Kedudukan Semenanjung Trinity.

Semenanjung Trinity merupakan bagaian paling ke utara di Semenanjung Antarctik. Ia mengunjur ke arah timur laut sekitar 130 km (80 batu) ke Tanjung Dubouzet daripada garis maya yang menghubungkan Tanjung Kater di pantai barat laut dengan Tanjung Longing di pantai tenggara. Prime Head merupakan titik paling ke utara di semenanjung ini. Kira-kira 20 kilometer di tenggara Prime Head terletaknya Teluk Hope di mana Pangkalan Esperanza milik Argentina terletak.

Sejarah

Ia ditemui buat pertama kali pada 30 Januari 1820 oleh Edward Bransfield, Master, Tentera Laut Diraja, tidak lama selepas beliau mencarta Kepulauan Shetland Selatan yang dijumpai di kawasan sekitar. Berikutan penemuan semenanjung ini, pembuat carta menggunakan pelbagai nama seperti Tanah Trinity, Tanah Palmer, dan Tanah Louis Philippe untuk merangkul merit sejarah. Nama yang dicadangkan diterbitkan daripada "Tanah Trinity", diberikan oleh Bransfield pada tahun 1820 berkemungkinan besar untuk menghargai pengkorporatan Trinity House, pihak berkuasan juru malim maritim yang berasal daripada Britain.

Peta

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Semenanjung_Trinity