Sotong terumbu Caribbean
Squid colors 2.jpg
Pengelasan saintifik e
Takson tidak dikenali (baiki): Myopsida
Keluarga: Loliginidae
Genus: Sepioteuthis
Spesies: S. sepioidea
Nama binomial
Sepioteuthis sepioidea
(Blainville, 1823)[1]
Sinonim[1]
  • Loligo sepiodea
    Blainville, 1823
  • Sepioteuthis biangutata
    Rang, 1837
  • Sepioteuthis sepiodea
    d'Orbigny, 1839
  • Sepioteuthis sloani
    Leach, 1849
  • Sepioteuthis ovata
    Gabb, 1868
  • Sepioteuthis ehrhardti
    Pfeffer, 1884
  • Sepioteuthis accidentalis
    Robson, 1926
  • Sepia officinalis jurujubai
    Oliveira, 1940

Sotong terumbu Caribbean (Sepioteuthis sepioidea), biasanya dipanggil dengan nama sotong terumbu, adalah satu spesies sotong kecil yang berbentuk torpedo dengan sirip yang mengunjur hampir ke seluruh panjang badan, kira-kira sepanjang 20 cm (8 in). Pada tahun 2001, aahli biologi marin bernama Silvia Maciá menemui bahawa sotong ini mampu meloncatkan diri mereka keluar daripada dalam air kira-kira 2 m (6.6 ka) dan terbang sekitar 10 m (33 ka) sebelum menjunam semual ke dalam air; satu penemuan yang membawa kepada pengenalan enam spesies sotong terbang.[2]

Taburan dan habitat

Sotong terumbu Caribbean boleh ditemui di seluruh Laut Caribbean selain luar pantai Florida. Ia biasanya berenang dalam kawanan kecil empat hingga 30 ekor di laut cetek yang ditumbuhi dengan terumbu. Habitat Sotong terumbu Caribbean berubah berdasarkan tahap kehidupan dan saiznya. Anak-anak yang baharu menetas akan tinggal berdekatan dengan pantai dengan 0.2 hingga 1 metre (1 hingga 3 ka) di bawah permukaan atau di bawah tumbuhan. Sotong muda biasanya berkeliaran di kawasan cetek rumput penyu berdekatan dengan pulau-pulau dengan kedalaman beberapa sentimeter sehingga dua meter dalam dari permukaan untuk mengelakkan daripada burung pemangsa. Sotong dewasa tinggal di perairan terbuka dan boleh dijumpai pada kedalaman sehingga 150 m. Semasa mengawan, sotong dewasa boleh ditemui berdekatan dengan terumbu karang pada kedalaman 1.5 hingga 8 metre (5 hingga 26 ka). Sotong terumbu Caribbean merupakan satu-satunya spesies sotong yang biasa dijumpai oleh para penyelam berdekatan dengan terumbu pantai di kawasan Florida, Bahamas dan Caribbean.

Rujukan

  1. ^ a b Julian Finn (2016). "Sepioteuthis sepioidea (Blainville, 1823)". World Register of Marine Species. Flanders Marine Institute. Dicapai 20 February 2018. 
  2. ^ Jahr, F. (2010). "Fact or fiction: Can a squid fly out of the water?". Scientific American (August 2, 2010). 

Pautan luar

Templat:CephBase Species

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sotong_terumbu_Caribbean