi lelaki kulit putih (kiri) dan perempuan kulit putih (kanan) yang tidak pernah merokok di Amerika Syarikat berdasarkan BMI.[28] Risiko relatif kematian umur melebihi 10 tahun bagi lelaki kulit putih (kiri) dan perempuan kulit putih (kanan) yang tidak pernah merokok di Amerika Syarikat berdasarkan BMI.[28]
Risiko relatif kematian umur melebihi 10 tahun bagi lelaki kulit putih (kiri) dan perempuan kulit putih (kanan) yang tidak pernah merokok di Amerika Syarikat berdasarkan BMI.[28]

Obesiti menjadi antara punca utama kematian boleh elak di serata dunia.[29][30][31] Kajian Amerika dan Eropah berskala besar mendapati risiko kematian paling rendah berada pada BMI 20–25 kg/m2[28][32] dalam kalangan bukan perokok dan pada 24–27 kg/m2 dalam kalangan perokok semasa, dengan risiko bertambah seiring dengan perubah pada mana-mana arah.[33][34] Dalam kalangan orang Asia risiko mula bertambah antara 22–25 kg/m2.[35] BMI melebihi 32 kg/m2 berhubung kait dengan kadar kematian berganda dua dalam kalangan wanita sepanjang tempoh 16 tahun.[36] Di Amerika Syarikat, obesiti dianggarkan menyebabkan 111,909 hingga 365,000 kematian setiap tahun,[4][31] manakala 1 juta (7.7%) kematian di Eropah disebabkan oleh berat berlebihan.[37][38] Secara puratanya, obesiti mengurangkan jangka hayat kehidupan antara enam hingga tujuh tahun,[4][39] BMI 30–35 kg/m2 mengurangkan jangka hayat kehidupan antara dua hingga empat tahun,[32] manakala obesiti parah (BMI > 40 kg/m2) mengurangkan jangka hayat kehidupan sebanyak sepuluh tahun.[32]

Morbiditi

Obesiti meningkatkan risiko menjejaskan keadaan fizikal dan mental. Komorbiditi sangat kerap ditunjukkan melalui sindrom metabolik,[4] kombinasi kecelaruan perubatan termasuklah: diabetes melitus type 2, tekanan darah tinggi, kolestrol dalam darah tinggi, dan tahap trigliserida tinggi.[40]

Komplikasi sama ada disebabkan secara langsung oleh obesiti atau secara tidak langsung berkaitan dengan mekanisme berkongsi punca lazim seperti diet tidak sihat atau gaya hidup banyak duduk. Kekuatan hubung kait antara obesiti dan keadaan spesifik berbeza. Satu daripada kekuatannya ialah hubungan dengan diabetes mellitus tahap 2. Berat badan berlebihan mendasari 64% kes diabetes dalam kalangan lelaki dan 77% kes dalam kalangan wanita.[41]

Kesan sampingan kesihatan jatuh kepada dua kategori yang luas: kesan yang diagihkan kepada kesan jisim lemak yang bertambah (seperti osteoartritis, apnea tidur obstruktif, pengaiban sosial) dan kesan yang disebabkan oleh bilangan sel lemak yang bertambah (diabetes melitus, kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit hati berlemak bukan-beralkohol.[4][42] Pertambahan lemak badan mengubah tindak balas badan kepada insulin, berpotensi menjurus kepada kerintangan insulin. Lemak yang bertambah juga mewujudkan keadaan proradang,[43][44] dan keadaan protrombotik.[42][45]

Bidang perubatan Keadaan Bidang perubatan Keadaan
Kardiologi Dermatologi
Endokrinologi dan Perubatan pembiakan Gastroenterologi
Neurologi Onkologi[57]
Psikiatri Respirologi
Reumatologi dan Ortopedik Urologi dan Nefrologi