Bola tenis

Tenis ialah sejenis permainan yang menggunakan raket dan bola dan dimainkan di sebuah gelanggang yang dibahagi dua oleh sebuah jaring.

Sejarah awal

Tenis ternyata merupakan olahraga yang sudah lama. Terakam pada pahatan yang dibuat sekitar 1500 tahun sebelum masihi di dinding sebuah kuil di mesir yang menunjukan permainan bola tenis dan dimainkan pada upacara keagamaan. Permainan ini kemudian meluas ke seluruh eropah pada abad ke-8.

Pada awalnya tenis dimainkan dengan menggunakan tangan atau sebuah tongkat yang dipukulkan berganti-ganti menggunakan sebuah bola dari kayu yang padat. Permainan ini kemudian berkembang lagi menjadi permainan bola dengan dipukulkan melintasi sebuah dinding penghalang,kerana pada saat itu dirasakan bahawa kawalan bola lebih terasa menggunakan tangan, maka media yang berkembang pada waktu itu adalah dengan menggunakan sarung tangan kulit. Bola berevolusi dari sebuah bola kayu padat menjadi bola dari kulit yang diisi oleh dedak kulit padi.

Sukan ini sangat berkembang di Perancis waktu itu. Pada abad 16-18 telah banyak dimainkan. Terutamanya oleh kalangan raja-raja dan para bangsawan dengan nama ‘Jeu de Palme’. Perkataan Tenis sendiri dipercaya berasal daripada pemain Perancis yang sering menyebut kata ‘Tenez’ yang bererti “Main” pada saat bermulanya permainan dan hingga sekarang kata tersebut digunakan sebagai nama sukan ini. Tenis kemudian berkembang hingga ke England dan juga ke Sepanyol, Itali, Belanda, Switzerland dan Jerman. Namun tenis mengalami kemunduran saat terjadinya revolusi Perancis dan berkuasanya Napoleon Bonaparte di Eropah.

Pada abad 19 barulah tenis muncul kembali oleh para bangsawan Inggeris dengan membangunkan gelanggang-gelanggang tenis di rumahnya yang besar. Kerana pada waktu itu tenis popular dimainkan di halaman rumput, maka terkenal dengan sebutan ‘Lawn Tennis’ atau tenis bergelanggangkan rumput. Pada masa ini juga mula muncul bola dari karet vulkanisir yang pada waktu itu dianggap dapat mengurangkan kerosakan rumput di gelanggang.

Perkataan Lawn Tennis berasal dari seorang Inggeris bernama Arthur Balfour. Sejak gelanggang rumput diperkenalkan, orang mula membuat eksperimen dengan memainkannya di permukaan lain seperti tanah liat dan simen. Puncaknya terjadi pada tahun 1869 ketika salah satu kelab croquet ternama di Inggeris, All England Croquet Club, tidak berhasil menarik banyak peminat dan mencuba untuk memasukan tenis sebagai sukan lainnya. Hasilnya kelab ini sangat sukses menarik peminat terutama pada permainan Tenis tersebut hingga pada tahun 1877 mengganti namanya menjadi ‘All Engand Croquet and Lawn Tennis Club’. Sejarah ini berlanjut ketika lokasi kelab yang bertempat di Wimbledon terjadi kenaikan sewa yang memaksa kelab untuk mendapatkan dana lebih dari kebiasaanya. Oleh kerana itu kelab mengadakan pertandingan tenis pertama di Wimbledon dengan membentuk sebuah panitia untuk mengadakan pertandingan dan membuat peraturan yang baku dalam permainan ini.pertandingan tersebut disertai oleh 20 peserta dengan penonton sekitar 200 orang dan ini merupakan pertandingan Wimbledon pertama di dunia.

Gelanggang

Saiz gelanggang permainan untuk perseorangan ialah 8.23 meter lebar dan 23.77 meter panjang manakala untuk permainan untu beregu pula ialah 10.97 lebar dan 23.77 panjang.

