Roy Lichtenstein
Roy Lichtenstein.jpg
Roy pada tahun 1967
KelahiranRoy Fox Lichtenstein[1]
(1923-10-27)27 Oktober 1923
Manhattan, Bandar Raya New York, Amerika Syarikat
Meninggal dunia29 September 1997(1997-09-29) (umur 73)
Manhattan, Bandar Raya New York, A.S
WarganegaraAmerika Syarikat
PendidikanTimothy Dwight School
Pusat pendidikanOhio State University
Terkenal keranaSeni lukisan, seni ukiran
Gerakan politikPop art
PasanganIsabel Wilson (1949–1965; bercerai; 2 anak termasuk Mitchell)
Dorothy Herzka (1968–1997; kematiannya)
PenaungGunter Sachs

Roy Fox Lichtenstein [roi faks lik-tĕn-stain] (27 Oktober 1923 – 29 September 1997) ialah seorang pelukis dan orang seni dari Amerika Syarikat. Beliau selain Andy Warhol, Jasper Johns dan James Rosenquist merupakan antara pelopor suatu pergerakan seni yang didasarkan pengolahan karya grafik yang dihasilkan untuk tujuan komersil iaitu "seni pop" (pop art) yang muncul tahun 1960-an; karya seninya paling mengutamakan pengolahan lerang komik secara parodi.[2]

Biografi

Awal hidup

Roy lahir kepada sebuah keluarga kelas pertengahan atas kaum Yahudi di New York:[1][3][4] ayahnya Milton Lichtenstein merupakan seorang broker hartanah manakala ibunya Beatrice Werner merupakan seorang surirumah.[5]

Minat beliau kepada seni dan reka bentuk mula berputik ketika dalam persekolahannya - beliau sering berkunjung ke Apollo Theater di Harlem untuk mendengar persembahan muzik jazz di mana beliau melakar pemuzik yang membuat persembahan di sana.[6] Beliau menghadiri kelas musim panas di Art Students League of New York pada tahun terakhir persekolahannya di bawah didikan Reginald Marsh.[7]

Kemasyhuran

Senja hidup

Roy meninggal dunia akibat menghidap pneumonia pada 29 September 1997[8] ketika menjalani rawatan di New York University Medical Center selama beberapa minggu.[5]

Yayasan Roy Lichtenstein (Roy Lichtenstein Foundation) ditubuhkan dua tahun kemudian pada 1999.

Gaya seni

Karya catan Lichtenstein yang melibatkan pembesaran panel terpilih daripada buku komik mewujudkan suatu perbincangan penting mengenai setakat mana sesebuah karya yang dihasilkan itu boleh diiktiraf sebagai suatu karya kesenian yang sah.[9][10] Ada juga yang menyatakan kekhuatiran sama ada Lichtenstein sendiri tidak memberi ihsan atau royalti kepada artis-artis atau pemegang hak cipta asal komik yang dijadikan bahan subjek lukisannya.[11][12]

Rujukan

  1. ^ a b Bell, Clare. "The Roy Lichtenstein Foundation – Chronology". Diarkibkan daripada asal pada June 6, 2013. Dicapai November 12, 2007.  Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "rlf-chronology" defined multiple times with different content
  2. ^ Arnason, H., (1968). History of Modern Art: Painting, Sculpture, Architecture. New York: Harry N. Abrams, Inc. 
  3. ^ "Roy Lichtenstein Biography, Art, and Analysis of Works". The Art Story. 
  4. ^ "Roy Lichtenstein at the Art Institute of Chicago: Pop Art as an Affront to WASPy Decorum". Tablet Magazine. 
  5. ^ a b Knight, Christopher (30 September 1997). "Pop Art Icon Lichtenstein Dies". Los Angeles Times. 
  6. ^ Hendrickson 1988, halaman 94
  7. ^ Coplans 1972, halaman 30
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Great-20th-Century-Artists tidak disediakan
  9. ^ Monroe, Robert (1997-09-29). "Pop Art pioneer Roy Lichtenstein dead at 73". Associated Press. Dicapai 2013-06-15. 
  10. ^ "Is He the Worst Artist in the U.S.?". Life. LichtensteinFoundation.org. January 31, 1964. Diarkibkan daripada asal pada November 4, 2013. Dicapai June 10, 2013. 
  11. ^ Steven, Rachael (May 13, 2013). "Image Duplicator: pop art's comic debt". Creative Review. Diarkibkan daripada asal pada October 2, 2013. Dicapai June 18, 2013. 
  12. ^ Childs, Brian (February 2, 2011). "Deconstructing Lichtenstein: Source Comics Revealed and Credited". Comics Alliance. Diarkibkan daripada asal pada January 12, 2013. Dicapai June 23, 2013. 

Bacaan lanjut

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Roy_Lichtenstein