Pengisytiharan Pembebasan (Emancipation Proclamation), atau Pengisytiharan 95 (Proclamation 95), ialah suatu pengisytiharan presiden dan perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat Abraham Lincoln pada 1 Januari 1863. Ia merubah status sah pemerintah persekutuan terhadap lebih daripada 3.5 juta orang Afrika-Amerika yang diperhambakan di kawasan-kawasan Selatan Amerika Syarikat yang terus mendapat kebebasan. Dengan seberapa segera seperti seorang budak yang melarikan diri daripada genggaman kuasa pemerintah Negeri-negeri Gabungan Amerika menjauhi kawasan mereka atau melalui arah kemaraan pasukan persekutuan lalu membebaskan mereka. Akhirnya, pemberontak menyerah dibebaskan dan mengakibatkan proklamasi permohonan untuk semua bekas hamba. Ia tidak meliputi hamba-hamba di kawasan milik Kesatuan yang telah dibebaskan oleh tindakan pemerintah (atau tiga tahun kemudian oleh Pemindaan ke-13 Perlembagaan Amerika Syarikat pada bulan Disember 1865).

Pengisytiharan ini dikeluarkan semasa Perang Saudara Amerika kepada semua kawasan dalam pemberontakan dan semua segmen cabang eksekutif (termasuk angkatan Darat dan Laut) Amerika Syarikat.[1]

Latar belakang

Penggubalan dan perasmian

Kesan

Kesan politik

Pengisytiharan ini segera dikecam oleh Demokrat puak Copperhead yang menentang peperangan serta berhasrat mengembalikan kesatuan dengan membenarkan kembali perhambaan. Mereka juga melihat dokumen ini sebagai suatu penyalahgunaan kuasa presiden besar yang melanggari perlembagaan negara.

Pihak Gabungan pada awalnya geram dengan tindakan ini seperti yang dijangkakan. Pengisytiharan ini telah dilihat sebagai pengesahan dan bukti kepada mereka bahawa Lincoln tekas menghapuskan amalan oerhambaan meskipun Negeri-Negeri Gabungan bersetuju kembali ke dalam Kesatuan sekalipun.[2] Menurut suatu perutusan surat dari Jeneral Ulysses S. Grant kepada Lincoln pada Ogos 1863, Grant menyatakan bahawa pengeluaran pengisytiharan ini, bersama-sama penggunaan anggota berkulit hitam oleh Tentera AS sangat menghina pihak Gabungan, seakan "suatu pukulan yang paling kuat" bagi mereka.[3] Beberapa bulan selepas Pengisytiharan ini diluluskan, pemerintah Gabungan melulus undang-undang pada bulan Mei 1863 menuntut "balas dendam yang penuh dan cukup" terhadap langkah sedemikian, serta menyatakan bahawa tentera AS berkulit hitam yang ditangkap terlibat dalam perang akan dibicarakan sebagai pemberontak dalan mahkamah sivil lalu dihukum mati.

Pengisytiharan ini pula menyebabkan kuasa-kuasa asing memihak kepada pemerintah Kesatuan melalui raihan sokongan negara-negara yang anti-perhambaan dan telah menghapuskan amalan ini (terutama negara-negara maju di Eropah), seperti yang menjadi jangkaan Lincoln. Harapan Negeri-Negeri Gabungan Amerika untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi di peringkat antarabangsa menjadi terhapus begitu sahaja.[4]

Nota

  1. ^ Political scientist Brian R. Dirck states: "The Emancipation Proclamation was an executive order, itself a rather unusual thing in those days. Executive orders are simply presidential directives issued to agents of the executive department by its boss." Brian R. Dirck (2007). The Executive Branch of Federal Government: People, Process, and Politics. ABC-CLIO. m/s. 102. ISBN 978-1851097913. 
  2. ^ "The Rebel Message: What Jefferson Davis Has to Say". New York Herald. America's Historical Newspapers. Dicapai 4 Januari 2012. 
  3. ^ Grant, Ulysses (23 Ogos 1863). "Letter to Abraham Lincoln". Cairo, Illinois. Diarkibkan daripada asal pada 3 Mei 2014. Dicapai 3 Mei 2014. I have given the subject of arming the Negro my hearty support. This, with the emancipation of the Negro, is the heaviest blow yet given the Confederacy. The South rave a greatdeel about it and profess to be very angry. 
  4. ^ Robert E. May (1995). "History and Mythology : The Crisis over British Intervention in the Civil War". The Union, the Confederacy, and the Atlantic rim. Purdue University Press. m/s. 29–68. ISBN 978-1-55753-061-5. 

Bacaan lanjut

Pautan luar

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengisytiharan_Pembebasan