Tentera Udara Amerika Syarikat
Seal of the United States Department of the Air Force.svg

Cop mohor Tentera Udara Amerika Syarikat
Aktif 18 September 1947 - kini
Negara  Amerika Syarikat
Kesetiaan Presiden Amerika Syarikat
Peranan "Menyediakan pilihan untuk mempertahankan kedaulatan Amerika Syarikat dan kepentingan globalnya. Terbang dan bertempur di udara, angkasa dan alam siber"[1]
Keanggotaan 328,600 anggota tetap
5,778 pesawat (2,402 buah adalah pesawat pejuang)
450 peluru berpandu ICBM
Markas/Ibu pejabat Pentagon
Pengasas Jabatan Pertahanan
Jabatan Tentera Udara
Cogan kata "Above All"
Warna Biru dan Emas
Perang/pertempuran Lihat senarai
Komander
Setiausaha Yang Berhormat Deborah Lee James
Ketua Turus Jen. Mark A. Welsh III
Timbalan Ketua Turus Jen. Larry O. Spencer
Tanda kebesaran
Simbol
identifikasi
USAF logo.png
Simbol
identifikasi
Roundel of the USAF.svg


Tentera Udara Amerika Syarikat ialah cabang tentera udara Angkatan Tentera Amerika Syarikat, dan merupakan salah satu daripada tujuh perkhidmatan beruniform di Amerika Syarikat. Pada awalnya, ia telah ditubuhkan sebagai Kor Udara Tentera Darat Amerika Syarikat, Tentera Udara A.S ditubuhkan sebagai cawangan tentera yang berasingan pada 18 September, 1947.[2] dan merupakan cawangan angkatan tentera A.S terakhir yang ditubuhkan.

Latar belakang

Tentera Udara A.S merupakan angkatan tentera udara yang terbesar, dan mempunyai teknologi termaju di dunia. Ia memiliki sebanyak 5,778 buah pesawat (4,093 buah milik tentera udara; 1,289 buah milik Pengawal Kebangsaan Udara; dan 396 buah milik Pasukan Simpanan Tentera Udara);[3] kira-kira 156 buah Pesawat Tempur Udara Tanpa Pemandu (UCAV), 2130 buah Peluru berpandu kruis pelancaran udara,[4] dan 450 peluru berpandu balistik antara benua. Sehingga 30 September 2007, Tentera Udara A.S mempunyai 328,600 anggota perkhidmatan aktif, 117,497 anggota Arahan Simpanan Tentera Udara, dan 106,700 anggota Pengawal Udara Kebangsaan. Tentera Udara juga menggaji seramai 168,900 orang awam termasuk penggajian tidak langsung warganegara asing.[5]

Pada tahun 2007, disebabkan oleh kekangan belanjawan, Tentera Udara A.S telah mengurangkan saiz kekuatannya anggota dalam perkhidmatan aktifnya daripada 333,000 kepada 316,000 anggota, yang merupakan kekuatan terkecil sejak serangan ke atas Pearl Harbor. Berdasarkan kenyataan Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat Jeneral T. Michael Moseley.[6] Kekuatan anggota tugas aktif sekarang ialah kira-kira 70% daripada kekuatan Tentera Udara A.S semasa akhir Perang Teluk pertama pada tahun 1991.[7]

Bukan semua pesawat tempur angkatan tentera Amerika Syarikat dikendalikan oleh Tentera Udara A.S. Sebagai contoh, Tentera Darat Amerika Syarikat mengendalikan sendiri helikopternya yang kebanyakannya digunakan untuk menyokong serangan darat; ia juga memiliki dan menyelenggara sejumlah kecil pesawat kepak kaku (terutamanya Pesawat Udara Tanpa Pemandu) (UAV). Tentera Laut Amerika Syarikat pula bertanggungjawab atas pelbagai jenis pesawat, termasuk pesawat tempur udara dan rondaan maritim yang beroperasi di atas 11 buah kapal pengangkut pesawat dan pesawat pengangkut yang beroperasi di beberapa pangkalan udara di seluruh dunia. Kor Marin pula menggunakan pesawat tempur dan pengangkut mereka sendiri untuk menyokong misi darat dan sering kali digunakan bersama dengan penerbangan laut. Pengawal Pantai Amerika Syarikat juga mengoperasi pesawat pengangkut dan Cari dan Selamat (SAR), yang berperanan dalam pertempuran dan penguatkuasaan undang-undang. Kesemua cabang dalam angkatan tentera A.S mengoperasi helikopter.