Kejuaraan Tenis

Ada beberapa turnamen tenis yang terkenal:

  • Piala Davis
  • Wimbledon (atau All-England)
  • Perancis Terbuka (atau Roland Garros)
  • AS Terbuka
  • Tiga cekak utama yang penting dalam permainan ialah cekak timuran (eastern grip), cekak barat (western grip) dan cekak kontinental (continental grip). Cekak ini terbahagi kepada dua bahagian pula iaitu bahagian hadapan dan bahagian belakang.


    Pertandingan Pertandingan diadakan mengikut jantina dan jumlah pemain. Kategori bagi pertandingan biasanya termasuk perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu(di mana dua pemain yang sama jantina bermain), serta beregu campuran(di mana dua pemain berlainan jantina bermain). Terdapat juga pertandingan untuk orang kurang upaya. Dalam empat pertandingan 'grand slam' hanya 128 peserta akan bertanding.


    Senarai Pemain dan Ranking

    Rank Name

    1. Novak Djokovic
    2. Rafael Nadal
    3. Roger Federer
    4. Andy Murray
    5. Robin Soderling
    6. Nikolay Davydenko
    7. Tomas Berdych
    8. Juan Martin Del Potro
    9. Fernando Verdasco
    10. Jo-Wilfried Tsonga
    11. Andy Roddick
    12. David Ferrer
    13. Marin Cilic
    14. Mikhail Youzhny
    15. Jurgen Melzer
    16. Nicolas Almagro
    17. Ivan Ljubicic
    18. Gael Monfils
    19. John Isner
    20. Marcos Baghdatis
    21. Sam Querrey
    22. Juan Carlos Ferrero
    23. Albert Montanes
    24. Stanislas Wawrinka
    25. Feliciano Lopez
    26. Thomaz Bellucci
    27. Fernando Gonzalez
    28. Ernests Gulbis
    29. Radek Stepanek
    30. Juan Monaco
    31. Lleyton Hewitt
    32. Gilles Simon
    33. Julien Benneteau
    34. Mardy Fish
    35. Michael Llodra
    36. Andrey Golubev
    37. Philipp Kohlschreiber
    38. Tommy Robredo
    39. Janko Tipsarevic
    40. Richard Gasquet
    41. Philipp Petzschner
    42. Florian Mayer
    43. Guillermo Garcia-Lopez
    44. Yen-Hsun Lu
    45. David Nalbandian
    46. Thiemo De Bakker
    47. Michael Berrer
    48. Sergiy Stakhovsky
    49. Alexandr Dolgopolov
    50. Juan Ignacio Chela
    51. Xavier Malisse
    52. Viktor Troicki
    53. Denis Istomin
    54. Potito Starace
    55. Victor Hanescu
    56. Andreas Seppi
    57. Eduardo Schwank
    58. Daniel Gimeno-Traver
    59. Santiago Giraldo
    60. Jarkko Nieminen
    61. Lukasz Kubot
    62. Horacio Zeballos
    63. Ivo Karlovic
    64. Alejandro Falla
    65. Marco Chiudinelli
    66. Florent Serra
    67. Olivier Rochus
    68. Leonardo Mayer
    69. Illya Marchenko
    70. Benjamin Becker
    71. Arnaud Clement
    72. Jeremy Chardy
    73. Lukas Lacko
    74. Evgeny Korolev
    75. Pere Riba-Madrid
    76. Daniel Brands
    77. Stephane Robert
    78. Rainer Schuettler
    79. Jan Hajek
    80. Simon Greul
    81. Taylor Dent
    82. Ricardo Mello
    83. Michael Russell
    84. Frederico Gil
    85. Pablo Cuevas
    86. Kevin Anderson
    87. Tobias Kamke
    88. Michal Przysiezny
    89. Marcel Granollers
    90. Brian Dabul
    91. Dudi Sela
    92. Mikhail Kukushkin
    93. Ruben Ramirez Hidalgo
    94. Fabio Fognini
    95. Filippo Volandri
    96. Paul-Henri Mathieu
    97. Bjorn Phau
    98. Carlos Berlocq
    99. Igor Andreev
    100. Robin Haase

    Pautan luar

Original: Original:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tenis