Peta yang memaparkan negara-negara persekutuan hari ini.

Persekutuan ialah sebentuk kesatuan yang terdiri daripada sebilangan negeri atau rantau yang separuh berpentadbiran sendiri yang disatukan oleh satu kerajaan pusat ("persekutuan"). Dalam sesebuah negara persekutuan, status pentadbiran sendiri bagi negeri-negeri komponen lazimnya dikukuhkan oleh perlembagaan dan tidak wajar diubah oleh keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat yang hanya menyebelahi satu pihak.

Bentuk kerajaan atau struktur perlembagaan yang didapati dalam sebuah persekutuan dikenali sebagai federalisme yang juga boleh dianggap sebagai lawan kepada satu sistem lain, iaitu negara unitari. Kerajaan Jerman yang merangkumi 16 länder bersekutu dijadikan satu contoh persekutuan, manakala Austria dan Bundesländernya merupakan negara unitari dengan bahagian pentadbiran yang menjadi bersekutu, sementara Perancis pula merupakan negara unitari sepenuhnya, meskipun entiti subnasionalnya kelihatan serupa dengan negeri-negeri kerajaan persekutuan.

Persekutuan ini boleh berupa suatu kawasan pelbagai etnik, atau meliputi sebidang tanah wilayah yang amat luas, namun tidak semestinya begini. Persekutuan lazimnya ditubuhkan melalui persetujuan asal antara sebilangan negeri berdaulat.

Senarai persekutuan di dunia

Kini

Persekutan Subdivisi utama Wilayah khusus
Amerika Syarikat
(lihat Negeri di Amerika Syarikat)
51 negeri 1 daerah persekutuan; 1 wilayah bergabung, 13 wilayah tidak bergabung
Argentina 23 wilayah 1 daerah persekutuan
Australia 6 negeri 1 daerah/wilayah persekutuan, 1 wilayah utama, beberapa wilayah kecil
Austria 9 Bundesländer
Belgium[1] 3 komuniti linguistik 3 rantau
Bosnia dan Herzegovina 2 entiti 1 daerah yang diselia oleh pihak antarabangsa
Brazil 26 negeri 1 daerah persekutuan dan 5,561 perbandaran
Comoros 3 pulau
Emiriah Arab Bersatu 7 emiriah
Habsyah 9 rantau 2 bandaraya berpiagam
Jerman 16 Länder atau Bundesländer
India 28 negeri 7 wilayah kesatuan
Iraq 18 gabenorat, termasuk 1 kawasan autonomi
Kanada 10 wilayah 3 jajahan
Malaysia
(lihat Senarai negeri-negeri Malaysia)
13 negeri 3 wilayah persekutuan
Mexico 31 negeri 1 daerah persekutuan
Micronesia 4 negeri
Nepal 14 zon 75 daerah
Nigeria 36 negeri 1 wilayah
Pakistan 4 wilayah 4 wilayah persekutuan
Rusia[2] 48 oblast, 21 republik, 10 okrug berautonomi, 7 kray, 2 bandaraya persekutuan
Saint Kitts dan Nevis 2 pulau/14 mukim
Sudan 26 negeri
Switzerland 26 kanton
Venezuela 23 negeri, 1 wilayah tanggungan 1 daerah persekutuan

Gelaran panjang

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan