Steven Spielberg
Steven Spielberg by Gage Skidmore.jpg
KelahiranSteven Allan Spielberg
(1946-12-18) 18 Disember 1946 (umur 72)
Tahun aktif1968 - present
PasanganAmy Irving (1985-1989)
Kate Capshaw (1991-)
AnakMax Spielberg (b.1985)
Theo Spielberg (b.1988, anak angkat)
Sasha Spielberg (b.1990)
Sawyer Spielberg (b.1992)
Mikaela Spielberg (b.1996, anak angkat)
Destry Spielberg (b.1996)
AnugerahSaturn Award for Best Direction
1977 Close Encounters of the Third Kind
1981 Raiders of the Lost Ark
1993 Jurassic Park
2002 Minority Report
Saturn Award for Best Writing
1977 Close Encounters of the Third Kind
2001 Artificial Intelligence: AI
NBR Award for Best Director
1987 Empire of the Sun
AFI Life Achievement Award
1995 Lifetime Achievement

Steven Allan Spielberg (lahir 18 Disember 1946)[1] ialah seorang pengarah dan penerbit filem berbangsa Amerika Syarikat. Spielberg ialah seorang pemenang Anugerah Academy tiga kali dan juga pembikin filem yang paling banyak memperoleh hasil jualan, iaitu hampir $8 bilion dari seluruh dunia. Majalah Forbes merangka hasil bersih Spielberg pada $3 bilion.[2] pada tahun 2006, Majalah Premiere menyenaraikan beliau sebagai tokoh yang paling berkuasa dan berpengaruh dalam industri perfileman. Majalah TIME pula menyenaraikan beliau dalam senarai '100 Greatest People of the Century'. Pada penghujung abad ke-20 majalah LIFE menggelar beliau sebagai tokoh paling berpengaruh dalam generasi beliau.[3]

Sepanjang kerjaya yang hampir mencecah 40 tahun ini, filem-filem Spielberg telah menyentuh pelbagai tema dan genre. Ketika era 1970-an, 1980-an, dan 1990s-an, tiga judul filem beliau, Jaws, E.T., dan Jurassic Park menjadi filem yang paling banyak hasilnya pada masa keluaran masing-masing. Ketika tahun-tahun terawal beliau sebagai pengarah, filem-filem sains fiksyen dan pengembaraan beliau sering dilihat sebagai contoh kepada pembikinan blokbuster Hollywood moden. Kebelakangan ini, beliau telah menangani isu-isu yang banyak dikuasakan emosi seperti Holocaust, perhambaan, peperangan dan keganasan.

Filemografi

Tahun Filem Pengedar
1968 Amblin' Filmways
1971 Duel Universal Pictures / CIC
1974 The Sugarland Express Universal Pictures
1975 Jaws Universal Pictures
1977 Close Encounters of the Third Kind Columbia Pictures
1979 1941 Universal Pictures / Columbia Pictures
1981 Raiders of the Lost Ark Paramount Pictures
1982 E.T. the Extra-Terrestrial Universal Pictures
1983 Twilight Zone: The Movie Warner Bros.
1984 Indiana Jones and the Temple of Doom Paramount Pictures
1985 The Color Purple Warner Bros.
1987 Empire of the Sun Warner Bros.
1989 Always Universal Pictures/United Artists
1989 Indiana Jones and the Last Crusade Paramount Pictures
1991 Hook TriStar Pictures
1993 Jurassic Park Universal Pictures
1993 Schindler's List Universal Pictures
1997 The Lost World: Jurassic Park Universal Pictures
1997 Amistad DreamWorks Pictures
1998 Saving Private Ryan DreamWorks Pictures / Paramount Pictures
2001 A.I. Artificial Intelligence Warner Bros. / DreamWorks Pictures
2002 Minority Report 20th Century Fox / DreamWorks Pictures
2002 Catch Me If You Can DreamWorks Pictures
2004 The Terminal DreamWorks Pictures
2005 War of the Worlds Paramount Pictures / DreamWorks Pictures
2005 Munich Universal Pictures / DreamWorks Pictures
2008 Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull Paramount Pictures
2011 The Adventures of Tintin Paramount Pictures / Columbia Pictures
2011 War Horse Walt Disney Studios
2012 Lincoln Walt Disney Studios / 20th Century Fox
2015 Bridge of Spies Walt Disney Studios / 20th Century Fox
2016 The BFG Walt Disney Studios
2017 The Post 20th Century Fox
2018 Ready Player One Warner Bros.

Rujukan

  1. ^ McBride, Joseph (1997). Steven Spielberg. Faber and Faber. ISBN 0-571-19177-0. , page 37
  2. ^ "Steven Spielberg ranks 287 on The World's Billionaires 2007". Forbes. 2007-05-01. Dicapai 2007-05-01.  Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ "The 50 most influential baby boomers: Top 10". Life.com. Dicapai 2006-10-21. 

Pautan luar

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Steven_Spielberg