Gambar pilihan mingguan
Mae Jemison Mae Carol Jemison lahir di Decatur, Alabama pada 17 Oktober 1956. Beliau meneruskan pengajian tingginya ke Universiti Stanford pada usia 16 tahun. Beliau memperoleh ijazah M.D.nya di Kolej Perubatan Cornell pada tahun 1981. Beliau menjadi staf pelatih di Pusat Perubatan Los Angeles County-USC lalu menjadi pakar bertauliah di sana. Setelah beliau menghabiskan latihan perubatannya, beliau menyertai Peace Corps di mana beliau berkhidmat sebagai seorang Pegawai Perubatan untuk misi-misi di Liberia dan Sierra Leone antara tahun 1983 dan 1985. Beliau turut bekerja dalam projek penyelidikan Pusat Kawalan Penyakit bagi membangunkan pelbagai vaksin penyakit. Berikutan kejayaan Sally Ride pada tahun 1983, ditambah lagi dengan melihat lakonan Nichelle Nichols sebagai watak Uhura dalam siri Star Trek, Jemison memutuskan untuk menyertai program angkasawan NASA. Keadaan tersebut sedikit terhalang semasa bencana kapal Challenger tahun 1986, namun beliau dapat diterima juga memasuki program tersebut setahun kemudian.

Gambar: NASA
ArkibGambar pilihan lagi...

Lihat juga

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Templat:WP:GP/Minggu_27_2019