Skala magnitud momen (simbol ) merupakan sejenis skala seismos yang diperkenalkan pada 1979 oleh Thomas C. Hanks dan Hiroo Kanamori sebagai pengganti kepada skala Richter, dan digunakan oleh ahli seismologi untuk membandingkan tenaga yang terbebas akibat gempa bumi.[1] Disebabkan skala ini merupakan skala logaritma, kekuatan gempa bumi yang satu nombor lebih besar dalam skala ini ialah kira-kira 30 kali ganda (contohnya 7.0 lwn. 6.0).

Dalam penciptaan skala ini, pemalar dalam persamaan matematiknya dipilih supaya anggaran skala magnitud momen secara kasarnya sama dengan anggaran menggunakan skala lain, contohnya skala Richter, ML. Kelebihan skala magnitud momen ialah skala ini tiada had atas. Oleh itu, skala magnitud momen kini sering digunakan untuk menganggar magnitud gempa bumi besar.[2]

Lihat juga

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Skala_magnitud_momen