Jabatan Tentera Udara diketuai oleh seorang penjawat awam yang dikenali sebagai Setiausaha Tentera Udara yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal pentadbiran. Jabatan Pertahanan Tentera Udara ialah satu cabang Jabatan Pertahanan, yang diketuai oleh Setiausaha Pertahanan. Pangkat tertinggi bagai pegawai tentera di Jabatan Pertahanan Tentera Udara ialah Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat.

Misi

1. Berdasarkan Akta Keselamatan Kebangsaan 1947 (61 Stat. 502) yang membawa kepada penubuhan Tentera Udara:

In general the United States Air Force shall include aviation forces both combat and service not otherwise assigned. It shall be organized, trained, and equipped primarily for prompt and sustained offensive and defensive air operations. The Air Force shall be responsible for the preparation of the air forces necessary for the effective prosecution of war except as otherwise assigned and, in accordance with integrated joint mobilization plans, for the expansion of the peacetime components of the Air Force to meet the needs of war.

2. §8062 of Title 10 US Code (10 USC 8062) mentakrifkan tujuan Tentera Udara seperti berikut:

  • Untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan, dan bersedia untuk mempertahankan, Amerika Syarikat, Tanah Jajahannya, Negera-negara Berdaulat, dan hak miliknya, dan sebarang kawasan yang diduduki oleh Amerika Syarikat;
  • Untuk menyokong Polisi Negara;
  • Untuk melaksanakan objektif negara;
  • Untuk menentang negara-negara yang bertindak agresif yang membahayakan keamanan dan keselamatan Amerika Syarikat.

3. Misi Tentera Udara Amerika Syarikat ialah "Menyediakan pilihan untuk mempertahankan kedaulatan Amerika Syarikat dan kepentingan globalnya. Terbang dan bertempur di udara, angkasa dan alam siber".[8]

Cari dan Selamat

Rancangan Pencarian dan Penyelamatan Kebangsaan memperakui Pengawal Pantai Amerika Syarikat sebagai sebuah agensi persekutuan yang bertanggungjawab untuk menjalankan operasi Cari dan Selamat (SAR) di laut , dan Peronda Udara Awam Tentera Udara Bantuan Amerika Syarikat bertanggungjawab terhadap tugas Cari dan Selamat di tanah besar.[9] Kedua-dua agensi berkerjasama dalam Pusat Penyelaras Penyelamatan untuk menyelaraskan usaha ini.[3]

Sejarah

Roundel yang pernah digunakan pada pesawat A.S
1. 17/5-18/2 2. 18/2-19/8 3. 19/8-5/1942
4. 5/1942-6/1943 5. 6/-9/1943 6. 9/1943-1/1947
7. 1/47-kini

Tentera Udara Amerika Syarikat menjadi cabang perkhidmatan tentera yang berasingan pada 18 September 1947, dengan pelaksanaan Akta Keselamatan Kebangsaan 1947.[10] Akta ini telah menubuhkan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, yang terdiri daripada tiga cabang tentera iaitu, Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara yang baru dibuka.[11] Sebelum 1947, tanggungjawab bagi penerbangan tentera dikongsi antara Tentera Darat (bagi operasi di darat) dan Tentera Laut, bagi operasi pesawat di atas kapal pengangkut pesawat dan peperangan amfibia. Tentera Darat A.S mencipta permulaan penubuhan bagi Tentera Udara pada 1907, melalui perubahan pada organisasi, gelaran, dan misi yang mana telah berkembang ke arah pemisahan fungsi 40 tahun berikutnya. Organisasi sebelum Tentera Udara A.S. sebelumnya ialah: