Perang Seratus Tahun
Lenepveu, Jeanne d'Arc au siège d'Orléans.jpg
Lukisan Romantik Joan dari Arc di Pengepungan Orléans.
Tarikh 13371453
Lokasi Perancis, Negara Rendah, England dan Sepanyol
Hasil Kemenangan Perancis
Kerabat Valois mengekalkan takhta Perancis
Perubahan
wilayah
England hilang kesemua wilayah di benua kecuali Calais
Pihak yang terlibat
= Perancis England
Burgundy

Perang Seratus Tahun adalah sebuah konflik bersenjata sepanjang 116 tahun di antara England dan Perancis yang bermula pada tahun 1337 dan berakhir pada tahun 1453.

Meskipun perang ini berlangsung sepanjang masa pemerintahan lima orang raja England dan lima raja orang Perancis (Valois), tempoh ini bukan bermakna perang yang terjadi terus-menerus, melainkan satu rangkaian kempen yang dipisahkan kekadang oleh masa gencatan senjata yang panjang atau konflik bertekanan tinggi, baik di luar negara maupun di dalam negara.

Perang ini sebahagian besarnya berlangsung di Perancis, dan meskipun ia mirip satu perang saudara Perancis mahupun konflik antarabangsa, sejarahwan Philippe de Vries menganggap bahawa perang ini telah "terjadi pada sekitar tingkat provinsi". Fernand Braudel, yang memetiknya menambahkan bahwa "England berperanan sebagai sebuah provinsi (atau sekelompok provinsi) dalam unit England-Perancis" yang merupakan medan perang sekaligus sebuah hadiah (Braudel 1984 ms. 353).

Perang ini penting karena penggunaan senjata dan taktik baru yang mengakhiri zaman kesatria, kehadiran pasukan tentara pertama di Eropah Barat sejak masa Kemaharajaan Rom Timur, perubahan dalam peranan para orang-orang bijak dan rakyat miskin, dan perkembangan penting dalam pertumbuhan bangsa dan monarki baru secara meluas. Perang ini sering dipandang sebagai salah satu konflik terpenting dalam peperangan zaman pertengahan.

Pertempuran-pertempuran penting